بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, 14 September 2011

RENDANG AYAM POWER!!!

Ini pulak rendang ayam (sama gak dgn kes rendang daging....2 kali buat raya tahun ni).Kalau entry lepas2 u al ada tgk resepi rendang ayam sempoi mommy kan, this entry mommy jot down resepi power punya (bezanya tang rempah ratus).Kalau yg sempoi mmg xde masuk serai,lengkuas tapi resepi power ni mmg siap masuk semua sekali).Kalau tanya mommy mestile yg power lagi sedap, cume sekali sekala malas tu blh je buat&telan yg sempoi.Tepuk perut tanya tekak!!!!
Btw gambor pun mommy post yg sama masa open house kami ye(busy sesangat, xsempat nak snap satu2).Btw rendang ni mmg hasil ciptaan&alteration mommy sendiri.Kalau ada sesiapa perasan sama dgn dia punya tu maksudnya mmg kita ni originally org melayu tulen le (no big deal kalau sama ye)



****BAHAN2*******
  • 1 ekor ayam- potong kecik-kecik
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa

****BAHAN KISAR**
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering

***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut@
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara

  1. Tumis bahan kisar sehingga garing/naik bau.
  2. Masukkan ayam, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  3. Bila agak-agak ayam dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  4. Bila ayam dah betul2 lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  6. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.

2 comments:

E-na Zarina said...

Assalamualaikum rostina (betul ke ni)

tqvm sudi singgak LK...salam kenal dari E-na juga...
menetap di brunei ke...asal mana...

Selamat Hari raya dari E-na Lovely KItchen. cutenya ur kids!

rostina76 said...

As salam e-na...btul rostina,nak manja lagi ros je ;)
I suka ke blog u sbb picture menarik&recipes pun menarik...lagipun i nak ke japan dr dulu xpernah2 smp,hehe.
We all baru je pindah brunei fr selangor.i asal trg.
Btw tqvm sudi melawat blog i yg mmg compang camping lagi ni(br nak bjinak2 dgn blogging since dah jadi housewife ni)...harap e-na sudi bg tjk ajar.
Selamat hari Raya juga utk u & family d perantauan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...