Assalamualaikum & good day.
Harini bermula la episod melangut di rumah bersama2 3A. Semalam dorg syok je g swimming dgn Areesya seharian & belah malamnya kami semua dijemput sama2 meraikan anniversary papa&mama Areesya @Empire Hotel, Jerudong.
Untuk menu petang harini mommy buat Tapai Ubi Kayu Goreng. Huish!!!terasa klasik betul bila dpt makan tapai goreng ni. Memang dah lama sesangat tak jumpa hidangan ni. Mommy sendiri pun macam tak percaya dapat buat sendiri tapai ni. Cita2 untuk membuat tapai ni timbul bila mommy buat serabai pisang tu. Disebabkan resepi asal masa makan @kg ialah tapai ubi kayu maka mommy macam tak puas je makan serabai pisang tu walaupun sedap (tak cukup actually masa buat tu).
So, selepas mencuba google cara2 buat tapai tu mommy pun nekad try. Akhirnya, hasil yang dibuat tidaklah mendukacitakan. Walaupun tidak perfect sangat tapi masih menjadi (kurang berair, i suspected kurang letak ragi). Pepepun rasa not bad (mommy prefer Tapai Pulut lagi kalau nak makan terus mcm tu je tapi untuk buat serabai & gorengan tapai ubi kayu ni mmg sesuai). Jom kita tengok dulu cara nak buat Tapai Ubi Kayu ni (yang tapai goreng tu mommy post later N3 nya)......
Oh lupa nak bgt mommy guna ubi kayu jenis kuning masa buat ni. Serius sebelum ni tak tau pun yg ubi kayu ni ada 2 jenis; ubi kayu putih & ubi kayu kuning. Hehe!!!bila nyonya jual sayur tu bgt barula dapat ilmu baru (so, mommy share le kat sini utk kita sama 2 dpt ilmu ttg ubi kayu)
*****************************************
Sumber : CheAnn @ Dari Duniaku..
Bahan2:
500-800 grm ubi kayu
1 sudu besar ragi - dah dihancurkan (bukan yis ye tapi ragi)
Daun pisang secukupnya utk membungkus
(mommy takde daun pisang, bubuh dlm tupperware je....itu yg rasa kurang menjadi tu sbb byk2 sgt ubinya dalam satu bekas)
Cara2:
1. Ubi kayu dikupas kulitnya. Basuh & kemudian toskan air.
2. Potong ikut saiz kegemaran.
3. Rebus atau kukus ubi kayu hingga empuk. Toskan air.
4. Biarkan ubi kayu betul2 sejuk.
5. Taburkan ubi kayu dengan ragi yang ditapis.
6. Gaul rata ragi dan ubi kayu
7. Bungkus dengan daun pisang.
8. Peram 2 malam sebelum boleh dimakan.
9. Untuk lebih sedap, simpan dalam peti sejuk.
tapai ubi kayu pown ada. . first tyme dgr
ReplyDeletedah cuba buat ari tu..malangnya tak menjadi huhuhu..agaknya ragi lama kot..
ReplyDeleteheirizalieyana: ada dik tapai ubi kayu....kalau kat malaysia kita mmg byk dijual @pasar
ReplyDeleteummuaidan: hehe, ros pun risau gak takut tak jadi tapi alhamdulilah boleh la walau tak le berair2 sgt mcm yg kita makan @kampung
pakai ubi kayu putih pun boleh la yer? hari tu ada ternampak ubi kayu, tapi ragi tak sure lak ada tak. nnt saya cari ragi, kalau ada saya terjah resepi ni ;)
ReplyDeletenastyna: dua2 jenis pun blh buat tapai ni. wah!!!!kat jerman ada ubi kayu ke? hehe, jakun ni. mitak le ore msia pos ragi tu ;)
ReplyDelete