N3 promoting Ganu Kite jap. Wallaweh!!! kalau mmg dah org pantai timur namanya tak sah klu tak suka makanan yg berasaskan ikan ni especially kepok lekor, ICT (ikan celup tepung) & sewaktu dengannya. Harini mommy nak show off satu lagi makanan yg menjadi bualan kanak2 sekolah lepas balik sekolah. LOKCHING aka satay ikan. Haa? nama cam nama siam/china/kemboja……Mesti ada yg dah pernah dengar & makan kan?
Heheh!!!sebelum tu mommy nak mengimbau kenangan kejap sewaktu usia sebaya 3A di sebuah kampung yg bernama Alor Lintang. Bila saja loceng akhir persekolahan waktu tengahari berbunyi, kami mmg selalu berlari berebut2 menggerumuni penjaja2 di luar pagar sekolah. Macam2 jualan mereka jual termasuk la aiskrim dlm tong, keropok sira, air minuman, jeruk2 & tidak ketinggalan lokching.
Serius sedap sesangat lokching ni tambahan bila dicicah dengan sosnya. Kalau dulu kami ada pilihan nak sos manis @ sos pedas. Dua2 pun sedap!!!!! Adusss itu cerita 20+ tahun dulu, berzaman dah………
Nak dijadikan cerita, baru2 ni ada kawan kat sini (dia org Ganu juga) hidang lokching ni. Mommy ibarat mcm nak menitik air liur sebab dah lama sesangat tak makan. Sukaaaaaa sesangat lepas dia cerita sekarang ni lokching dah dibuat di kilang & pembuatannya dah bersih. Ok, kalau dulu2 tu yg mommy dok makan, khabarnya buatan org Kemboja yg buat (kira dorg pendatang la time tu)……pastu byk la cerita kononnya buatan dorg ni kotor (yelah sebab dorg ni susah & duduk rumah pun buruk).
Yang harini mommy tayang ni plak bukan lah mommy buat sendiri tapi mommy kirim dgn kawan yg balik Ganu baru2 ni. Ya ALLAH!!!!suka la sangat dpt borong (nasib kawan sporting tolong belikan). Kalau ada yg terliur tengok lokching ni blh la melawat Ganu Kite ye…….agak2 jauh nak terbang ke Ganu tu boleh je try buat sendiri. Resepi kat bawah ni dah berzaman mommy simpan tapi tak terbuat2. Pasni dah tau ada kilang lokching, xyah la susah2 nak buat.
Bahan-bahan:
500g isi ikan selayang – dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa
Cara memasak:
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan sedikit serbuk perasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar.
p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.
SOS Manis
Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
kalu hok toksei raso bawe putih, tokpayoh boh. Tra la deh, jjadi tok jjadi atah tange masing2 la.
(kredit: engkusulwani.blogspot.com & pinkymomma.com)
Ros,
ReplyDeleteNi satey ikan kan??
saya pun suka lokcing kak ros.. kalau dulu, tunggu lokcing datang jual kat rumah petang2... dulu secucuk baru 10 sen, skrang agaknya berapa harga lokcing tu kak ros...
ReplyDeleteWah... saya suka ni. Pernah terfikir nk buat sdiri bila rasa harga lokcing yg dijual terlalu mahal berbanding kuantitinya.. bila lah nak rajin cuba resepi ni. Hihi
ReplyDeletewah...harus dicuba ni kak ros. sate ikan ni memang peberet saya. balik kg aritu tak nyempat nak beli
ReplyDeleteMakan kat sekolah anak lokching ni:)
ReplyDeleteHe hehhe... ngaku ye saya ni jakun... first time dengar lokching... tapi nampak macam sedap sangat, mudah-mudahan satu hari nanti dapat merasa juga!
ReplyDeleteBalik Kelate pantang jumpa, sure beli. Kat sana murah. Kat KL ni ada gak org jual tp mahal.
ReplyDeletek.sham: ye kak satay ikan…nama original lokching
ReplyDeletenur: kros beli borong kat kilang ni rege 100batang RM17 je. blh dooh la nok make
aisy nasiha: itule, xpuas makan….baik bt sendiri tp yg ros beli @kilang ni consider murah
cheq sue: nanti buat tu sure be rebut makan dgn housemate. heheh
suka2: org jual luar sekolah kan?
Amie: biasala k.amie….makanan belah2 semenanjung yg jarang2 di highlight. klau mknan tradisi org borneo pun ramai dorg xtau. ambuyat pun ramai yg xpernah dengar….
unaizah: beli dengan org jual dgn motor deh? heheh
Assalammualaikum...maaf tuan tanah tumpang iklan ye. Suami saya ada menjual lokching satey ikan ori from klate. COD disekitar Puchong. Pos ke seluruh Malaysia. Jika anda ingin dapatkan lokching frozen boleh hubungi segera.
ReplyDeleteWhatsapp 016-6024607
Terima kasih
Assalammualaikum...maaf tuan tanah tumpang iklan ye. Suami saya ada menjual lokching satey ikan ori from klate. COD disekitar Puchong. Pos ke seluruh Malaysia. Jika anda ingin dapatkan lokching frozen boleh hubungi segera.
ReplyDeleteWhatsapp 016-6024607
Terima kasih
ada buat kelas x lokcing ni..sy nk join
ReplyDelete