Wednesday, 20 November 2013

Muzium Teknologi Melayu, Brunei

Assalamualaikum & good day. 
Amboi syoknyeeeee org Malaysia dah cuti panjang ye. Ramai dah tgk kawan2 yg bwk anak2 bercuti baik dalam mahupun luar negeri. Kami kat sini blm officially cuti sekolah lagi tapi 3A dah byk mengelat ni (since after exam attendance dah tak dikira dalam result final tu). Harini pun dorg tak g sekolah (lagi bagus blh mommy buat house cleaning besar-besaran sblm cuti panjang nanti). 


Okey, amik mood sama dgn org p bercuti maka mommy tepek jugak la aktiviti jalan2 kami sekitar Brunei ni (kot2 ada yg nak dtg bercuti ke Brunei akhir tahun ni blh jenguk2 gambar kami ni). 


Hari Ahad minggu yg lepas (10/11/2013), kami mcm biasa ronda2 Bandar Seri Begawan (misi utama JJCM). Dah alang2 smp BSB tu daddy dok sibuk le tanya mommy mana lagi tempat yg kita belum terjah ekk. 

Mommy pun bg le idea untuk pergi ke Muzium Teknologi Melayu ni sebab masa awal2 kami sampai Brunei & pergi Muzium Brunei , kami tak jumpa lokasi Muzium Teknologi Melayu ni (kami ingatkan dah tutup since sinceboardnya mcm dah uzur). 

So Ahad lepas, berpandukan info yg mommy dapat akhirnya berjaya jumpa lokasinya (berdekatan dgn Muzium Brunei juga cuma jalan masuk yg berbeza & sedikit ke dalam melalui rumah2 kampung). Oh btw signboardnya pun dah renew. Baru CLEAQ (kata org Kedah dtg Brunei gitu, hehe).


Adussss, bila nak type N3 ni dok tercari2 semula pamplet dpt aritu xjumpa plak (mintak tlg cik google semua hampeh). Huhu!!!!maka mommy citer brief je nooo (ingat2 lupa dah ni). 

Building Muzium Teknologi Melayu ni terdiri dr 3 tingkat; bahagian bawah terdiri dr kaunter pendaftaran (masuk free je), foyer & bilik VIP. Tingkat 2 terdapat pameran berupa replika rumah2 & suasana di sekitar Kg Air (masih ada sampai sekarang pun yg real cuma dah dimodenkan). 


Masa kami mula2 jenguk masuk tu terkezuttttt monkey sebab ingatkan org betul tgh dok repair tempat tu, rupa-rupanya patung. Real weh!!!! (tapi bila ko tenung 2,3 kali mmg confirm nampak fake nya). Ahdia plak mula2 tu takut nak masuk (dia seriau dgn patung2 tu le), tapi bila dah lama2 seronok plak dia sampaikan masa nak balik tu siap xmau balik, pastu sibuk pujuk mommy datang lagi (huhu!!!!kalau ada sapa2 sedara ke kawan ke dtg blh le kita ajak dtg lagi, klu tak xde le nak ulang g 2,3 kali). 


Okey, dah siap berkenalan & bergambor dengan org2 Kg Air tu, kami bergerak plak ke tingkat 3.


Tingkat 3 ni plak ditempatkan pameran & again replika serta barang2 hasil pertukangan org2 Melayu Brunei disamping kaum2 lain di Brunei iaitu Iban, Murut, Bisaya, Dusun dan Kedayan.


Antara pertukangan yang ditonjolkan ialah tenunan songket Brunei, pertukangan perak, tembaga & emas. 



 Juga cara2 mereka menangkap ikan, memproses sagu, menuai padi, menternak & sebagainya.


 



Ada juga dipamerkan contoh2 rumah semua kaum di Brunei termasuk rumah panjang kaum Iban.

Di bahagian luar bangunan muzium pula dipamerkan juga contoh2 perahu yg digunakan oleh masyarakat Kg Air  di zaman dahulu.


Selesai lawatan kami ke Muzium Teknologi Melayu ni kami baru perasan yg ada satu lagi bangunan muzium yg berdekatan (bangunannya moden & masih baru).
Tanpa membuang masa kami terus je dengan semangat nak melawat muzium yg lagi satu tu, oh lupa nak mentioned; itu MUZIUM MARITIM BRUNEI DARUSSALAM. Tapi kami hampa sebab menurut pegawai yg menjaga muzium tersebut ia belum beroperasi & masih dalam proses ubah suai. InshaALLAH tahun depan baru blh dibuka untuk org ramai. So, kami tungguuuuuuu.

10 comments:

  1. Rsnya muzium nie besar kan ros..drp 1 bhg ker bhg lain tuh pun dah makan space..yg lukisan dier pun cam real jugak combination ngan patung terkejut monkey..heheh..
    rajin jugak ros kemuzium yer..kalo UA tak minat..dl mak sll suka gie muzium, srhdia masuk sorang2 tunggu kat luaq...bertuah nyer anak kan..hihihi

    ReplyDelete
  2. negara pertama yang memang sy nak pergi..brunei..teringin sgt..

    ReplyDelete
  3. Sy pun suka masuk muzium..bila tgk benda2 dulu mcm sukaa je

    ReplyDelete
  4. Bukan jer Ahdia, kalau saya pun takut ngan patung2 tu, nampak cam real sangat.

    ReplyDelete
  5. nama ja duduk dkt 8thn di brunei. satu muzuem pun tak pernah lawat hehehe

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt,

    Salam kenal ... thank you for the visit :)

    ReplyDelete
  7. salam ros (taktau kak ros ke ros ek hehe)... menarik la muzium tu, macam real je.. rumah2 dia leh naik n posing.. hehehhe

    ReplyDelete
  8. wow! cuti2 Brunei :)
    (sambil cari butang like)

    Tq sudi singgah blog sudipVSsenduk yang lebih banyak merapu dari mendidik.. TQ Ros

    ReplyDelete
  9. wah! mcm besar je muzium ni kan Kak?
    cantik lah...:)

    ReplyDelete
  10. UA: laaaaa terbalik kot. biasa mok yg xsuka muzium, anak yg beria2…btw besar jugok la

    sarah: inshaALLAH smp farah suatu hari nanti

    cheq sue: hehe, cam lawatan bdk sekolah la gitu.

    nastyna: tule pasai….mommy pun terkezut jugok awal tu

    mala: heheh!!!kena patah balik brunei tu utk melawat muzium

    Real: waalaikumusalam…..welcome

    sitiezahim: dlm rumah xleh nak takut roboh tapi blh le nak posing kejap gitu

    sudipvssenduk: mendidik dlm merapu ok tu. org pun xboring

    atie: nak compare dgn muzium negara kecil la tapi cukup le utk rakyat dorg yg ciput je bilangannya. heheh

    ReplyDelete