بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 7 August 2011

JERING REBUS



As salam...nak citer pasal jering rebus cicah kelapa parut ni.(semenjak keluar @TV3 pasal jering rebus d ganu kite tu mesti ramai dah tahu kot).....Semalam kami g la bazaar ramadhan @pekan Tutong ni.1st of al mmg lebih kurang sama jelah juadah mereka dgn kita especially kuih talam,air cendol,air2 pelbagai perisa,goreng-gorengan,ikan bakar,ayam golek etc.....Yang berbeza rasanya adalah 1,2 kuih yg kita xbiasa tengok (nak amik gambor segan plok kat org padahal daddy dah standby bwk kamera dia,hehehe)......Benda lucu yg kami lihat semalam kat bazaar ramadhan dorg ialah ada a few peniaga guna bath tub utk buat tempat membakar (wakaka!!!lawak plok tgk).U al blh imaging dak bath tub tu d bubuh arang, kemudian atas tu dorg letak jaring besi utk membakar ikan (dah le ikan besou2......mmg kreatif le dorg ni).

Pusing punya pusing terliur kat kuih cakoi gak last2nya.Pusing kali kedua round, tiba2 mok ternampak org jual jering rebus.HAHHH!!!! biar betoi,rupe2nya org Brunei ni sama taste dgn org ganu kite/kelate.Mmg sama la rupanya jering rebus dorg cuma kecik2 je.Dorg jual dah siap2 bungkus dalam plastik & kelapa parut pun dah siap packing...sepasang jering & kelapa parut tu regenya B$2.00 (klu @ganu kite sebungkus pun RM2.00 jugak)......cumenya bila duit Brunei tu d convert duit kita jadinya jering rebus yg kami beli semalam = RM4.89.Tapi mmg xkira la berapa rege dia sbb mmg dah lama rasanya xmakan jering rebus ni.Dah boleh terbayang rasanya yg lemak2 manis d cicah kelapa parut.EMMM!!!!sedapnya...
So,bila time nak berbuka tu mok dulu la test rasa dia sama ke,sedap ke @sebaliknya.....Huhu!!frust btul bila mok kata,uhhh xsedap setabok(xsedap langsung)....bakpo rasanya pahit,mok tanya.Masa tu mommy xmakan lagi sbb dok makan kuih cakoi inti kaya&kuih apatah tapi rasa mcm cream puff.Lepas siap makan nasi, mommy pun amik le nak try.Eiii, betul la rasanya pahit (huhu sedih sungguh+frust).Lepas try dalam setengah biji jering tu rasa semacam je hingga la tengah dok sembahyang terawih pun dok rasa lagi pahit dia. MORAL OF THE STORY:DON'T JUDGE THE JERING BY ITS LOOK......kik3x....itu omputih cakap.org tua2 cakap plak "lain padang,lain le belalangnya"......u al faham dak peribahasa tu?Hehe, maksudnya lain anak tekak,lain le citarasanya.........Wasalam




Saturday, 6 August 2011

TELUR BUNGKUS



Ini pulak entry untuk jot down resepi telur bungkus. Sebenarnya inti telur bungkus ni bergantung kepada citarasa & kreativiti masing2 la ye cuma yg mommy nak jot down ni basic ingredients & yg paling penting rasanya mmg Arfa Zafran suka. Berbaloi2 le nak buatkan.

