Friday, 1 July 2011

Roselle Muffin

Petang2 ni mengantuk la plak rasanya walau dok menghadap pc ni......Terasa sunyi pulak rumah ni (zafran sdg tuisyen mandarin dgn Ms Pang dlm bilik study&ahdia plak lena kepenatan).Yang tinggal anis sorang2 menghadap astro ceria.....Mommy boring sgt,so terbang ke Jepun jap ke rumah E-na; Lovely Kitchen.Dok intai2 nak bt eksperimen kek lapis ros,mcm sweet&gebu sgt kek dia.Apalagi trus g dapur selongkar bahan2 asas. Susun persatu bahan2 yg diperlukan alih2 tgk pewarna merah xdak.Huwaaa!!!!xde org lain le ni,baru teringat zafran dah abiskan semua pewarna makanan mommy utk bt science experiments dia.Bukan setakat warna merah,tapi semua pun xdak.Eeei,hampeh btui.Bila mood rajin ada,xde bahan plak......Last2 xpela,dah alang2 selongkar bahan asas.Guna jela mana yg ada buat benda yg senang.Mommy teringat plak dgn jem roselle yg buat sendiri last week......Ting!!!!!!!Buat muffin inti roselle jela.Sedap gak tu.


Resepi Roselle Muffin

Bahan2
  • 180 gram mentega berkualiti tinggi
  • 170 gram gula halus @ kastor
  • 4 biji telur gred A
  • 350 gram tepung gandum*
  • 20 gram baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
  • 160 ml susu segar (mat guna susu sejat)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Jem roselle secukupnya

Cara2nya
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga gebu, jarak waktu antara satu biji telur ialah 1 minit.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Masukkan esen vanilla dan putar rata.
  4. Isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan sudukan 1/2 sudu teh jem roselle di tengah2nya. Bakar 25 minit atau hingga masak, sejukkan atas jaringan sepenuhnyaa...

Hasilnya.....mommy buat dua perasa;satu roselle & lg satu blueberry.Tapi yg roselle lagi best sbb xmanis sgt.
Next time la try eksperimen dgn kek lapis ros tu.

No comments:

Post a Comment