Wednesday, 10 April 2013

Ikan Bakar d' Danau

Assalamualaikum & good day.
Semalam seharian internet buat hal. Nak upload gambar pun tak lepas2. Mommy plak excited nak tayang resepi best ni.

Btw gempak tak tajuk, cam segmen JJCM kan? Kik3x.....saje je gedik ala2 JJCM tapi sebenarnya MMKM (Masak Masak Kena Makan). Nama ala2 makan ikan bakar d'muara gitu tapi hakikatnya makan ikan bakar d Kg Danau. Hehe......ayat ni sebenarnya teringat daddy selalu jawab kalau budak2 ajak makan2 kat luar. Restoren Kg Danau tu milik mutlak mommy le kalau u all nak tau. Huhh!!!


Walaupun mommy & daddy both suka lauk bakar2 ni tapi yg style ikan bakar dok jual kat kedai tu belum pernah try buat sendiri lagi. Dulu pernah buat ala2 'Ikan Bakar Portugis' (lupa la dah pernah publish ke blm resepi ni, tapi lebih kurang le dgn resepi yg nak citer harini). 
Guna stok ikan yg borong @Pasar Jerudong aritu (Cik Ani dah siap2 perap, so tinggal bakar je). Mulanya plan nak buat asam rebus tempoyak si pari tapi daddy reject suggestion tu. Pastu tiba2 je 'ting' dapat idea buat ala2 ikan bakar ni. Yang mommy ingat balik Besut haritu pun makan ala2 gini gak tapi daddy xde. So, mommy agak2 le taste tu & olah campak2 sendiri bahan2nya. Mujur end result sedap rasanya. Anis pun suka. Ahdia xnak sebab mcm pedas & Arfa sebab dia geli dgn ikan pari. Seekor siakap & 3 ketul isi pari kami hadap 3 beranak. 

Jom tengok resepi betul tak yang org kedai buat jual (ahhh, apa peduli sama ke tak). Yang penting tekak2 kami semua dapat terima dengan jayanya. Pasni sure jadi menu ulangan. 

Bahan2:
Seekor ikan siakap/pari/merah/kerapu etc (bersihkan & belah belakang)
2cm lengkuas*
1cm halia*
2 batang serai*
1cm kunyit* (guna serbuk pun boleh)
1 biji bawang merah besar*
2 ulas bawang putih*
10 tangkai cili kering* (guna cili boh pun boleh)
1 biji tomato*
1cm belacan*
1 sudu jus asam jawa
2 biji limau nipis
Garam 
Gula
Minyak untuk menumis
Daun pisang untuk membalut

Caranya:
1. Perapkan ikan dengan lumuran garam & kunyit sekurang2nya 1 jam. 
2. Balut ikan dengan daun pisang & bakar sehingga garing.
3. Untuk sos: Kisar semua bahan2 bertanda *.
4. Tumis bahan2 kisar sehingga garing & pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa (campurkan jus asam jawa + 1 cawan air). Renehkan kuah sehingga pekat.
6. Masukkan perisa garam & gula. Ketepikan.
7. Apabila ikan telah masak, buka bahagian atas daun pisang & curahkan sos. Bakar seketika & siap.
8. Semasa menghidang, bolehkan ditambah perahan limau nipis jika suka.






12 comments:

  1. sedapnya sambal ikan bakar tu..yum yum :)

    ReplyDelete
  2. Salam ros...ikan bakar kg danau yg terbaik yer.btw kg danau tuh kat brunei tuh ker..hehehe.. pandai ros masak kan ..tak yah gie makan kat luar..

    ReplyDelete
  3. nampak sedap je....nak cuba juga he hee...

    ReplyDelete
  4. assalam ros. Lama akk x nmpk ros. Cam mana leh x nmpk ek..sedap nya ikan bakar ni..leh try ptg ni.

    ReplyDelete
  5. wah ada ikan bakar lah patut lah asap nya boleh nampak sampai umah kak Noor ni dan wangiiiiiiiiiii sedap ooooo

    ReplyDelete
  6. kena makan dengan banyak nasi, nampank sedapnya..

    ReplyDelete
  7. Mrs Eady: agagaga.....menendang2 baby ye nak ikan bakar

    tihara: yummeh!!!

    ummuaidan: salam UA, kg danau tu nama tempat kami tinggal skrg ni. btw sedap di tekak suami & anak2 dah SYUKUR ALHAMDULILAH. nak jamu org x confident.hehe

    yan's cottage: cuba la yan. tapi nama kita suggest ikan bakar d'cottage....wallaweh gempak

    eynda: hehe, tocey (malu i)

    mawar merah: wmslm k.mawar.....huhu semenjak blk malaya dah tak nampak kita. pasni selalu teropong kita ye kak.

    nooriah abdullah: heheh!!!maaf le knor kalau terhidu je. pelahap juga makan smp xhingat jiran

    sonia: nasi sikit je sonia but meratah yg lebih......wewewe!!!

    ReplyDelete
  8. Sedapnya Ros....I like sesangat....ikan bakau ni...Tengok resepi tu baru teringat hali dah habis! kena beli nampak gayanya

    ReplyDelete
  9. okje: xboh halia pun blh ehhh. sendiri masak, sendiri makan gitu

    ReplyDelete
  10. saya ni dah berminggu duk usyar resepi ikan ikanan ni, hehehe yg ni macam menawan, nak guna siakap jerman la hak ni.

    ReplyDelete