RESEPI TELUR BUNGKUS

Bahan2:
  • 2-3 biji telur
  • Daging/ayam (dicincang)
  • Bawang merah didadu/dikisar
  • Bawang putih dikisar
  • Cili boh
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Garam
  • Gula
  • Vege campuran (mommy guna jagung manis dalam tin & kacang peas dalam tin)

Cara2 membuatnya:
  1. Tumis bawang merah & bawang putih sehingga garing.Masukkan cili boh & masak lagi sehingga cili garing.
  2. Masukkan daging ayam & dimasak sehingga garing.
  3. Tambahkan sos cili,sos tomato & sos tiram.Kacau rata.
  4. Tambahkan perasa garam & gula.
  5. Akhir sekali masukkan jagung manis & kacang peas.
  6. Masak sehingga sedikit kering.Ketepikan.
  7. Pukul telur sehingga kembang & goreng nipis menggunakan non-stick pan.
  8. Setelah telur agak garing letakkan inti di tengah2.
  9. Bungkus secara melipat empat segi tepat/sama.
  10. Setelah masak, letakkan pinggan di atas telur & terbalikkan kuali (hati2 masa terbalikkan kuali,nanti terburai isi perutnya nanti).
  11. TARRA!!!!menjadi sudah telur bungkus.

TOM YAM KUNG



Entry ini mommy terus la ye dengan resepi tomyam kung...Tak boleh gomel byk2 sgt bulan puasa ni,nanti kurang pahala ;)

RESEPI TOMYAM KUNG

Bahan2:
  • Udang (size besar baru sedap)
  • Cendawan butang (mommy guna yg dalam tin aje)
  • Lengkuas (seketul dalam 2 inci ))
  • Serai (3 batang)
  • Daun limau purut (5 helai)
  • Bawang merah kecil (3-4 biji)
  • Cili padi (5 biji)
  • Paste tomyam
  • Air
  • Garam
  • Air perahan limau (3-4 sudu besar)
  • Susu cair/santan cair (10 sudu besar)

Cara2 menyediakan:
  1. Bersihkan udang & toskan.
  2. Lengkuas,cili padi,serai & bawang di hiris @ diketuk aje.
  3. Didihkan air & masukkan semua bahan hiris.Masukkan juga daun limau purut.
  4. Setelah mendidih,masukkan udang & cendawan butang.
  5. Masukkan 2 sudu besar pes tomyam & jika suka paste cili.Tambah garam jika kurang masin.
  6. Kacau sehingga pes rata.
  7. Setelah udang masak & kuah mendidih, padamkan api.
  8. Setelah api dipadamkan, masukkan air perahan limau & santan cair.
  9. Kacau seketika & sedia untuk dihidangkan.

UDANG GALAH BAKAR

As salam....Hari ke-4 berpuasa dah rasa mcm xtahu nak masak apa. Last week masa bwk mok g 'lawatan' ke Pasar Jerudong, mommy ada beli udang galah. Beli dalam 8 ekor harganya cume B$14.00.....Rasa murah kan, tapi klau convert duit Malaysia dalam Rm34.00 jugak. So dah beku lama dlm fridge tak tahu nak buat apa dgn udang galah yg besar ni. Kalau ikut selera famili mommy especially mok kami suka buat masak manis sira (bukan jadi lauk tapi more to dessert). Masalahnya daddy kureng gemar sket. Nak masak lemak cili api, boring dah asyik masak lemak je. Ketam masak lemak, udang pun nak masak lemak. BORING!!!!Last2 pikir buat bodo jelah. Hahaha!!!takde la, last2 sekali mommy decide nak bakar gitu je. Sambil bakar udang galah tu,mommy bakar sekali sotong....Both seafood tu dilagakan dengan air asam & kicap limau. Huih!!!!meleleh air liuq ni (teringat makan semalam sedap sgt,skrg ni tghari puasa ke-5....mengigil perut ni). Disamping seafood bakar tu, mommy buat tomyam kung & telur bungkus.....Sawadee, ala2 siam mari doh ni.



So, entry ni mommy jot down resepi Udang Galah Bakar bodo dulu ye....

Bahan2:
  • Udang galah
  • Serbuk kunyit*
  • Serbuk cili/cili paste*
  • Serbuk jintan manis*
  • Garam*
Cara2 membakarnya:
  1. Bersihkan udang galah & perap dengan semua bahan2 bertanda *.
  2. Bakar dalam oven dengan suhu 200'C selama 20minit/sehingga masak.Boleh juga panggang sehingga masak.
  3. Sedia dihidang bersama air asam & kicap limau.

