Assalamualaikum & good day.Aduhai kek karamel!!!!!!penangan mu begitu hebat. Warning ye!!!N3 ni banyak citer & gambar2. Jgn boring & teruskan membaca sebab best story kali ni.
Mungkin resepi kek karamel ni dah ketinggalan zaman sangat2 bagi yang dah lama mencuba tapi bagi mommy moment yg indah buat mommy baru tercipta kali ni.
Frankly speaking, inilah eksperimen paling mendukacitakan buat mommy sepanjang menjalankan eksperimen masak memasak & baking membaking. Padahal kalau ikutkan ada lagi resepi yang mommy rasa lebih susah tapi alhamdulilah berjaya dalam percubaan pertama lagi.
1st time mommy berkenalan dengan kek karamel ni tahun lepas menerusi blog Ena-Lovely Kitchen tetapi memang tak berani nak mencuba sebab yang buat tu dah kira sifu @blog masak2 & bila tengok step2 pun mcm rumit je.
So, lama le jugak terlupa dengan kek karamel ni sampai le akhir tahun lepas, C.Dae (my sis yg @JUbail,Saudi tu) dok tayang2 & goda2 mommy dengan hasil kek karamelnya yg menjadi pujaan semua especially husb & kawan2 husbnya. Kalau ikutkan mommy memang suka dengan puding karamel ni cuma tak le kerap sangat buat & makannya sebab manis. Takut memikirkan gula & telurnya. Tetapi dek tergoda & teringin mencuba skill maka mommy pun berguru dgn C.Dae.
So bila dapat saja resepi, mommy 1st trial masa mula2 dapat mixer baru tu. YA ALLAH!!!FAILED. Sebabnya lepas saja mommy mix adunan untuk kek sponge, mommy just lap2 bowl utk buat meringue (ingatkan xnak basuh sebab takut ada air, meringue xjadi. Rupa2nya bila ada sikit2 kesan dari adunan kek sponge pun xleh. Giler sensitif meringue ni).
So bila refer C.Dae dia cakap mmg xleh gilir2 bowl. Guna separated. Bila dia bgt dia guna 2 mixer, baru mommy teringat mixer klasik mommy (hadiah kawin mommy & daddy ni tau -dah lebih 10 tahun umurnya, tapi masih bertenaga. Mungkin sebab baru 2,3 kali guna sebelum kami pindah Brunei. Hehe, dulu mommy mmg tak terfikir pun nak baking membaking ni).
Okey, percubaan 2nd mommy buat FAILED lagi due to meringue punya problem gak. Kali ni mommy pukul xcukup gebu & peak belum betul2 kental (sebenarnya tgk mcm dah okey, tapi belum. So better terbalikkan bowl & goncang2 sikit tgk dia jatuh ke tak). Aduhai.....frust sungguh. Bila tengah bakar dlm oven tu dia naik punya tinggi (happy jap) tapi bila dah siap, tiba2 turun mendadak. Bila sayang nak buang, mommy makan jugak (sedap gak tu ala2 kuih bakar/bingka).
Then, 3rd trial last week (Friday) buat untuk bagi kat kawan Arfa (sebab mama dia tolong tumpangkan Arfa balik). YA ALLAH!!!!!FAILED lagi. Sebabnya baru mommy perasan. Bukan sebab meringue lagi tapi tepung tu mommy tak ayak, so ia berketul2. Bila dah berketul2, mommy dok godek2 sampaikan hilang abis buih2. Ibarat kata 'over beat' la kan. Kalau korang mesti dah give up kan?
Finally!!!!!Haha. Last Saturday, mommy gagah buat jugak sebab dah niat nak bg orang (dalam hati masa buat tu dok doa biarle jadi sebab nak sedekah @org). Atlast!! baru jadi weh!!!!!! Senangnya dalam hati, kek karamel dah jadi!!!!!!
Yang kelakarnya, petang Sabtu tu daddy tanya "bukan awak bakar kek ke?". "Ahaa daddy tapi mommy bagi kat org semua kek tu". Melopong daddy (takpela, dah rezeki dia mommy tengah happy bagi semua la. Dapat family dorg rasa semua). Itu yang mommy janji @daddy nanti mommy nak buat lagi ni, don't worry.
Makanya (dah nak abis citer ni, sabar ye) Selasa (6th Nov) dengan bangganya mommy presenting my lovely caramel cake ever (walau tak secantik & secolorful yg org lain buat, tapi mommy puas ati sgt dah). Phewww!!! penat. Dah terer buat ni, insyallah nak buat lagi nanti.
Moral of the story: Mommy ni mmg keras hati, dah failed 3 kali tapi nak jugak buat. Sapa2 yang degil tu boleh le ikut cara mommy ye. Jangan GIVE UP!!!!the end result mmg berbaloi2. Rasa release sangat. YEAY!!!
