بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 20 August 2011

PUDING BUIH


Harini tiba2 teringat kat puding buih yg C.Dae bagi resepi zaman anak dara dulu.Huish lama betul doh resepi tu sebenarnya smp dah tak ingat mcm praktikalnya.Mommy godek balik buku resepi tulisan tangan resepi dari C.Dae tapi takde stepnya,cuma ada bahan2 je. So,try le google ada tak resepi puding buih ni.Rupa2nya berlambak org yang dah buat puding buih ni.Macam2 bentuk & style dorg buat. So,rasminya harini mommy buat menu puding buih utk 'sungkai'.Hehe,di samping feberet semua cucur jagung.

Puding Buih

Bahan-bahan
  • 14 g agar-agar (kalau guna yg keras tu pakai 1 plastik tu,mommy guna yg serbuk 2 paket)
  • 3 cawan air
  • 4 biji putih telur
  • 150g gula pasir(atau 1/2 cawan)
  • ¼ sudu teh esen ros (mommy guna syrup strawberry)
  • ¼ sudu teh pewarna merah
Cara Memasak
  1. Didihkan air dan masukkan agar-agar.
  2. Masukkan gula dan masak semula sehingga gula larut. Angkat dari api dan biar sejuk seketika (kalau guna agar2 keras tu perlu tapis sebelum di biar sejuk).
  3. Dalam mangkuk besar, pukul putih telur sehingga kembang dan keras.
  4. Kemudian, tuang agar-agar yang sejuk sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur.
  5. Masukkan esen ros dan pewarna merah. Pukul sehingga rata.
  6. Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan.
Kuah Puding

Bahan-bahan
  • 1 tin (410g) susu cair/sejat
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • Air sebanyak 1 tin susu
  • Sedikit esen vanila
  • 1 sudu teh tepung kastard
Cara Memasak
  1. Masukkannya semua bahan di dalam periuk dan masak di atas api kecil sehingga pekat. Kacau selalu supaya tidak bergentel.
  2. Angkat dari api apabila sudah pekat dan tuangkan ke dalam mangkuk yang lain untuk disejukkan.

Cara menghidangkan
Sedia dihidangkan bersama satu tin buah koktail. Buah-buahan yang dibuang airnya boleh dituang ke atas agar-agar dan kuah puding.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...