Assalamualaikum & salam sayang…
Ni cerita Hari Asyura tahun ni. Kalau tahun lepas berangan je nak buat bubur Asyura pelbagai jenis kan.. Refer cerita tahun lepas. Alhamdulilah, tahun ni Allah bagi chance merasa makan bubur Asyura. Bukan setakat bubur Asyura negeri sendiri tapi variety dari negeri2 lain lagi. Heheh seronok betul layan anak tekak. Btw xde dpt apa2 ganjaran pun buat bubur Asyura sempena Hari Asyura ni melainkan pahala amalan puasa sunat tetapi atleast niatkan la aja sedekah bagi kawan2 & family makan. Dapat jugak extra pahala, inshaallah…
So yang teringin tu jangan susah hati, guna je periuk ajaib NOXXA. Senang cerita, cepat & mudah (tapi berkecah jugak le dapur sebab gelegaknya melempah2 keluar). Pepepun mmg cepat. Dalam 1 jam dah siap bubur asyura versi pantai timur mommy.
Jom layan gambar koleksi bubur Asyura kami tempohari. Versi mommy yg Ganu Kite, yang ada topping telur dadar tu. Cuma bila dah hidang kat org2 yg tak biasa makan mmg pelik la dorg dgn versi kami punya. Kata dorg xleh masuk sebab rasa berempah & manis. Alahai…..xpela xleh nak paksa tastebud masing2. Bagi mommy versi pantai timur kami tetap yg terbaik. Oh satu lagi kami plak bila dah rasa bubur asyura dorg blh je masuk sbb kami pun biasa buat style camtu tapi kami panggil bubur lambuk. Kik3x……
Nak resepi tu ada kat bawah.
Rempah plak mommy buat sendiri sbb mana nak ada jual kat Brunei ni weh.
# Resepi rempah sugho
Bahan2:
50g biji ketumbar
20g jintan manis
10g jintan putih
10g lada hitam
5 btg kulit kayu manis
Caranya:
Sangai semua bahan2 & kisar halus semua bahan2. Siap.
mcm bubur nasi ehh bubur asyura pantai timur. kalo utara manis2.. ada pisang, kacang hijau, keledek semua..
ReplyDeleteBubur asyura pantai timur cam kedah jgk lbh krg tapi guna beras (kedah guna tepu g beras)....lg satu yg lain sbb kami ada rempah, utara xdak cuma manis sama la...heheh yg cam bubur nasi tu belah johor & selangor
DeleteAssalam Sis..
ReplyDeletesaya 1st time makan sura dari tganu mggu lepas...yg manis tu...sedappp...ade topping kepala dan cam campur dengan serunding ikan... yg negeri lain belum try lagi..
tp tu la kan..org kata selera lain2... bg kita sedap..bg org tak...normal la tu..yang penting, cuba selagi ada peluang..kalau tak, bile lagi kan... hihihi...
Alhamdulilah sis suka...heheh kdg2 yg kelainan tu yg kena cuba
Deletebubur asyura semua jenis dari semua negeri semua boleh jer diterima oleh tekak saya ini. Walaupun negeri sendiri tak punya bubur asyura sendiri.
ReplyDeleteNasa mulia org mana?
Deletesedapnya assyura panati timur, teringat lagi arwah mak buat dengan makcik sebelah rumah, assyura kelantan..akak org utara...sedap sangat
ReplyDeleteKalau berjiran lain2 negeri seronok kan sbb blh sama2 merasa
DeleteKalau berjiran lain2 negeri seronok kan sbb blh sama2 merasa
DeleteKita pun kurang masuklah Ros versi rempah manis tu. Suka lagi versi bubur Assyura sendiri...
ReplyDeleteinsyaAllah kalau berkesempatan, boleh try resepi ni. trliur nk makan sura :)
ReplyDeletePenah mkn asyura versi kelantan yg berempah dan bnyk lauk.sedap sngt.ade jge org yg x pandai buat rasa kelaut ler! ..untung org malaysia mcm2 jenis asyura kita boleh try.
ReplyDeleteTerima kasih for the recipe. Punya google cari nak buat rempah. Mana nak cari rempah dekat Saudi Arabia ni….. nak kirim pun susah sbb ramai refuse to go back Msia due to covid. Jap lagi nak buat rempah. I will just add into the airfryer and roast than ground wt coffee grinder
ReplyDelete