Haa, sekarang baru masuk bab resepi. Sebelum tu nak bgt, resepi C.Dae ni banyak untuk loyang 11' x 11'. Kalau nak buat sikit ikut sukatan dalam kurungan. Mommy buat last tu ikut sukatan untuk loyang 8' x 8'.
STEP 1. BUAT GULA HANGUS
1. Taburkan 2@3 sudu besar gula ke dalam loyang yg hendak digunakan utk buat kek ini nanti.
2. Panaskan loyang atas dapur guna api kecil sehingga gula hancur dan bertukar perang , boleh goyang2 loyang supaya gula hancur serata tp jangan sampai gula hangus.
3. Dah jd gula hangus , biarkan ia sejuk (dlm proses ia sejuk tu kekadang bunyi dan ia jadi macam kaca pecah) - KETEPIKAN
STEP 2. BUAT KARAMEL LAYER
1. Di dalam bekas lain pula campurkan semua bahan2 di bawah dan dipukul sebati, guna whisk je pun boleh.
2. Dah dipukul sebati - KETEPIKAN
Bahan2:
*1 sudu teh esen vanila (1/2 sudu teh esen vanila)
*1 tin susu cair (1/2 tin susu cair)
*100gm gula kastor (70g gula kastor)
*7 biji kuning telur (3 biji kuning telur)
STEP 3. BUAT KEK SPONGE
Bahan2 :
*210gm tepung naik sendiri@tepung gandum + 1 sudu baking powder ( 140g tepung gandum biasa + 1 sudu teh baking powder)
*100gm gula kastor ( 70g gula kastor)
*200 gm air (135ml air)
*100 gm minyak jagung/masak ( 45ml minyak)
*4 biji kuning telur (3 biji kuning telur)
*1 sudu teh esen vanila (1/2 sudu teh esen vanila)
Caranya :
1. Pukul kuning telur + minyak+air sampai gebu dan jadi mcm warna putih2 sikit.
2. Tambah gula dan pukul lg sehingga naik sekali ganda.
3. Matikan mixer dan masukkan sedikit2 tepung yg telah diayak dgn baking powder.
4. Kacau perlahan secara kaup balik je sehingga semua bahan bergaul rata - KETEPIKAN
STEP 4. MERINGUE
Bahan2:
*11 biji putih telur (6 biji putih telur)
*100 gm gula kastor ( 70g gula kastor)
*3/4 sudu teh krim tartar (1 sudu teh krim tartar)
Caranya:
1. Pukul telur hingga berbuih.
2. Masukkan gula dan krim tartar dan pukul lg dgn speed max hingga adunan kental.
3. Step 3 dan step 4 hendaklah disatukan secara perlahan dan kaup balik sahaja.
4. Ambil 1/4 bahan step 4 . (meringue) dan masukkan ke dalam aduan step 3. (kek sponge).
5. Kaup balik hingga rata dan tambah lg meringue sedikit2 ke dlm aduan kek sehingga habis sambil di kaup balik perlahan2.
6. Setelah semua rata , bahagikan kepada 3 bahagian yg sama banyak dan warnakan ikut kegemaran anda.
7. Ambil loyang yg berisi gula hangus dan curahkan adunan step 2. (karamel) ke atas gula hangus td.
8. Tuangkan 3 sudu adunan warna 1st ke atas lapisan karamel td.
9. Kemudian ambil dan tuang 3 sudu adunan warna 2nd ke atas aduanan warna 1st.
10. Kemudian ambil dan tuang 3 sudu adunan warna 3rd ke atas aduanan warna 2nd..
11. Ulang proses ini sehingga loyang 3/4 penuh, kemudian buat pula dgn 2 sudu dan akhir sekali 1 sudu .
12. Akhir sekali lorekkan atas adunan dgn lidi.
13. Bakar secara steam bath selama 1 jam atau sehingga kek masak.
14. Setelah kek masak, off kan oven tp biarkan kek di dlm oven sehingga kek renggang dr loyang (pastikan pintu oven terbuka). 15. Terbalikkan kek ke atas pinggan dan biarkan ia turun sendiri. (jika ada air gula yg keluar, cepat2 lapkan dgn tisu).
16. Potong kek bila ia benar2 sejuk.
SIAP....BOLEH MAKAN...
salam rostina......
ReplyDeleteaduh.....cantiknya.....menjadi betul kek tu.....mesti sedap...nampak menyelerakan boleh minta sepotong...?
nampak sedap lah kek karamel ni Ros, tpai banyak nya step malas jugak tapi teringin nak makan lah heee
ReplyDeleteas salam ros...dah menjadi yer... t kita sama2 buat lagie yer..
ReplyDelete