Assalamualaikum & salam sayang.
Belum abis lagi paparan umrah & ziarah kami so teruskan aje ye menimba ilmu, hehe.
Antara tempat2 ziarah sekitar Mekah yg kami berpeluang pergi ialah Jabal Thur. Kat sini kami singgah sekejap saja & hanya bergambar di kaki bukit saja (begitu juga dgn yg jemaah2 lain).
Jabal Thur merupakan tempat di mana Rasulullah & Saidina Abu Bakar bersembunyi dr penduduk Quraisy yg merancang untuk membunuh baginda semasa dalam perjalanan Hijrah ke Madinah. U al blh baca sejarah ttg peristiwa persembunyian baginda & apa yg berlaku cuma yg mommy nak highlight adalah peristiwa di mana Saidina Abu Bakar sanggup berkorban menahan kesakitan akibat di patuk ular semata2 kasihnya kepada rasulullah. Begitu juga peristiwa kenapa merpati & labah2 disayangi rasulullah & kenapa kita disunatkan membunuh cicak. Semua ini rentetan dari peristiwa di Gua Thur iaitu ketika penduduk Quraisy mencari baginda, si cicak berbunyi bising memberitahu ttg persembunyian rasulullah tetapi digagalkan usaha mencari itu apabila rasulullah membunuh cicak tersebut & ditambah keyakinan ketiadaan sesiapa di dalam gua tersebut apabila mereka melihat labah2 & 2 ekor merpati yg membuat sarang.
Seterusnya kami dibawa ziarah ke Jabal Rahmah. Tempat pertemuan Nabi Adam & Hawa setelah dicampakkan ke dunia & berpisah bertahun2 lamanya akibat perbuatan dosa mereka yg melanggar perintah ALLAH semasa di syurga.
Jabal Rahmah bermaksud Bukit/Gunung Kasih Sayang. Ia melambangkan simbolik kasih sayang Adam & Hawa yg tidak pernah putus2 berdoa memohon ampun dgn ALLAH diatas kesalahan mereka & meminta agar mereka disatukan semula. Ia juga melambangkan kasih sayang ALLAH kepada hambaNYA yg sentiasa memohon keampuanan diatas dosa-dosa mereka.
Jabal Rahmah juga merupakan tempat wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad SAW tatkala melakukan wukuf.
Wahyu tersebut termuat dalam QS Al-Maidah (5) : 3, "Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Ku sempurnakan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku ridhai Islam itu jadi agama bagimu. ….."
Turunnya ayat ini membuat para sahabat bersedih, sebab mereka merasa akan hampirnya kehilangan Rasulullah dan tak berapa lama kemudian, Rasulullah dipanggil menghadap oleh Allah SWT.
Seterusnya otw balik semula ke masjidil haram kami dibawa melalui kawasan Padang Arafah, seterusnya ke Mina.
Mina adalah sebuah lembah di padang pasir yang terletak di antara Mekah dan Muzdalifah. Mina mendapat jolokan kota khemah, kerana terdapat khemah2 untuk jutaan jemaah haji seluruh dunia. Khemah2 itu tetap berdiri meskipun bukan pada musim haji. Mina paling dikenali sebagai tempat dilaksanakannya kegiatan melontar jumrah dalam ibadah haji.
Mina didatangi oleh jemaah haji pada tanggal 8 Dzulhijah atau sehari sebelum wukuf di Arafah. Jemaah haji tinggal di sini sehari semalam sehingga dapat melakukan solat zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Kemudian setelah solat Subuh tanggal 9 Dzulhijah, jemaah haji berangkat ke Arafah.
Jamaah haji datang lagi ke Mina setelah selesai melaksanakan wukuf di Arafah. Jamaah haji ke Mina lagi untuk melontar jumrah. Tempat atau lokasi melontar jumrah ada 3 iaitu Jumrah Aqabah, Jumrah Wusta dan Jumrah Ula. Di Mina jemaah haji wajib melaksanakan mabit (bermalam) iaitu malam tanggal 11,12 Dzulhijah bagi jemaah haji yang melaksanakan Nafar Awal atau malam tanggal 11,12,13 dzulhijah bagi jamaah yang melaksanakan Nafar Tsani.
The end kisah Mina.
Pada sebelah malamnya, kami dibawa ayah teh singgah ke perkuburan Ma'ala. Perkuburan Ma'ala merupakan tanah perkuburan terbesar di Mekah & kedudukannya menghadap ke masjidil haram. Perkuburan Maala ini juga tempat dimana isteri kesayangan Rasulullah, Siti Khadijah disemadikan………Jemaah dari luar yg meninggal di tanah haram juga dikuburkan di sini.
Menurut ayah teh, makam Saidatina Ummul Mukminun Rodhiallahu 'anha Siti Khadijah adalah di dalam kawasan berpagar hijau (refer gambar atas). Allahualam….
Setelah bergerak dari Perkuburan Ma'ala barulah kami singgah di sebuah restoren Thai untuk makan malam. Hidangan Thai yg ok2 aje tapi sebab kat Mekah & lapar maka terasa tersangat laaaa nikmatnya.
Wasalam.
Rasa terpanggil2 hati nak kesana bila baca N3 akak ini... doakan sy dapt ke sana jgk kak..:)
ReplyDeletesubhanallah..nk ke sana jugak..Amin
ReplyDeleteSemoga masih ada rezeki kami pd masa hadapan.. insya'Allah.. bi'iznillah..
ReplyDeleteakak pun rindu nak kesana, memang kat Mekah dan Madinah selalu lapar saja, semoga ada rezeki lagi kesana suatu hari masa masih sihat ni isnyaallah
ReplyDeleteUntungnya Ros pergi waktu orang tak ramai sangat kan..nampak macam lapang...alhamdulilah
ReplyDelete