Sunday, 22 April 2012

KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES

Alhamdulilah semalam dapat la prepared sedikit juadah utk tuan rumah masa majlis taddabur. This year ini consider 1st gathering dgn kawan2 Malaysia @KB. Kalau ikutkan dorg kat Seria/KB selalu berjumpa almost everyday but not for me. Bukan tak nak join aktiviti dorg especially majlis2 agama tapi kenkangan masa & jarak perjalanan membuatkan susah nak bergiat aktif dgn mereka. Tapi apa2 pun syukur & berterima kasih sebab dorg selalu & sentiasa menjemput kami. Dah terpilih rumah yg jauh dr kelompok Malaysian, nak buat mcm kan. Dorg semua suggest utk pindah rumah supaya kami xde terasa kesunyian (mommy le tu yg sunyi), tapi memikirkan kontrak dgn landlord atleast 2yrs & proses angkut mengangkut barang mmg leceh la nak pindah. Lagipun mommy pun dah start ada life @sini dgn aktiviti mengaji dgn ustazah Mastuyah & bz online yg memerlukan bergerak ke BSB selalu.....So bersyukur la dgn ketentuan ALLAH.
Btw untuk majlis semalam mommy buatkan Kek Kukus Hawflakes. This is consider my 2nd time prepared the cake & i quite like it especially the combination taste of sweet & sour. Besides that of course the colorful look. Hehe, walau apapun penilaian org but for me, takle terror sgt tapi bole la menjadi baik dari segi lapisan @ kegebuaannya. Resepi ni mommy ambil dr MyResepi. Dah ramai sgt dah org buat, amateur mcm mommy okay la 'better late than never'.







Sumber: MyResepi oleh k.fida
Bahan-bahan ( loyang 10x7 ):
  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 1 sk esen vanilla
  • Pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka (mommy tambah warna orange & coklat - tambah serbuk koko utk color coklat)
  • Secukup hawflakes 
Cara-cara:
  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.

*Untuk membahagikan sama rata setiap lapisan, ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
*Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

10 comments:

  1. Aslmkm Ros. Kek ni Along pun ada buat, sedap macam yg Ros kata. Cantik nya kaler maler yg Ros buat tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe!!!berpinor2 mata tgk colornya. Bukan apa along, masa buat yg 1st time dulu ros ltk 3 color je hijau, coklat & kuning.....bila siap xmenarikla colornya. itu yg this time siap 5 color lg. Anak dara, si Anis tu le tukang pilih & susun color....dia bg arahan nak color orange kat atas skali sbb orange cantik, layan je la.

      Delete
  2. Salam kak! seapnyerrr! semalam baru nmpk kakak blogger ni buat resepi kek kukus asam manis nii, peberet kita, suke mkn yg mak kita buatkan kalau buat sendirik tu ttp tak leh tandingi air tgn mak, kdg tu nak suruh mak kita poskan ajerr tp sian pulak sbb bukannnyer makin muda kan, asyik nk di suruh jerr hihihi... masuk list lah, tunggu betul2 rajin baru leh buat nii kalau rajin cuma sikit mmg tak jadi lapis2nyer :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, dah jadi peberet akak gak sjk try 1st time dlu. x muak kan sbb masam2 manis gitu

      Delete
  3. mcm bes ler... rajin idok ni nak melapis nie ros...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala ko Azu, buat kek ni lagi sonang dr menjahit menampal tu le....aku respect abis le ko terer menjahit. skill yg mmg xsemua org boleh try & error.

      Delete
  4. slm ziarah dan slm kenal juga dri QH...xpasti dh penah ke sini ke blum...hihih...maaf yer tuan umh...

    QH sgt bkenan dgn kek kukus tu...cantik betul kalernye tu...nmpk berombak2 lapisan kek kukus tu...QH nk amik yer resepi tu...nmpk sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam QH...tqvm sudi singgah & berkawan dgn saya. alhamdulilah pasni blh belajar dgn QH plak. btw, saya ni baru je nak belajar. silakan la sama2 mencuba sbb saya pun belajar dr org gak. seriusly bg saya sedap!

      Delete
  5. Salam kak, sedap kek ni, saya pun kalau buat mesti utk majlis jamuan. tapi baru 2x je buat pun. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam As...hehe, puas ati kalau buat utk majlis kan sbb kalau utk makan sendiri anak beranak mau 2,3 hari baru abis tapi klau bwk ke majlis skejap je 'ghaib'....tapi 3A suka gak rasa kuih ni sbb dorg mmg suka rasa hawflakes tu.

      Delete