بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday, 26 March 2012

NASI MINYAK TERENGGANU

Alhamdulilah, berakhir sudah 10hari cuti sekolah & menandakan jugak tugas mommy as a 'supir' kembali semula beraksi. Post mortem pasal 10 hari school break ni nanti mommy jot down dlm next entry cuma harini nak publish dulu resepi nasi minyak 'Ganu Kite' (walau gulai dok jadi gulai Ganu sbb xdok rempoh cap Bunga Ros).......Sebelum ni dok buat nasi minyak hujan panas (blm publish lagi resepi ni sbb x sempat snap gambar masa bt time raya dulu), budak2 ni macam kureng minat skit nak makan sbb dorg cakap ada sayur (padahal bawang &rempah 4 serangkai je pun).....Tapi alhamdulilah this time bila buat Nasi Minyak 'Ganu Kite' ni dorg suka sgt makan. Ahdia je x makan sbb gulai/kari tu mcm terpedas skit. Nasi minyak ni mommy buat yesterday for lunch sbb mmg kami tak keluar g mana2. Kira celebrate abis cuti sekolah la, bukan apa budak2 ni tak sabar2 nak g sekolah (boring gamaknya xde kawan selain dorg 3 org je).


Sumber: FB Selera Terengganu
(Resepi di sediakan oleh: http://www.aisyahumaira.com/ )

 Bahan-bahan Utama
Beras (mommy guna 4 cawan)
1 biji bawang besar di potong mayang
3 biji bawang merah (kisar)
3cm halia di ketuk
1/2 tin susu cair
Marjerin (bagi klasik skit) (mommy guna 2 sudu besar)
Minyak masak
Sirap & sunquick (mommy guna 1 sudu besar sirap & 2 sudu besar sunquick)
Air mengikut sukatan beras
2 helai daun pandan

Rempah kasar
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
1 btg kulit kayu manis


Cara-cara membuat
1. Panaskan kuali, masukkan marjerin bersama minyak masak.
Masukkan rempah kasar, tumis sampai naik bau atau buah pelaga menjadi kekuningan.
2. Masukkan bawang yang di kisar then bawang besar yang dihiris mayang dan halia yang telah diketuk.Tumis sampai bawang tadi sedikit garing.Masukkan daun pandan.
3. Masukkan susu cair dan air mengikut sukatan beras.Pada mulanya masukkan 1 cawan air (if korang guna cawan sebagai sukatan beras).
4. Masukkan sedikit sirap untuk buat nasi jadi color merah skit.Biarkan ia mendidih sekejap.
5. Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik.Tambah air sukatan beras tadi sebanyak mana korang nak masak.Contoh 3 cawan beras,tambahkan lagi 2 cawan air ke dalam periuk nasi tadi.Seeloknya, lebihkan sedikit air.Biarkan ia mendidih sekejap- Masukkan beras yang siap dicuci ke dalam periuk.
6. Masukkan sedikit garam.
7. Selepas nasi kering @ nak masak, masukkan sedikit sunquick dan gaul rata.Biarkan nasi masak dalam periuk.
8. Ok, dah siap. Boleh dihidang bersama gulai ayam/daging.

Untuk gulai ayam pula ni resepi mommy sendirian berhad. Ahaks!!

Bahan2
Seekor ayam (potong sederhana la ye)
3 biji ubi kentang (potong 4/6)
1 biji bawang besar (hiris)
5 biji bawang merah (kisar)
2 biji bawang putih (kisar)
1/2 inci halia (kisar)
10 biji cili kering (kisar)
Rempah 4 serangkai - kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih
Rempah masak ( terbaekk kalau guna cap Rose- asli dr Ganu kite) (sedihnya mommy xde stok. Guna Babas je, itu yg merah je color, kalau ori cap Rose macam kelabu2 kurma skit)
Santan (mommy guna 1 tin santan pekat)
Garam
Gula/nise(gula melaka)
Air
Minyak


Canaria
1. Mula2 tumis rempah 4 serangkai hingga garing, kemudian masukkan bahan2 kisar. Goreng hingga garing.
2. Apabila dah pecah minyak, masukkan 1 sudu gula @ 1 kerek nise. Kemudian, baru masukkan 4 sudu besar rempah masak (cairkan dengan 1 cawan air).
3. Masak lagi sehingga rempah sedikit kering & garing.
4. Masukkan ayam & kentang, juga bawang besar. Gaul rata & biarkan selama 5 minit.
5. Apabila isi ayam & kentang sudah hampir masak baru masukkan santan pekat. Biarkan mendidih.
6. Apabila santan telah mendidih, masukkan 1-2 cawan air (ikut citarasa nak cair @ pekat).
7. Akhir sekali, masukkan garam. Siap

Aksesori kalau makan nasi minyak ni cuma sambal belacan & acar mentah.


1. Acar mentah

Bahan2
1 btg timun batang (hiris panjang2)
1 btg carrot (hiris panjang2)
2 biji cili merah (hiris panjang2)
3 biji bawang merah (hiris nipis2) -mommy tak letak
3 sudu cuka
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar gula

Caranya
Campurkan semua bahan & gaul sebati.
Biarkan dalam peti sejuk seketika supaya rasanya diserap sekata.

2. Sambal Belacan

Bahan2
2 biji cili merah
5 biji cili padi (kalau suka pedas le)
Belacan (terpulang le byk mana ikut citarasa)
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
2 biji perahan limau nipis

Caranya
Tumbuk semua bahan kecuali limau nipis.
Apabila dah lumat, perah limau nipis.
Siap.

6 comments:

Unknown said...

sedapnya nampak ted!!! kecoq ayaq lioq! ju baru berkenalan dgn nasik minyak terengganu last year.. jmpa kat pasar malam :p
terus beli. mmg sedap sekali! tapi member teganu kata pasar malam punya tu tak sesedap mana pun. huhuhu.. janji dapat rasa sudah..

rostina76 said...

Jue!!!ni mcm x berapa ori sbb gulai jadi kari sbb xdak rempah special. tapi klau belah pantai timur baik ganu mau kelate hari2 blh jmp nasi minyak ni. huhu!!!kami mmg makan wat breakfast lagi ni.
tapi ada hikmah gak gulai jadi kari ni sbb species2 mai dr utara nih layan baekk punya.hehe!!

HomeKreation said...

Ya lah, sama tapi tak serupa resepi kita kan... Dua2 pun sodaaap... dah abis pun kan... hehe

rostina76 said...

Along....LICIN !!!!

Lisa Tjut Ali said...

mbak pingin coba resep nasi goreng ini
makasih ya atas share resepnya

Lynnzul said...

Baru masak semalam..Raya Puasa 6.Pagi ni makan sebagai breakfast..Yummy.Nak tambah sambal jer pagi ni sket.Semalam tak sempat tumbuk sambal.Tenyeh cili padi yg dibubuh fresh dlm gulai jer.Hubby n anak2 suka Nasi Minyak simple ni.Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...