بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday, 29 August 2011

Biskut Gajus Oat/Cashewnut Oats Cookies

Last minit punya projek biskut raya......okey la drp xde langsung.Nak beli pun kita xtau sedap ke rasa dorg buat.Lain la @Malaysia kita beli dgn org yg mmg dah kenal,confirm sedap.Still resepi dr k.Badaria,mommy pilih yg senang2 je & ever green.Yelah,mommy ni pun 1st time uli tepung buat biskut raya, tapi alhamdulilah based kpd resepi yg betul biskut semperit,biskut bangkit mahupun kerepek gunting tu semua menjadi & sedap2 belaka.Bukan nak puji diri sendiri tapi kalau kita ikut resepi yg diberi dgn betul insyaallah keras tangan mcm mommy ni pun jadi.So layan le ye"Biskut Gajus Oat" ni.....Yang specialnya biskut kita org ni mcm2 bentuk ada.Love,bunga,awan,daun,bulat etc........hasil ciptaan 3A yg sgt2 rajin menolong mommy.Kalau u al nak nengok yg k.Badaria buat u al browse SINI.


Bahan-bahannya(140 keping biskut):-

Bahan A
100gm mentega
100gm majerin
50gm lemak sayuran/shortening
140gm gula kaster

Bahan B
2 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanilla

Bahan C (diayak bersama)
320gm tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh serbuk perangup biskut (emplek)-mommy xletak pun sbb xtau apa benda ni.

Bahan D
80gm oats-dipanggan dan kisar
50gm nestum-kisar (saya gantikan nestum dengan 50gm gajus sbb nestum tak ada)
50gm gajus-panggang dan kisar

Hiasan:-
Kuning telur + setitik pewarna kuning telur, gajus dan oats


Cara-caranya:-
1. Pukul bahan-bahan A sehingga ringan dan kembang (dalam 2-3 minit sahaja)
2. Tambahkan kuning telur dan esen vanilla, kacau sehingga rata
3. Masukkan bahan C dan D, gaul rata sehingga menjadi doh.
4. Rehatkan doh selama 15 minit
5. Canai doh dan terap dengan acuan penerap
6. Susun dalam dulang pembakar dan sapu permukaan dengan telur kuning dan susun gajus, taburkan dengan oats.
7. Panaskan ketuhar. bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit

Nota K.Badaria:-
- Pastikan ketebalan biskut anda dalam anggaran 1/2 inci sahaja. Biskut ini akan mengembang dan jika doh dicanai tebal, biskut tidak cantik.
- Untuk dapatkan permukaan biskut yang kuning cantik, sapu telur kuning dan kemudian letakkan gajus. Setelah semua habis diletakkan gajus, sapu sekali lagi telur kuning meliputi gajus tadi dan kemudian baru taburkan oats.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...