Friday, 22 June 2012

Short Break yang berbaloi2

Assalamualaikum.
Alhamdulilah, walaupun cuma 4 hari dpt menjejakkan kaki di Bumi Malaysia tercinta tetapi rasa berbaloi2 sangat. Penat jangan cakap le, ni pun rasa mcm tak hilang lagi penatnya tapi yang paling penting semua puashati. Daddy, walau pulang atas tiket berkursus tapi dia mmg lega sangat2 dapat lari seketika dari beban kerja yang menyesakkan kepala otak (bkn setakat keje katanya tapi org2 disekeliling dia pun....hahaha!!! off record). Siap shopping sakan lagi dia masa kami belum sampai (tak aci betul). Arfa double kepuasan, yelah dah le dapat join creepy crawlies camp @OGDC pastu dapat plak ikut balik Malaysia (kesian kat kami gegirls ni kena tunggu dia abis camp baru dpt fly back. Kalau tak lagi le syiokkkkk blh dok lama2). Anis & Ahdia yang pada mulanya frust sebab xdpt pergi swimming pool @Tutong mcm last school holiday tapi terubat semula selepas dapat melepaskan gian swimming kat pool yang lagi BEST @Le Meridien Hotel, KL Sentral. Satu lagi yang berbaloinya untuk bebudak 3A ni sebab this time daddy agreed je bila Arfa request lagi nak ke KL Tower. Walau cuaca berjerebu teruk tapi daddy layan jugak permintaan Arfa yang kononnya nak cakap dgn kawan2 dia nanti yang dia dah naik KL Tower (kik3x...kelakar bebudak ni, dia rasa tercabar sebab dia bgt kawan2 dia org Malaysia, dok KL tapi tak pernah naik KL Tower). So dia nak prove le yang dia mmg org KL (dia lahir @Putrajaya,KL). Nak buat camno, selagi tak penuhi hajat tu, nanti balik raya ni kot mintak lagi. So, alang2 kami mmg lepak KL je balik ni, p jelah. Kalau dulu, masa duk Klang Valley tak hingin pun rasanya nak kerabak (panjat, bahasa org east coast) KL Tower tu. Mommy pulak rasa mcm ala2 gayat je. Tapi masa g aritu best jugak, banyak jugak aktiviti yang boleh buat (baru terasa bangga jadi org Malaysia).
Okey, semua org dah puas hati kan? Ehhh, lupa tuan badan belum declare apa yang dia puas hati sangat. Malu le nak citer!!!!
Tapi kan nanti cucu cicit tanya, tok mommy tu apa yang dia puas hati plak kan. Okey, mommy citer le slow2 (volume kasi slow sbb censor).....Oh!!mommy puas hati sangat sebab dapat rembat 3 ketul bra wacoal (hehe!!!ingat nak borong lagi tapi apakan daya takut kena tinggal je balik raya nanti, dah sama rege dgn tambang flight balik raya). Selain tu of course dapat round Jln TAR cari kain baju raya......big boss jgn cakap le, pok pek 2x mbebel lama bebenor milih kain (biasa le tu, qada yang last year kami tak beraya- kira orait le tu). Yang paling utama tujuan mommy balik ni walau singkat sangat masanya tak lain & tak bukan sebab nak menambah stok barang masak mommy yang dah kehabisan stok especially nise (gula melaka), rempah ratus (lega dapat beli sedozen peket gulai cap ros), kepok ganu, serunding etc........Nasib baik le lepas luggage (itu le kelebihan anak ramai, luggage dapat banyak sbb baju2 anak bwk 3,4 helai je sorang - hehe mmg purposely sbb nak bwk balik barang dr Malaysia yg banyak). Last but not least, mommy dapat collect semua kitchen gadgets yang mommy order dr UK. Semua barang2 tu alhamdulilah, landed sampai le ke Kg Danau dengan selamat tanpa sedikit pun cacat celanya. LEGA!!!!!
Mak aii, panjang lebarnya citer. Mentang2 seminggu offline, dapat je keyboards rasa macam syok plak tip tap 2x....... Fyi, mood masak masih suam2 kuku. 1st day smp kami beli nasi katok je & layan maggi. 2,3 hari pastu nasi + ayam goreng + kuah......Repeated!!!!Harini baru rasa mcm ada mood skit nak masak2. Ambil barakah Hari Jumaat for starting. Next N3 will be posting N3 masak2. This time layan jelah gambar2 kami @KL.


@Seri Begawan Airport before departure.
1/2 Boeing dipenuhi abg2 nak blk Chennai ni. Huhu!!!
Seronot sbb 1st time naik ERL fr KLIA ke KL Sentral.

Nak g swimming....








 



Simulator F1.....Mommy tercorot.



Blurr je

Arfa nak jugak naik, layan jelah tapi mmg xpuas tgk view blurr mcm ni.





Pose wajib mommy & kids....

Dalam lif pun snap gak.




 Himpunan koleksi public phone zaman dolu2....Klasik!




Yang ni plg special sbb mengimbau zaman2 cintan cintun dolu2.


Gambar2 kat bawah ni plak kat Kampung Budaya.







 Abis daaaaa.

2 comments:

  1. seronoknya berlibur gitu. hehe.. paling best dpt penuhkan balik stok mknn tu kan! ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila berjauhan dari Malaysia tercinta baru terasa bestnye negara kita. Byk lagi tmp2 yg blm sampai rupenya. hehe, yg paling best of course Malaysia kaya raya dgn khazanah dapur. xsempat blk ganu pun blh rembat kepok lekor ganu @pasar borong seri kembangan....

      Delete