Assalamualaikum & good day.
Pagi Jumaat yang tenang menjadi pilu sejenak apabila tiba2 Arfa menyedari yang hamsternya dah 'tiada'.
Balik aje dari masjid tempat dorg mengaji pagi tadi tiba2 Arfa menjerit panggil mommy bgt yg si Fatty dah mati. Alahai!!!!kesian. Mommy mmg dok risau gak ke binatang ni mcm nak survey nanti kami blk bercuti lama ke Malaysia. Rupa2nya ajalnya datang lagi awal dari yg mommy expect.
Terkedu juga la mommy bila Arfa bgt tadi but what to do? Nak blame Arfa pun xleh sbb dia dah jaga sehabis baik (i mean bg makan, minum cukup).
Yang syahdunya, blm sempat mommy fikir nak buat mcm dgn bangkai Si Fatty ni Arfa terlebih dahulu bgt " kita tanam dia mommy ekk?". "Ohw!! okey, bawak bekas dia, g gali lubang @belakang sana & tanam". Bila dorg dok uruskan 'pengebumian' Fatty tu mommy tengok je (nak tolong Arfa cakap dia nak buat semua). Yang kelakar bercampur hiba tu, bila dah siap kambus Arfa g cari ranting kayu & cucuk (ala2 batu nisan) kat atas kubur Fatty tu. Alahai!!!!
Bila dah selesai semua, mommy cakap okey sekarang bacakan Al-Fatihah untuk Fatty. Arfa plak "kejap2, Anis kutip bunga2 tu kita siram kubur Fatty". Hahaha!!!!!mmg nak gelak dah mommy tapi control xnak spoilkan mood dorg. Mommy layan je tengok (sambil2 tu mommy snap gambar kenang-kenangan).
Finally, Arfa tanya mommy "mommy, kalau kita tanam haiwan mati kita dapat pahala kan?". Jawapan mommy walau tak sure kesahihannya but mengikut logik akal "Yelah, dia makhluk ALLAH jugak mcm kita. Nanti dia tolong kita plak @Akhirat, Insyaallah".
sian :(
ReplyDeleteMemang sedih kalau binatang peliharaan mati... eynda sampai tak sanggup nak bela apa-apa... takut takleh terima kenyataan kalau diaorg mati... dulu2 bela kucing mengalahkan SPCA hehe...
ReplyDeletesedey la...
ReplyDeletedah ajal kan.. redha je la..
kesian kat arfa..
ReplyDeletedah sampai masa hamster tu pergi..huhuhu
siannya arfa... kita pun rasa sedih kalau anak sedih sebab mati kucing ke, mati hamster ke...
ReplyDelete