بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 13 August 2011

PUDING KASTARD JAGUNG

Harini pulak mommy buat ikan cencaru sumbat sambal belacan & d padan dengan singgang daging yang masih ada.Matching gak tu....Kuih pulak malas nak buat yg susah2 (kesian kat mok penat menolong mommy kat dapur).So, harini mommy buat puding kastard jagung je.Senang,cepat & sedap.

Bahan-bahan ( loyang kecil )

  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan gula(kalau tak suka manis boleh kurangkan 3/4 je)
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 5 cawan santan
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend semua bahan-bahan di atas. Masukkan dalam periuk & kacau sampai sebati.
  2. Tambahkan 2 sudu jagung tin sebagai penambah perasa (mommy suka kalau makan tu rasa jagung biji2).
  3. Masak di atas api yang sederhana. Sambil dikacau sehingga berkilat.
  4. Masukkan ke dalam loyang.Biarkan sejuk pada suhu bilik@masukkan dalam peti sejuk.
  5. Bolehlah dipotong apabila puding telah sejuk.


Nak bgt jugak ni,gambar tak sempat snap dah abis pudingnya...ada le seketul dua ni sebagai kenangan.tapi kelakar le pulak nak post.Kik3x...xpela,next time post gambar pulak.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...