Tuesday, 7 June 2011

Doh asas


Ini plak nak jot down resepi asas buat doh roti (resepi dari my former baker Aunty Norlie).......semenjak dua menjak berjinak2 dgn baking ni mmg suke buat pizza&roti.......bukan apa tapi sbb pelanggan(the kids) berpuas hati sgt.....jadi the baker pun rasa puas hati le juge.hehe
ROTI ASAS

BAHAN-BAHANNYA
:

  • 800 gram tepung roti
  • 300 gram air sejuk (dari peti sejuk)
  • 120 gram gula kastor
  • 50 gram shortening
  • 2 bungkus (22 gram) yis segera (instant yeast)
  • 2 biji telur kecil
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar susu tepung

CARANYA :

1) Satukan yis dan telur dan pukul dengan tangan. Apabila sudah rata, masukkan air, tepung, gula, shortening, garam, baking powder dan susu tepung. Adun hingga rata.
2) Masukkan adunan ke dalam mesin bancuh dan bancuh dengan kelajuan sederhana selama 10 minit. Gunakan pemukul khas untuk doh roti (pemukul yang bentuknya berpusar).Uli lebih kurang 45 minit lagi.
3) Keluarkan doh dari mesin dan uli lagi menggunakan tangan hingga ia licin. Jangan lupa bubuhkan sedikit tepung di tangan semasa menguli.
4) Biarkan doh dalam mangkuk adunan dan tutup mangkuk dengan kain lembab. Perap selama 1 jam.
5) Ambil doh sebanyak 35 gram dan bulatkan bentuk doh. Ulang cara ini hingga semua doh habis digunakan.
6) Bentuk doh mengikut jenis roti yang hendak dibuat.
7) Biarkan doh yang sudah dibentuk selama 45 minit lagi sebelum disapukan dengan susu cair atau telur dan bakar dalam ketuhar bersuhu 180 darjah C, selama 8 hingga 10 minit.........bila dah masak br disapu mentega..

No comments:

Post a Comment