بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, 23 November 2011

YONG TAUFU



Harini baru berpeluang memasukkan N3 pasal Yong TauFu. Kuahnya siap hari Isnin lagi tapi sbb memberi laluan kepada skuad bola Harimau Muda maka hehe, harini baru dpt post. Kuah Yong TauFu ni mommy dapat dari blog mamasya (resepi asal plak dr MyResepi). Dah lupa rasanya sebab since pindah ke Brunei blm dapat makan lagi sampai le harini. So, xtahu le sama ke idak rasanya dengan yg org jual. Tapi bagi lidah mommy sendiri ok la, not bad tastenya cuma terlebih manis je yg mommy buat ni. Hehehe!!!! mana tak manisnya, dek kerana nak perabiskan stok gula melaka maka mommy bubuh 3ketul (yg size kecik) & airnya plak sikit je... So, next time buat dah pandai agak dah berapa ketul perlu masuk. If u al terlebih rajin nak try buat sendiri tu sila2 la jugak try ye.


Sos Yong Taufu
Resepi asal: Minami; My Resepi
Sumber: Mamasya

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
* 10 tangkai cili kering- guna 3 sb cili kering yg dah blender .
* gula melaka atau kurozato(1-2 keping yg size kecil)
* bijan goreng
* gula(kalau kurang manis)
* 1 s.k garam
* 3 cm belacan
* 300 ml air
* 1 sudu besar minyak
* 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
* sedikit ajinomoto- tak letak
tambah 1 sb sos tiram

Cara-cara
1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
2. Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
3. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
4. Setelah mendidih , masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5. Masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
6. Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama bahan2 lain. (mommy beli ready made fishball/tauhu sumbat/sayur-sayuran sumbat khas utk Yong TauFu).

4 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam kenal Ros.kak Ros follow.Kebetulan last week kak ros ada masak chee cheong Fun.Bolehla makan dgn yong taufu ni ya.

Mamasya said...

Aslmkum Rostina

Dtg jamu mata dgn YTF.kat Brunei mmg tak da org jual YTF..nak mkn kena buat sendiri.akak mmg suka ytf tp kat Cairo ni tak da bahan2 fishball and the gang. just nak share, kat Brunei ramai org Msia....kalau bulan puasa setiap minggu ada majlis buka puasa di Kedutaan dan sembahyang raya ,juga jamuan raya di situ. husben akak dulu aktif persatuan... PKMS...persatuan khas utk kebajikan org2 msia di Brunei...soal sakit..kematian, xtvt sukan dll dgn kerja sama Kedutaan. manakala ladies pula dgn xtvt PERWAKILAN tp akak sesekali je join xtvt PERWAKILAN bila rajin. ada xtvt persatuan gini mmg dpt jumpa ramai org2 Msia di sana...seronok.

rostina76 said...

Mamasya: Kami @sini consider baru lagi. lagipun jauh drp group malaysian yg lain.Mrk normally dok @BSB / Kuala Belait.Ada jugak kami sekali sekala join xtvt ceramah&makan2 tapi blm bkesempatan lagi jmp datuk&datin duta...insyaallah kot thn dpn.Raya yg lps kami bkumpul @rumah Malaysian yg kerja shell kat sini ramai2. Terubat sikit rindu @Malaysia.

Mamasya said...

Aslmkum Rostina

Betul tu, xtvt biasa kat BSB sbb ramai yg tinggal situ.Kalau famili shell ramai kat KB kan...kwn akak kerja shell ada di Miri.
Ok slmt bercuti....slmt terbang ke Msia!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...