As salam...
Entry tertunda menu petang semalam. Idea dtg dr kwn kat sini yg buat masa open house dia raya aritu. Tak ku sangka, senangnya nak makan murtabak walau xde mamak depan mata. Hehe!!! berlagak tak abis2 kalau berjaya dgn eksperimen dia mommy ni (mcm ayat Arfa Zafran bila mommy dok 'act' depan dia kalau berjaya buat something). Yelah, klau kita bangga dengan diri kita maknanya kita berpuas hati dgn hasil usaha kita. Jgn pulak kita g menunjuk2 kat org yg kita ni hebat bebenor. Lagipun sekadar hiburan sesama 4A+R. Secara indirectly, kita mengajar anak2 supaya berusaha untuk mendapatkan sesuatu, bila berjaya dapat of course kita merasa kepuasan atas usaha kita.
Laa. Lupa nak habaq resepi ni mommy dpt info dr Pn Nora (kwn Msia sama2 @Brunei ni) dia ambik resepi dlm MyResepi. Cuma dlm MyResepi tu tajuk dia 'Murtabak Segera' oleh minami133. Mommy ubah tajuk sebab size dia damit(kecik la translate bahasa Brunei) & lagi satu kalau nak ikut segera x jugak sbb u al kena masak inti dia dulu, sama mcm yg biasa cuma kulitnya aje kita modified pakai kulit popiah. Hehe!!! jgn mare ye minami133. Memang glamour sungguh resepi dia ni sampaikan beribu2 thumb up dpt. Tahniah utk hasil kreatif minami133. Satu lagi dlm resepi minami dia xde attach pencicah either kari @ cuka bawang, so since mommy ni org pantai timur kami mmg suka makan murtabak dgn pencicah cuka bawang, mommy attachkan sekali resepi utk pencicah cuka bawang ye. Tengok la kat bawah.
Bahan-bahan ( mommy dapat 12 keping )
*100 g daging cincang (mommy guna daging ayam)
*2 biji ubi kentang
*1 1/2 sudu besar rempah kari
*1/2 biji bawang besar
*1 ulas bawang putih (kisar)
*daun sup (mommy tak letak sbb 3A xsuka sayur-leceh nak kena kutip)
*minyak (mommy guna marjerin- lagi ranggup & xresap minyak sgt)
*1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
*kulit popia
*2 biji telur
Cara-cara
1. Mula2 buat inti utk murtabak. Caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. Tumiskan bawang.
2. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn sedikit air. Goreng sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging cincang.
3. Apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.Masukkan garam dan ajinomoto. Jika terlalu kering, tambahkan air. Masak sehingga kentang empuk. Akhir sekali masukkan daun sup.
4. Pukul telur di dalam mangkuk. Masukkan inti tersebut ke dalam telur. Kacau sehingga sebati.
5. Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak bentuk segiempat. Cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
6. Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak/marjerin.
Untuk Pencicah Cuka Bawang
Bahan2:
*Bawang besar (dihiris nipis)
*Cuka makan (2 sudu besar)
*Garam (1/2 sudu teh)
*Gula (2 sudu besar)
*Pewarna makanan (biasanya warna merah)
*Air suam (6 sudu besar)
Cara
1. Hiris bawang nipis2 & rendamkan di dalam pewarna makanan ( titikkan 1 titik pewarna merah di dalam semangkuk air).
2. Dalam mangkuk yang lain,masukkan cuka & ditambah dengan garam & gula.
3. Akhir sekali masukkan bawang tadi (ambil bawang sahaja)
4. Sedia untuk dijadikan pencicah murtabak.
No comments:
Post a Comment