Ini cerita jalan2 weekend kami sekitar Brunei lagi. It's all about nature & green. After all kami really enjoyed the scenery. Jomla layan sama2 keindahan alam ciptaan ALLAH ni. Yang tengah tension dgn masalah kerja, keluarga, kawan2 etc tu mari sedut udara segar kat sini ;) Free je.
Location: Mukim Rambai, Tutong NBD Salam
Distance: About 70km from Bandar Seri Begawan & 24km from Tutong Town.
Taman Warisan Tasek Merimbun merupakan tasek yang terbesar di Negara Brunei Darussalam.
Taman ini mengandungi dua buah tasik yang bergabung melalui sebatang anak sungai. Air tasik ini berwarna hitam kerana airnya mengalir melalui hutan paya. Sungai ini dikenali dengan nama Sungai Piasau.
Keluasan permukaan 2 buah tasik ini adalah kira-kira 100 dan 120 hektar dan keseluruhan Taman Warisan Tasek Merimbun ialah 11,434.6246 hektar.
Tasek Merimbun diisytiharkan sebagai salah satu Taman Kebangsaan Warisan ASEAN pada 29hb November 1984.
Banyak kajian flora & fauna dijalankan di sini & salah satu kajian oleh Jabatan Muzium Brunei telah menemui satu spesis kelawar iaitu "White-Collared Fruit Bat" (megaerops wetmorei) yang disahkan sebagai spesis pertama di dunia yang hidup melebihi 100 tahun.
Penemuan inilah yg mengangkat Tasek Merimbun sebagai salah satu daripada 11 Taman Warisan ASEAN. Selain dari spesis kelawar tersebut banyak lagi spesis2 lain yang terdapat di sini antaranya kukang (gambar Anis).
Jom tengok pameran......
Dah habis tengok pameran, kami menapak pulak ke Taman Kulimambang.
Taman Kulimambang (Butterfly Garden) terletak di dalam Taman Warisan Tasek Merimbun jugak.
Terdapat lebih 100 ekor rama2 (kami tgk cam sikit je) daripada 30 spesis. Berkeluasan 14 meter dengan ketinggian 8 meter (budak2 ni cakap "alaaa, kecik je").
Abis tengok & posing dgn rama2, kami bergerak ke hujung kawasan berpaya, di mana terdapat beberapa buah rumah penduduk kampung & jeti untuk berperahu @ berjalan kaki ke Pulau Jelundong.
Cantik sangat pemandangan di sini. Di pulau Jelundong tu terdapat beberapa buah kubur2 lama dimiliki oleh penduduk setempat yang mula2 menetap di sini dipercayai oelh Kaum Dusun.
Masa kami berjalan di atas 'boardwalk tu' arus air berkocak dari kanan ke kiri kami & masa tu terasa ibarat boardwalk tu bergerak ke kiri (seperti di tarik ke kiri). Huhu!!!gayat jugak.
Sampai aje ke pulau kecil tu terus ternampak papan tanda amaran terpampang (seperti gambar di atas). Woooo, ada buaya. Anis dah menangis takut (dia ingat kat atas darat tu pun ada buaya). Bila org explained siap tanya lagi" kalau jambatan tu roboh, macamana?".......aiyaaaa. Mommy cakap jgn cakap bukan2, doa dalam hati ALLAH selamatkan kita. Hehe!!!dia takut, Ahdia plak laju je jalan kat depan, pastu siap bagi nasihat lagi kat kakak......OLLOH je blh tlg kita, kgn takut!!!!!!Ahdia cakap.
Salam, terima kasih singgah blog ceqgu anis...:)
ReplyDeleteActually anis belum balik msia for good. 15hb ni akan balik semula ke brunei.....tp mgkin start cuti sekolah bulan 5 ni, anis balik terus ke msia sbb cuti dah habis. Apa pun kita still boleh kawan2 kannnn;)..... err nak panggil apa yer? Kat brunei duk mana?
Gambar semua cantiikkk! Esp. gambar2 kat tasik tu. Biru sgt airnya. wondering ros guna camera apa ye, sbb gambar sgt2 cantik :)
ReplyDeleteHahahah lawak la anak akak.
ReplyDeleteAda ka patut ingat ada boya kat darat :P
HI kak.
ReplyDeletewah bestnyer dapat pi tempat2 camni......tapi bab berjalan atas boardwalk tu, gerun laaa....dah laa panjang.....huhuhu, saya gayat.....
tapi yang gambar husband akak posing ala-ala titanic tu, cantik.....ada seni....takkan akak tak bergambar berdua kat situ.....hehehhe
subhanallah cantik nya...!!! esp the blue sky & air tu..
ReplyDeleteBarulah kenal dengan orangnya....bila dah kenal orangnya semakin rancaklah nak bersembang hehe...
ReplyDeleteAnak2 Ros mcm muka Ros eh...come...
Tasik tu memang sangat cantik ...subhanallah!
cegqu: panggil kros pun blh since u mude byk, kros mude sikit....hehe. btw kros dok @tutong (kg danau)...maile jalan2 sini. dkt dgn pantai seri kenangan
ReplyDeleteLL: camera daddy miza weh. mommy xdok camera. dia guna nikon D7000 DSLR. ros dok reti ngat bab2 camera ni tapi daddy kabo bgantung lens gok gambor lawo ni. masa @tasik merimbun ni dia guna wide lens (dok tahu jenis apa). hehe harap menjawab soalan miza ;)
ReplyDeletedekdaa: Anis tu mmg gitu, kalu hok dia takut mmg berair mata pastu pok pek 2x mulut
dini: kros gayat jugok tapi bt2 berani la dpn anok2.hehe.....btw leni payoh nak posing berdua sbb ahdia jeles je (menyampoh gok dia ni.....mesti nok tepek gok)
m.u.l.a.n: di mana2 muka bumi ALLAH sure ada keistimewaan yg tersendiri. cantik kan!!!
okje: leeeee, yeke baru terpandang muke i yg ayuuuu ni (ngeh3x...perasan). yg tengah tu mmg muka ros masa kecik2 tapi yg sulong & adik tu actually byk ikut muka hubby