Tuesday, 14 February 2012

KERUTUB DAGING KELATE

Haa, ni dia partner nasi nanas mommy. Mari dari kelate nok royat bui. Kerutub daging asli tapi gak tak sesedap yg mok bt jugak rasanya. Huhu!!!rindu ke mok.


Bahan2:
  • 500g daging (potong dadu)
  • 5 sudu besar rempah kerutub (mommy beli yg timbang @Pasar Siti Khadijah KB blk br2 ni)
  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 cm lengkuas
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • Santan pekat (dari sebiji kelapa)
  • 2 sudu besar kerisik
  • Minyak
  • Garam
  • Nise/gula melaka

Cara membuat:
  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia & lengkuas sehingga lumat.
  2. Perap daging bersama2 dengan rempah kerutub & bahan kisar di atas. Biarkan seketika.
  3. Tumiskan kulit kayu manis & 3 serangkai sehingga garing.
  4. Masukkan daging & masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan santan & tunggu sehingga daging empuk.
  6. Masukkan garam, nise & kerisik. Gaul rata.
  7. Sedia dihidangkan dengan nasi putih mahupun roti.



No comments:

Post a Comment