Wednesday, 4 July 2012

Roti Arab & Bayam Chowder

Assalamualaikum. 
Adoiiii, tensionnye bile internet line ada problem. 2 hari xleh godek2 blog. Banyak plak N3 tertunggak (adeh, perasan rajin ni). So, kita rewind le citer 2,3 hari lepas dulu.

Breakfast kami di pagi Ahad lepas mmg special. Bukan apa, sebab resepi ni datang nun dari Qatar oleh seseorang yang memang pakar memasak utk keluarga (beza ye chef & pakar memasak utk keluarga). I will choose the 2nd one because for me, when u cook for ur loves, the sincerity is totally genuine & the satisfaction will come when they really enjoy your cooks. Tq so much to Ina (kawan Malaysian yang dulu sama2 @Brunei tapi skrg ni mrk dah migrate ke Qatar pulak). Dulu mmg nak sangat belajor memasak dgn dia tapi belum sempat belajar, member dah kena transfer. Pepepun dgn technology canggih sekarang ni, alhamdulilah dengan petik jari je boleh belajar 'jarak jauh'. So, resepi ni actually try&error Ina juga utk anak2 dia & bila dia post gambar anak dia tengah makan, mommy rasa teringin sangat nak try. Lagipun menu yang sihat. Cuma masa mommy nak try tu ada doubt juga sebab involve veggie (green is not the favorite color for 3A's food). Diorang ni agak susah nak paksa makan veggie especially Anis. Macam Arfa dia suka broccoli & carrot. Ahdia plak mmg cucumber lover (makan ratah gitu pun okey si kenit tu). Selalunya yang bermasalah mmg kak Anis. But surprisely bila makan dish ni dia sukeeee plak. Yang kelakarnya dia nampak bawang yang dihiris2 dalam chowder tu boleh kutip buang padahal kuahnya tu totally bayam dia tak tau.Hehe!!!kak Anis kena tipu. So, sapa2 anak yang susah telan veggie tu boleh le try buat chowder ala2 arab ni. The taste is fingers licking good (hehe!!!rasa jintan tu mmg sedap le sampai menjilat jari jemari). 


Bahan2:

