Sunday, 9 February 2014

LIMAU SUSU?

Assalamualaikum & salam sayang.
Dapat juga bersiaran harini sebab tak ke mana2.
Mommy nak tanya ni sesiapa yg tahu. Last week mommy ada beli limau ni kat Pasar Ikan Jerudong. Bila terpandang dari jauh fikir mommy limau yg mommy makan zaman dulu2 kat kampung. Kami panggil limau tu 'LIMAU HAJI DOLLOH', tapi rupa-rupanya tak sama. Huhu, frust!!!!!


Limau Haji Dolloh ni kecik buahnya anggaran macam buah limau mandarin/orange tapi kulitnya sedikit tebal & berwarna hijau mcm limau bali. Isi dalamnya plak putih mcm limau bali tapi rasanya lebih manis & juicy. Kalau limau bali kan pahit2 sikit. Dah lama sesangat mommy dok cari (balik kampung skrg pun dah takde). Menurut mok 'limau Haji Dolloh' tu banyak kat Siam, itu yg Kelantan je ada (mommy nak tahu kot2 ada kat tempat lain).


Berbalik kepada limau yg mommy beli tu, bila tanya namanya org yg jual bgt namanya limau susu. Bila mommy google pun xbanyak info pasal limau ni. Cuma mommy perasan la kat Brunei ada 2,3 kali nampak limau ala bali tapi size mcm orange ni org jual. Bila rasa isinya mmg sebijik rasa limau bali (which i don't really like it). Huhu!!!!kempunan & mengidam ni..
Mana laaaaaaa nak cari Haji Dolloh ni? Sapa2 blh bagi info dok?

6 comments:

  1. I hanya tahu limau Bali, limau haji dollah, limau susu.. tak der dalam kamus lagi.. habih.. cam nor nak nolong awok???

    ReplyDelete
  2. kak noor pun tak pernah dengar limau haji dollah jugak Ros,jarang jugak beli limau yg macam ni, budak2 tak berapa snagat ke sbb mama nya yg tak beli hee sbb kadang2 bila beli agak pahit gitu jd kalau beli kita jugak yg kena makan macam2 kan feel budak2 ni

    ReplyDelete
  3. saya pun familiar dengan limo hj dolloh masa kecik2 dulu
    manis bersari kalah sunkist.. :)

    ReplyDelete
  4. tok ghajin dengar lah pulok limau haji dollah weh kawe nie..kot kat kg tuh jahko hok ado milik po'doloh..heh?
    rsnya limau hok ros tunjuk nie ado jugok sini..meme kurang sedap sikit dr limau bali lah..

    ReplyDelete
  5. Berapa harga sekilo limau susu ni?

    ReplyDelete