Sunday, 1 July 2012

Mango pudding in choco cup


Assalamualaikum.
1st N3 untuk bulan Julai mommy jotdown resepi yg mommy buat last Friday. Mmg mencabar juga eksperimen ni & hampir nak give up. Actually resepinya senang & simple saja tapi yang membuatkan ia mencabar masa nak buatkan choco cups. Huhu!!!mmg benar le kata org, seni coklat ni mmg perlukan ketelitian & kesabaran orang yang membuatnya. Masa mommy buat last Friday mmg dah niat xnak buat dah pasni (serik) tapi bila 3A ni suka sangat2 especially Ahdia (siap suruh mommy buat lagi) maka mommy tarik semula kata2 tu & insyaallah mmg mommy nak buat lagi. Seronok & rasa berbaloi sangat bila kita prepare something yg susah/rumit but end of the day menjadi & dihargai oleh org2 yang kita sayang. So, walau sedikit rumit tapi mommy rasa puas dapat bagi 3A enjoy the dessert. Untuk rujukan mommy & anak2 serta kawan2 yang ingin mencuba, mommy jot down resepinya yang mommy ambil dari nestleclub Philippines. 

Bahan2:
125g cooking chocolate (cairkan)
1 biji mangga yang telah masak ranum (kupas kulit & potong dadu)
1 sudu besar jus limau
250ml nestle All Purpose Cream
2 sudu besar gula
2 sudu besar gelatin
2 sudu besar air sejuk
1/4 cawan air panas

Penyediaannya:
1. Susun paper cup di dalam tin muffin. Sudukan coklat cair ke dalam paper cup dan ratakan sekeliling paper cup.(mommy pusingkan paper cups tu sambil tekan dasarnya dengan sudu teh).
2. Apabila selesai, sejukkan di dalam peti ais sehingga keras.
3. Kisar mangga dengan gula sehingga hancur (mommy panaskan sekejap puri mangga ni dalam microwave). Tambahkan jus limau.
4. Masukkan cream ke dalam puri mangga tadi & gaul sebati.
5. Masukkan gelatin ke dalam air sejuk & tunggu hingga kembang. 
6. Kemudian, masukkan air panas & biarkan gelatin hancur sepenuhnya.
7. Kacau gelatin bersama2 puri mangga sehingga sebati.
8. Keluarkan cawan coklat yang telah keras & dengan berhati2 tarik paper cup daripada dinding coklat.
9. Isi puri mangga ke dalam cawan coklat sehingga penuh. 
10. Sejukkan sekurang2nya 2 jam sebelum dihidang.

2 comments:

  1. Aslmkm. Nampak sangat menarik ni Ros. Nak senang, hidangkan dgn kertas lapik, nak mkn baru kopek... tapi tak lah nampak ori kan....hehe... idea org nak kerja senang je ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam along. betul juge tu xyah tarik keluar paper cup tapi masa nak makan plak mencabar budak2 tu.hehe!!!

      Delete