Assalamualaikum & salam sayang.
Hari terakhir kami di Mekah iaitu hari Selasa 24/12/2013. Kami bergerak awal (sebelum subuh) dari rumah ayah teh & selesaikan urusan bagasi sebelum terus ke HARAM untuk solat Subuh. Seterusnya selesai Tawaf Wida, kami bergerak ke Jeddah dengan menaiki bas.
Sampai di Jeddah, kami dibawa singgah di Masjid Terapung Ar-Rahmah. Kalau ikut aturcara awal, kami akan makan tengahari & solat jamak di sini tetapi ustaz mengubah aturcara memandangkan bagasi kami terlalu banyak (ustaz takut tak sempat clear bagasi). So, kami hanya singgah sekadar menghilangkan lenguh & menikmati makan tengahari kami di pondok2 yg disediakan di kawasan sekitar masjid.
Ok, bercerita ttg Masjid Terapung Ar-Rahmah ni, masa pergi dgn dorg ni mommy xde la heran sbb dulu dah ada pengalaman tapi masih ingat masa mommy pergi dulu mmg jakun la jugak. Dah la nama masjid terapung, sekali tgk xde la atas air pun (sama mcm masjid @Jeti kuah Langkawi, Masjid Putih Terengganu & Masjid di KK tu je). Pastu plak Laut Merah, dok imaging airnya merah (hahaha!!!peraq kata org Kedah). Adusss!!!dulu buta sejarah & geografi gitu, so anak2 semua buat revision ye sebelum g mana2.
Mommy tak nak bercerita panjang ttg Masjid Ar-Rahmah ni kerana ia tiada kaitan dengan sejarah nabi, cuma dimasukkan dalam aturcara jemaah umrah & haji sekadar lawatan biasa sahaja.
Kami pun xsempat nak bergambar di bahagian dalam masjid (sebab dok ingat lps settle lunch... nak solat, lps solat baru la snap apa yg patut…..sekali dah siap makan ustaz panggil naik bas, haru betul).
Pepepun, masjid ni xde apa2 yg istimewa sgt bagi mommy so memadai la kami posing berlatar belakangkan Laut Merah yg memBIRU.
Nyamannya dok rehat2 kat sini lepas makan, kawasan ni mmg kawasan rekreasi pantai dorg. |
Berebut beli aiskrim & jajan. Pening pak Arab tu siap suruh kami masuk amik brg2 sendiri. Hehe!!! |
Sampai aje airport mata dah rasa berat sesangat, badan mommy pun dah start mengigil (ah sudah, nak demam la plak). Siap solat jamak @surau airport, beli panadol & telan. Orang dok sibuk2 dalam airport tu mommy blh ghaib tenggelam kejap (tertidur).
Nasib baik flight schedule ontime & xbyk songgeh sgt beratur. Naik aje, terus nak terlena……….2 kali makan, tidur lagi & lagi akhirnya landed la kami di bumi bertuah, Malaysia tercinta.
Alhamdulilah, dengan ini mommy tutup paparan umrah & ziarah kami anak beranak. Ampun maaf jika ada yg terkurang & terlebih2 plak. Yang pasti dengan tamatnya paparan ini ingatan & kenangan sepanjang di kota suci Madinah & Mekah tetap tersimpan di kotak pemikiran kami especially mommy & doa mommy semoga kita semua masih diberi peluang untuk menjadi tetamuNYA di masa hadapan. Amin3x……..
rindunya nak jejakkan kaki ke sana lagi..
ReplyDeleteinsha Allah :)
Ye tak yer gak kan mommy... lautnya biru.. namanya merah.. tak ke buatkan orang terconfuse seketika.. hehehe... :D
ReplyDeleteCantik gambar2 yg mommy rakamkan.. :)
Thanks ros kerana kongsikan pengalaman yg begitu indah dibumi suci ini...doakan agar kami dpt jejak kaki jugak yer inshaallah
ReplyDeleteMasjid terapung ni sangat Unik
ReplyDeletebanyak kisah sejarahnya kan sis
Amin!
ReplyDeleteCantik juga area Laut Merah tu. Tq for sharing kRos! :)
alhamdulilah..selamat kembali ke tanah air..semuga dengan usaha dan keikhlasan kita di pandang dengan pandangan kasih sayang dari Allah...insyaallah
ReplyDeleteYang pastinya ia lah memori indah untuk seisi kluarga