Hehehe!!!!senang je kan.Nak jot down juga ke air asamnya? Jot down aje le utk panduan anak menantu yg tak tahu masak kan.


Resepi air asam cicahan

Bahan2:
  • Asam jawa (3 sudu)
  • Belacan (1-2 inci terpulang le dgn taste masing2)
  • Bawang besar (dicincang dadu)
  • Tomato (dicincang dadu)
  • Cili padi (dicincang)
  • Garam
  • Gula
Cara2 membuatnya:
  1. Bancuh asam jawa dengan 3-5 sudu air panas.
  2. Hancurkan belacan dalam bancuhan asam jawa tadi.
  3. Campurkan semua bahan cincang.
  4. Tambahkan perasa garam&gula.
  5. Sedia utk cicahan seafood bakar.

Friday, 5 August 2011

kUIH TEPUNG BUNGA

As salam.....hari ke 3 berpuasa, menu kami masih nasi kerabu hitam (family mommy ni mmg kalau dah buat nasi kerabu mmg stok utk 3,4 hari). Ayam percik ada lagi, solok lada ada lagi. TAK BASI?? alhamdulilah masakan kita ni kalau bersih buatannya lambat basi. So, harini mmg relax sikit la rasa. Cuma pikir nak buat kuih apa je sbg tambahan juadah berbuka. Tengahari tadi masa lepas amik kids fr school mommy singgah kedai sayur beli pisang abu. Hehe, senang jelah goreng pisang ranggup. Bila dah sampai rumah tanya mok dia nak makan kuih apa untuk berbuka?Mok teringin nak makan tepung bunga. Hehe,semalam dia cakap nak makan akok, arini dah bertukar. Ok la tepung bunga, kalau akok lagi rumit (dasar org malas ni). So, confirm la goreng pisang ranggup & tepung bunga. CUKUP!!!! Alih2 masa nak masak kuih, mok cakap nak goreng pisang?sedap lagi sira pisang. Hehe,okla mok kita buat dua2. Arfa nak makan goreng pisang, mok nak makan sira pisang. So mommy pun bancuh le tepung salut pisang tu, tiba2 teringat kat inti kacang hijau mommy 1 tupperware yg belum terusik. Tanya mok, kuih kasturi tu salutnya sama kan dengan pisang goreng. Jawapan mok mmg la, cuma dia pekat sikit la dari salut pisang goreng tu.....Tiba2 ting!! dapat ideal nak buat kuih kasturi plak. End up nya,banyak kuih dari lauk le pulak harini.

Mommy jot down resepi tepung bunga dulu ye.

Bahan2
  • Tepung pulut (250g)
  • Air
  • Telur
  • Minyak utk mengoreng

Cara2 menbuatnya
  1. Uli tepung pulut dengan air (kami buat guna air pandan sbb nak dpt rasa pandan).Mok cakap kalau suka lemak, boleh tukarkan air biasa tu dengan santan cair.Dapatkan doh yg tidak terlalu lembik&tidak terlalu keras (macam doh onde2 ye).
  2. Cubit sedikit doh & bulatkan sebesar guli (terpulang la u al nak besar mana).
  3. Doh yg bulat tadi ditekan di tengah2 menjadi leper. Letakkan di atas kertas tisu/surat khabar.
  4. Ulang langkah 3 sehingga doh habis.
  5. Bancuh telur & pukul sehingga kembang.
  6. Celupkan tepung/doh leper tadi ke dalam bancuhan telur & terus digoreng sehingga garing.
  7. Sejat minyak seketika.
  8. Semasa menghidang u al boleh taburkan gula diatas tepung bunga @ cicah aje tepung bunga dengan gula secara berasingan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...