As salam...
N3 kali ni special sikit sbb nak cerita ttg Kurnia Sultan Brunei (Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin) yg kami terima. Hehe!!! jgn le suspen bukan kurnia darjat kebesaran @ yg GAH tapi kurnia daging korban semperna Hari Raya Aidil Adha tahun ni 1432 / 2011.
1st of all, mommy just nak kongsi apa yg mommy rasa & xde lebih dari niat itu. Dah 35 tahun hayat mommy @dunia ni & sepanjang itu jugak bukan tak pernah buat korban @terima pemberian daging korban. Tapi tahun ni special sikit (bukan semata2 dapat daging kurnia sultan Brunei ni) tapi 'in general' lebih kepada perasaan yg bercampur baur; bersyukur, sedih, gembira, takut, bangga etc.........
Tak tahu la nak cerita lebih2 mcm tapi 1st rasa bersyukur sgt2 dgn rezeki yg ALLAH bagi kepada kami sekeluarga & seluruh umat Islam baik di Brunei mahupun di Malaysia. Bukan apa bila fikir2 semula beruntungnya kita especially rakyat Brunei sbb daging korban berlebih2 (semua dapat merasa) & kpd rakyat Malaysia pun xkurang beruntung jugak sbb majoriti dapat bahagian masing2 kot melainkan kes2 terpencil (Allahualam, mommy tak pasti mcm pengagihan dijalankan. Adakah adil @tidak)....Perasaan ni timbul selepas tengok berita tentang rakyat Indonesia yg berebut2 sehingga ada yg pengsan semata-mata hendakkan daging korban yg tidak la begitu banyak (bg kita yg senang lenang ni le kot)..... Masya Allah, kesian betul tengok situasi tu. Kalau blh tlg ibarat nak je bg daging korban yg kita dapat kat dorg (bukan angkuh@sombong tetapi compare dengan kita yg kerap jugak la makan daging, lebih baik bagi kat dorg utk merasa). Huhu!!!!sedih!!! tapi itulah kehidupan. That's why kadang2 lebih afdal rasanya buat korban @kemboja ke,Indonesia ke di mana daging korban kita tadi tu lebih betul2 dihargai oleh yg merasanya..
Kurnia daging korban yg kami terima ni ialah pada hari raya aidil adha yang kedua (8/11/11), siap ketua kampung hantar depan rumah. Sekali lagi bersyukurnya dengan kesenangan & kelapangan yg ALLAH bagi. Tak perlu bertolak2 & berasak2 mcm kat Indonesia tu....Pepepun semoga umat islam di Indonesia & tempat2 lain yg mengalami kesusahan dapat diringakan beban oleh ALLAH s.w.t, Amin......
Ehh!!!dah start citer sedih la pulak. Okey la u al mommy just share gambar yg mommy snap sebagai kenang-kenangan sementara merasa kesenangan & keberuntungan di negara Brunei Darussalam ni. Nanti balik Malaysia hehe xdpt dah tupperware cantik mcm ni. Paling2 cun pun plastik rokrak (kata ore kelate).....Bukan nak taksub dengan Sultan Brunei ni tapi banyak jugak kebaikan yg Baginda bagi kat rakyat (termasuk le Pendatang dengan izin ; kami le tu, hehe) sampaikan sekecil2 kurnia pun ibarat hadiah yg org blh simpan & ingat. Hehe, yelah bagi Baginda apalah sangat kurnia tu compare dgn harta dia yg melimpah ruah. Again, bukan nak taksub sebab sebagai manusia mesti ada kelebihan & kekurangan jugak kan, Allahualam.
Haa, korg tengok tu elok je daging tu takde le berbau kereta
ketua kampung nak menghantar seluruh kampung. kik3x...
ketua kampung nak menghantar seluruh kampung. kik3x...
Cantikkan packaging dia?Printed gambar salah satu Istana
di Brunei (yg utama). At least org appreciate & simpan.
di Brunei (yg utama). At least org appreciate & simpan.
Yang kat bawah ni pulak gambar kurnia buah kurma oleh Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin semperna bulan ramadhan yg lalu. Juga dihantar oleh ketua kampung ke rumah masa awal bulan ramadhan. Mengikut tukang kebun kami, setiap ahli rumah dapat seorang satu bekas. Kami siap dapat lebih lagi sbb masa tu mok ada kat sini. Rasanya 7 biji bekas kami dapat (4A+R, mok & Eddy). Pastu buah kurmanya pulak bukan yg biasa2 hok manis leting (bahasa kelate utk manis gile) tu tapi buah kurma nabi. Hehe, kami ni mmg dah mewah dengan buah kurma sbb Ayah Teh & Cik Dae selalu supply.Ditambah pulak dengan yg Sultan bagi, tak berabisan lagi ni. Pepepun, syukur alhamdulilah bak kata pepatah " Org memberi, kita berbahasa". Semoga Allah limpah ruah rezeki & panjangkan umur Tuan Patik Sultan Haji Hassanal Bolkiah & kerabat juga tak ketinggalan Ayah teh & Cik Dae kami juga seluruh ahli keluarga kami, saudara mara kami, sahabat handai kami & seluruh umat islam sedunia termasuk anda yg membaca blog mommy yg tak seberapa ni.AMIN......
Bekas ni di cetak kekal gambar ni (bukan tampal kertas) &
bahagian bawah bekas berwarna perang emas.
bahagian bawah bekas berwarna perang emas.
1 comment:
Alhamdulillah bersyukur dan bertuah sungguh rakyat negeri brunei dapat pemerintah seperti beliau.
Post a Comment