  • Seikat bayam 
  • 2 belah ayam (potong kecil2 mcm nak buat rendang) 
  • 2 sdb jintan putih/halus *(mommy guna serbuk jintan manis) 
  • 5 sdb minyak masak 
  • 1/2 biji bwg besar (hiris nipis) 
  • 1 biji tomato (belah 4) 
  • 5 biji cili padi (potong nipis2) *(mommy guna lada besar takut dorg tak tahan pedas) 
  • 1 sdb stok ayam *(mommy yang tambah) 
Caranya:
  1. Didihkan air & celur bayam selama 1minit (memadai bayam tu layu sikit saja). 
  2. Kemudian dah sejuk dikisar dgn 1/2 gelas air. 
  3. Panaskan minyak & masukkan jintan putih/halus hingga naik bau baru masukkan bawang besar. Goreng sehingga bawang nampak kekuningan. 
  4. Masukkan ayam & goreng sehingga isi ayam masak. 
  5. Terus masukkan bayam yg dah dikisar tadi ke dalam tumisan ayam, pastu boleh masukkan stok ayam, garam & sediikit gula. 
  6. Ehhh jgn lupa potong cili padi dlm 5 tangkai & masukkan bersama bayam tadi,(kalu suka pedas letak lebih). 
  7. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering & akhir sekali masukkan tomato. 
  8. Renehkan kuah sehingga pekat & sedia dihidang. 
Remarks:
Kalau nak guna lamb, rebus dulu lamb dgn ketumbar,jintan halus n manis..Bila dah lembut masukkan lamb ke dlm tumisan jintan putih n kemudian baru masukkan bwg besar. 
Untuk match dengan bayam chowder tu mommy plan buat roti arab. Tapi ada kisah disebalik roti arab ni. Huhu!!!hari Sabtu malam tu sebelum tidur mmg dah set nak prepare 2 menu ni utk breakfast tapi bila bangun je sembahyang subuh hari Ahad tu tiba2 mommy selsema plak. Siap hembus hidung kuar hingus hijau lagi. Aduiiii!!!nape tiba2 ni, selalu kalau selsema dia start dengan berair2 hidung dulu ni terus hingus hijau (yekk!). So, mommy pun tidur le semula (tahu xelok tidur semula selepas sembahyang subuh). Ingatnya nak bagi lega sikit&baru nak bangun pulun masak. So, dalam pukul 7am mommy bangun & prepared bayam chowder dulu (masa tu daddy dah siap bangun & mandi). Sambil2 tu uli tepung guna mixer untuk buat roti arab. Okey, just nice chowder masak & roti arab pun ready nak bakar. Kalau ikut resepi k.Hanieliza tu dia bakar guna kuali non-stick, so mommy pun follow le. Tak sempat masak tiba2 gas ABIS.....Aduh, haru!!!! Mommy pun call for help. Tolong!tolong! (bohong le tu jerit gaya gedik tu). Mitak daddy belikan gas, tiba2 mommy dengar bunyi mcm radio buruk dok 'pot pet pot pet'. Ayat dia lebih kurang camni le "hai, tong gas sampai 2 tong tapi kehabisan gas jugak. Mmg le, kalau org bebel marah tapi kalau mcm ni saya jugak yang kena. Nape tak g tukar yang kosong tu awal2?".....Hah!!!mana datang radio buruk ni, memekak je. Tiba2 je mommy naik hot, dah le dah lambat big bos nak makan pastu dengan badan tak sihat, pastu dok tengah masak tu terasa macam mengalir bendalir merah plak. Adussss! complete package cabaran di pagi Ahad. Lepas pot pet pot pet, dia angkut le kuar 2 tong gas tu g tukar (hehe!!!sapa tu? daddy le cum radio buruk memekak). So, nak tunggu guna stove lambat (tapi mmg lambat pun sbb api kena betul2 perlahan, tapi confirm sedap gebu kalau ikut style k.hanieliza tu) mommy masukkan aje doh2 tu dalam oven. Walau fizikal sedikit berbeza sbb kalau guna stove dia mcm hangus kat permukaan je & bahagian dalam lembut, manakala guna oven dia ala2 roti ranggup. Tapi boleh la, yang penting 3A suka. Siap ratah makan roti saje je Ahdia & Arfa. Kat bawah ni mommy copy & paste resepi dari fotopages k.hanieliza
Bahan2:
  • 500 g tepung hi protein *(mommy guna tepung roti)
  • 1 paket yis
  • 50g guka kastor/halus
  • Secubit garam
  • 250ml air suam
  • 6 sudu besar shortening
Caranya:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar & uli sehingga rata selama 30minit. 
  2. Tutup adunan dengan kain bersih yang lembab. 
  3. Biar dalam suhu bilik sehingga adunan naik 2 kali ganda (anggaran 30-45minit). 
  4. Bila adunan telah naik, tumbuk adunan untuk membuang angin. 
  5. Bahagikan adunan menjadi ketulan2 kecil. 
  6. Leperkan adunan & biarkan adunan naik semula (anggaran 15minit). 
  7. Masukkan adunan yang telah naik ke dalam non stick pan & masak kedua-dua belah sehingga garing (gunakan api yang paling perlahan & tutup kuali). 
  8. Angkat & hidangkan bersama2 bayam chowder/kari/sambal sardin. 

4 comments:

  1. salam rostina......
    sedap tu....!!!! gabungan arab dan masakan melayu
    you the best....!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam yan cottage...wallaweh!!!xpernah org puji melangit ni. tocey2!!!!

      Delete
  2. Begitulah cabarannye nak memasak untuk keluarga terchenta kan? Hehe! Yang penting, sumanye turned out great. :)

    Saya tertarik dengan bayam chowder tu. Saya ingatkan chowder tu sejenis masakan India, tapi bukan ye? Memang kena matchingkan makan dengan roti ek? Isk.. tergoda ni. Haish!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penuh pancaroba ko......yg penting dah berjaya tawan. Chowder tu actually terms for blended soup pekat (istilah BI ni). kros reka sendiri je nama tu sbb member yg buat tu pun xtau nama apa arab panggil. India ka, arab ka, jawa ka koi xtau, yg penting sedap beb! Awok nak buat kuah pasta pun no hal.....Auwww, tergoda sdh ;)

      Delete