Assalamualaikum & good day.
Harini mommy nak bawak semua jalan2 sekitar Bandar Seri Begawan. Lawatan harini ialah di 'Bangunan Alat Kebesaran Diraja' atau lebih dikenali sebagai 'Royal Regalia'. Fyi, ia lebih kepada museum yang menyimpan barang-barang kebesaran Diraja Brunei yang diwarisi turun temurun. Juga gambar2 kenangan baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah bersama keluarga diraja sedari baginda kecil sehingga sekarang. Tidak ketinggalan hadiah2 & pemberian pembesar2 negara baik dari dalam mahupun luar negara kepada Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Dibuka secara rasmi pada 30 September 1992 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Rekabentuk Bangunan Alat Kebesaran Diraja ini menggabungkan ciri2 konsep Melayu Islam Beraja (MIB) & telah menjadi salah satu mercu tanda di Bandar Seri Begawan, ibu negera Brunei Darussalam.
Terdapat banyak galeri2 pameran di dalam bangunan ini seperti:
~Pameran Alat-alat Kebesaran Diraja (Perpuspaan, 1986)
~Galeri Pameran Diraja
~Galeri Pameran Jubli Perak
~Galeri Pameran Sejarah & Perkembangan Negara Brunei Darussalam
Sayangnya pelawat tidak dibenarkan membawa kamera di dalam galeri2 pameran & hanya dibenarkan bergambar di sekitar foyer/lobby.
Disediakan locker berkunci untuk pelawat menyimpan kamera, hp & handbag sebelum masuk ke galeri2 pameran.
Kalau di bahagian foyer, ada diletakkan usungan Diraja yang digunakan semasa pertabalan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Juga dipamerkan segala kelengkapan bagi pengiring2 semasa istiadat tersebut berlangsung.
Perincian susun atur & kelengkapan semasa istiadat tersebut & istiadat2 penting yang lain ada juga dipamerkan di dalam galeri pameran Jubli Perak.
Kalau u all nak tahu lebih details tentang barangan di dalam galeri, boleh refer kat blog Radzi Sapiee ni.
Waktu lawatan adalah seperti berikut:
Ahad - Khamis : 9:00 pagi - 5:00 ptg
Jumaat: 9:00 pagi - 11:30 pagi
2:30 ptg - 5:00 ptg
Sabtu: 9:45 pagi - 5:00 ptg
saya tak masuk sini masa gi bulan febuari dulu..ruginya..
ReplyDeletesemapat masuk masjid jami' je..tak puas rasa nak gi sana lagi :)
salam mommyros..
ReplyDeletenampak grand & mewah gitukan peralatan diraja brunei tuh..kalau pegi sure singgah nanti nak tengok & nak singgah rs mskn mommyros yg sedap jgk..heheh..(just kidding)
menarik... tak tau la bila dapat jejak kaki ke sana.
ReplyDeleteadoii besarnya kak kawasan ni.
ReplyDeleteentah bile lah nisah dapat jejak ke Brunei. hehe teringin nak masuk.
Kak, Brunei offday ari JUmaat & Sabtu ke? ke Sabtu/ Ahad ?
bukan main mewah lagi interior design dan peralatan diraja...
ReplyDeleteHarapnya ada la peluang melancong ke brunei, amin!
cikgu yang dah nak balik mesia ni pun tak sampai2 lagi kat tempat ni. bila ntah nak pergi . tp dah cakap kat asben, walau apa sekali pun nak jejak kaki juga ke situ b4 balik mesia huhu
ReplyDeleteTak pe....tak pe tengok ni pun dah cukup haha....Biasalah OKje ni.....benda2 sejarah ni kurenggg nak tahu haha!!!
ReplyDeleteTak pe....tak pe tengok ni pun dah cukup haha....Biasalah OKje ni.....benda2 sejarah ni kurenggg nak tahu haha!!!
ReplyDeletetihara: laaaa, xmasuk ke aritu. selalunya klau jemaah ke mekah transit d brunei sure d bawa ke sini. selalu nampak jemaah dr indonesia. xpela, ada rezeki blh dtg. dekat je ;)
ReplyDeleteummuaidan: salam. mmg mewah dorg ni UA, singgahsana sadur emas. btw klau UA dtg brunei tapi tak singgah rasa masakan mommy ros mmg kecik hati lagi laaaaa. xmuat bangunan regalia ni, padang polo sultan brunei kami sediakan, hehe
nastyna: dkt je brunei ni, jerman lagi laaaa jauh dr msia. kros pun selalu berangan "bilakan gerangan diri ambe nak jejak ke jerman'....xpola kita sama2 travel melalui blog (byk negara dah kenal ni drp kawan2 seantaro dunia).
nisah: itule, kalau dr luar nampak mcm kecik je tapi bila masuk jenuh jugak nak round. btw brunei cuti hari jumaat & ahad. sabtu keje & sekolah mcm biasa cuma org private company je ada yg cuti
nurbijen: mmg mewah set2 dio nur apatah lagi tuan punya negara. huhu!!!rezeki minyok. kan best klu msia pun blh bermewah jugok mcm set2 dio
ceqGu: oh, kena pergi jugak ni b4 blk malaya klu dok xcomplete la round negara kocik ni. heheh, hari nak blk msia b4 naik flight pun sempat lagi ni nak g round ;)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete