Thursday, 11 April 2013

Donut Keledek Oren

Assalamualaikum & good day.
In order to avoid wastage of leftover 'stello' that i make for Belebat Ubi Stello last week, mommy teringat resepi K.AYU about this 'Donut Keledek Oren'. Terus bukak semula blog K.Ayu tgk resepinya & bereksperimen petang semalam dalam keadaan yg adhoc (cam biasa). 




Before i proceed, do allow me to apologize to K.Ayu & sifu coz 'memandai2 sedikit'. Hehe bukan major amendment pun cuma dr sukatan tepung biasa+yis tu, mommy tukar guna self rising flour (sebab nak kejar masa). Kalau guna resepi asal byk buang masa menunggu 'mek YIS' tu kembang (mommy xleh nak tunggu lama2 sbb nak gerak amik Arfa blk sek ugama & rush amik daddy plak).   Itu yg gamble try tukar guna SRF......sib baik jadi, lembut jugak cuma xde la selembut kapas mcm yg K.Ayu mentioned dia bt tu. 



Ohw b4 terlupa, aritu mommy ada tgk slot dlm TLC pasal 'weird restaurant'. So masa tu dia highlight pasal satu kedai donut @US nama 'Vodoo Donut'. Rupanya cara dorg buat donut tu besor, kembung & montok2 tu dgn cara suntikan BOTOX. Memang ada injection mcm tiup belon tu. Donut yang ala2 donut mommy buat ni boleh kembung double the size. Huishhh!!!!dasyat penipuan 'commercial food' ni.

Pepepun, jomla kita buat donut selamat & sedap dimakan. Tq ye K.Ayu & Sifu2 atas perkongsian resepi.











Sumber: K. Ayu
Resipi asal : K.Wan & K.Nor
Resipi olahan : Mommy le

Bahan2:
320 gm tepung gandum*
2 sudu kecil yis segera*
60 gm gula castor
180 gm keledek rebus
1 biji telur A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar butter
minyak
gula castor secukupnya untuk salutan

(bahan2 bertanda* mommy tukar dengan SRF sebanyak 320gm)

Cara-cara:
1. Lecek/lenyek keledek yg direbus tadi hingga halus. Ketepikan.
2. Masukkan tepung, yis, gula dan keledek. Gaul sebati.
3. Masukkan pula telur, garam dan air (air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit), gaul hingga membentuk sebiji doh.
4. Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan tak melekat pada mangkuk.
5. Tutup mangkuk dgn tuala lembab atau plastik cling dan biarkan adunan naik sekali ganda.
6. Bila adunan dah naik, ambil sedikit adunan (lebih kurang35 - 40gm) dan bulatkan.
7. Letak atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung dan tekan2 hingga sedikit leper (lebih kurang 1 1/2 cm)
8. Tekap bahagian atas doh tadi dgn menggunakan mulut botol air mineral/minuman utk membentuk lubang pada tengah2 doh.
9. Keluarkan doh yg dibahagian tengah tadi dan ulang sehingga habis adunan.
10. Rehatkan doh yg dah dibentuk lebih kurang 20 - 30 min (atau sehingga doh naik/mengembang kembali - doh akan lebih cepat naik kalau cuaca panas)
11. Panaskan minyak dengan api yg sederhana dan goreng donut hingga masak.
12. Angkat dan toskan.
13. Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dgn gula castor.
(cara mommy, lepas gaul sebati semua bahan menjadi doh, terus bulatkan & terap. Pastu goreng......mommy tak tunggu kembang sbb guna SRF)


p/s
*boleh gantikan keledek oren dgn keledek biasa atau pun dgn kentang
* kaedah membentuk donut spt di atas akan menghasilkan donut yg lebih membulat/montoks dr menggunakan acuan penerap donut 
*kerja2 membentuk pun lebih cepat siap berbanding menggunakan penerap yg mana kita perlu mencanai terlebih dahulu (lg pun doh yg diulang2 canai akan mengambil masa yg lebih lama utk naik)
* gunakan muncung botol air mineral atau minuman bergas yg kecil. 

8 comments:

  1. belum pernah rasa perasa oren ni..

    ReplyDelete
  2. Assalam Ros,
    wahhh..patut ler..telinga akak gatal tadi..ada orang sebut2 nama ku..hahaha.. ..donut oren dan buat ya..thank you2..sudi mencuba recipe kak wan & nor terengganu ni..
    guna srf, any difference tak ros?..

    ReplyDelete
  3. Psssttt psssttt akak asal kelate ker? Stello stello ni ni kelate mari selalunya hihi

    ReplyDelete
  4. Ros....menariklah tengok donat keledek ni...boleh try jugak! kalau nak buat boleh datang sini tgk resepi hehe

    ReplyDelete
  5. Salam kak ros.. cantik warna donat nih.. tun dh lama xmendonat, skrg tgh berusaha mendietkan diri sbb dh gemuk :(

    ReplyDelete
  6. Rosti...menggoda ni...tak leh menahan nie...sib baik semua bahan tiada dlm stok...klu tak..hancus lah di ET ku..

    ReplyDelete
  7. m.u.l.a.n: ambik le klu sudi ;)

    KY: hehe, ros pun 1st time bt & rasa yg oren ni

    Ayu: Wmslm k.ayu yg ayuuuu (walau xpernah ku pandang wajahmu tapi ku pasti, chewah).....btw any different? kalau k.ayu tanya compare dgn yg u all bt xtahu le ros apa bezanya tapi kalau compare dgn donut yg selalu ros buat sama je gebunya.....

    cegqu: pssst ......ore besut. kecek kelate la deh mugo adik beradik tu gak.

    okje: silakan le datang lagi. jgn serik dgn pok pek2x ros ni

    tun_telani: alaaaa, tun ni kiut miut mcm tu pun risau gemuk. kros yg gedempol ni jugak xsedor2 diri. huwaaaaa!!!!!nak kuruh jugok

    kuazue: huhu, sorang lagi diet. xleh jadi ni. bila aku nak start diet gak ni

    ReplyDelete