Assalamualaikum.
Mood memasak selepas Cuti2 Malaysia dimulakan dgn sajian pagi khas utk 3A mommy yang tersayang. Daddy makan sandwich je + teh tarik. As mentioned earlier, 3A mmg hantu pasta (semua jenis pasta dorg ni suke, masak sos bolognese ke, goreng kicap hitam ke, goreng pedas ke. Janji campur pasta). Masa blk KL aritu, mama( cik su) buat macaroni goreng kicap untuk breakfast. Berapa kali ulang makan. Jap2 makan, jap2 makan. Nasib baik mama tu adik mommy, kalau rumah org lain malunyeee le muka mommy ni.
So, starting Jumaat yang barakah ni, mommy buatkan untuk 3A tersayang pasta sos putih (Arfa yang panggil sos putih ni since dia kecik2 lagi. Masih ingat peristiwa dia & daddy je g birthday party anak kawan daddy, org tu sediakan spagetti cream sos ni le. Balik aje dr rumah org tu sibuk suruh mommy buat. Huhu!!!dulu mmg mommy xpandai & malas sangat2 nak usaha cari resepi. End upnya Arfa cuma dapat merasa kesedapan sos putih ni masa outing & dine. So, bila mommy dah pandai buat sos putih ni alhamdulilah merasa Arfa makan selalu. Memang puashati kalau masak pasta utk 3A ni sebab dorg mmg boleh layan pagi, petang & siang, malam. 2 hari berturut2 pun lagi bagus.
Penat dah citer panjang2, so kita layan je resepi yang mmg proven best ni.
Bahan2:
*250ml krim
*500g bowties (boleh guna pasta yg lain jugak)
*1 cawan cendawan butang (hiris nipis2)
*3 sudu besar mentega
*3 biji bawang putih (kisar)
*1 biji bawang besar (kisar)
*1 cawan isi ayam (yang dah cincang)
*2 1/2 cawan susu segar
*1 sudu teh garam
*1 sudu besar stok ayam
*1 sudu serbuk lada hitam/paprika
Cara menyediakan:
1. Cairkan mentega & tumis bawang sehingga wangi.
2. Masukkan isi ayam & cendawan. Goreng sehingga masak.
3. Setelah isi ayam empuk, masukkan krim, susu segar, stok ayam, serbuk lada & garam.
4. Masak sehingga kuah mendidih & pekat.
5. Semasa menghidang, tuang kuah ke atas pasta & gaul.
assalam
ReplyDeletesedapnya pasta ni
best kalau anak2 turut suker makan, bersemangat kan nak memasaknya
Assalam....
DeleteKalau interview 3A tu confirm bg 10 stars!!!!
Salam Ros.baru balik cuti Msia rupanya....anak2 paling sukakan bila balik cuti tp yg best tu mamanya sempat gi shopping. citer ttg tempat menarik di KL yg anak2 nak lawati, teringat dulu anak2 minta nak ke Sunway Lagoon sbb kwn2 Brunei dah ke sana....sdgkan kami belum sampai lagi tak berkesempatan hinggalah skrg.
ReplyDeletebelum pernah buat white sos gini mkn dg pasta...yg krim tu Ros guna krim apa...
Salam kak. hehe, dpt le 4 hari blk melepas rindu......yg paling syok mmg bab shopping especially khazanah dapur.mcm kita org east coast ni mmg cerewet skit kan bahan2 masakan ni. nasib adik tau pasar borong seri kembangan....segala benda ada kat situ. semua gerai negeri pun ada, cakap je nak apa.
DeleteArfa tu pun sbb kwn2 Brunei dia dah pegi yg dia xpuas ati tu. kalau org mesir mgk xheran sgt dgn Msia kan sbb jarang2 kot dorg g KL tapi org Brunei ni mcm blk kg gak ke KL tu. Dorg lagi rata berjalan dr kita @KL.
Btw krim tu guna thick cream. Ros guna all purpose nestle cream. susu plak ros pakai susu cair.
nampak sedap sngat tu anak2 akak suka lah kalau pesen2 macam tu Ros,bestnya balik kmpong melepaskan rindu dendammmm kan
ReplyDeleteKalau org Brunei rasanya mmg confirm dorg suke lemak2 berkrim mcm ni. hehe, mmg terubat rindu dendam yg membara ni kak. harap2 blh blk raya lg ;)
DeleteMe too hantu pasta.... kalau kena pulak yg ada rasa pedas-pedas sikit... lagilahhhh...
ReplyDeleteSo far blm try lagi versi pedas melampau sbb 3A ni kenit2 lagi tapi mommy dorg ni mmg suka pedas pun....btw sos putih ni kalau nak kick lagi letak byk2 lada hitam.rasa gak pedas2 ;)
Delete