Merupakan sebuah taman tema yang besar & menarik terletak di Jerudong, pinggir Lebuhraya Tutong - Muara, Brunei Darussalam.
Taman tema yang hebat ini telah dibina sebagai hadiah dari Sultan Hassanal Bolkiah kepada rakyatnya semperna ulangtahun keputeraan baginda yang ke-48 pada tahun 1994.
Taman tema yang hebat ini telah dibina sebagai hadiah dari Sultan Hassanal Bolkiah kepada rakyatnya semperna ulangtahun keputeraan baginda yang ke-48 pada tahun 1994.
Mengikut khabar bahawa taman tema ini telah dibina dengan menelan belanja sebanyak 1Billion BND. Di zaman kegemilangannya antara tahun 1994 -2000, orang ramai di Brunei menikmati keistimewaan diberi masuk & bermain segala permainan/tarikan secara percuma.
Pada tahun 1994 juga, artis antarabangsa yang cukup terkenal iaitu Whitney Houston & Michael Jackson telah datang untuk membuat persembahan di sini. Pada ketika itu, memang Jerudong Park menjadi kunjungan bukan sahaja oleh rakyat Brunei malahan juga pelancong dari Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia & tidak ketinggalan dari Singapura.
Sesuatu yang menyedihkan terutama kepada rakyat Brunei sendiri kerana taman tema ini tidak lagi segah dahulu kerana banyak kemudahan/permainan yang telah rosak @ tidak diselenggara disebabkan isu barang ganti dsb (atau mungkin ada cerita lain yg tidak diketahui umum, allahualam).
Bukan itu sahaja malahan sekarang orang ramai juga terpaksa membayar tiket untuk permainan di taman tema ini (walau bagaimanapun, sesiapa sahaja bebas beriadah & melakukan aktiviti di dalam taman tema ini tanpa sebarang bayaran).
Walaupun taman tema ini tidak lagi sehebat & semeriah zaman kegemilangannya, tetapi ia tetap menjadi salah satu tempat menarik yang masih dibanggakan oleh rakyat Brunei. Malahan masih banyak keriangan dibawakan terutama untuk kanak2.
Disamping permainan untuk kanak2, orang dewasa juga bebas mencuba tarikan2 yang disediakan selain dapat berkelah & beriadah bersama2 keluarga.
Taman tema ini juga dijaga & diselenggara dengan baik & sangat cantik. Antara tarikan yang sentiasa mencuri perhatian kanak2 ialah 'kiddie rides', 'bump cars', 'coaster', 'boat rides' & banyak lagi.
Selain taman permainan, Jerudong Park ini juga merangkumi satu kawasan teater di mana sering diadakan pertunjukan pentas & persembahan. Baru2 ini penyanyi nasyid antarabangsa yang terkenal iaitu Maher Zain & Sami Yusof telah berpeluang menghiburkan rakyat Brunei di sini.
Jerudong Park Playground ini dibuka setiap hari bermula jam 5ptg sehingga ke 11malam kecuali pada hari Isnin & Selasa ditutup untuk kerja2 pembersihan.
Pada waktu malam, taman ini semakin menarik perhatian dengan pancaran lampu2 di setiap sudut tempat permainan. Kebanyakan rakyat Brunei memenuhi malam minggu mereka di sini dengan berkumpul bersama kawan2 & juga ahli keluarga.
Orang ramai bebas untuk berkelah di tempat2 disediakan sambil menunggu anak2 @ahli keluarga bermain di playground atau mencuba tarikan2 yang disediakan.
Yang paling utama kesedaran civic rakyat Brunei terhadap kebersihan mmg patut dipuji kerana di mana2 anda akan lihat kebersihan tetap terjaga.
Untuk kami 4A+R, selama 2 tahun di negara Brunei ini telah berulang2 kali juga melepaskan kebosanan dengan mengunjungi Jerudong Park.
Walaupun telah acapkali datang tetapi tetap menghiburkan terutama kepada 3A kerana disamping tarikan2 lama yang telah dicuba, ada juga tarikan2 baru yang dari semasa ke semasa ditambahbaikan.
Untuk u al yang bercadang @ ada peluang ke negara Brunei jangan lupa singgah di Jerudong Park ;)
kanak-kanak tentu seronok pergi ke jerudong park ni kan...
ReplyDeleteBestnya ada park mcm ni..buka sampai malam tu..klu sy kt sana pon sure banyak kali dtg. anak2 mmg suka pegi park lg2 theme park mcm ni. hehe. dah besar dah anak2 kak ros, gurgals kak ros tu twins ke? sama cantik dgn mommy..;)
ReplyDeletebest jugak yer..jejalan kt Brunei..spi ke malam xtvtnye park tu...tentu seronok
ReplyDelete