Thursday, 7 June 2012

1st year blog anniversary

Alhamdulilah, June bulan yang penuh pengertian buat mommy. Officially blog Wind of Change mula published (walau 1st N3 bertarikh 1/1/2011, tetapi tarikh sebenar mommy mula bergelar blogger adalah pada 7/6/2011). Bermula dari 0 knowledge tentang dunia blogging & mmg tiada pendorong @ pembimbing dalam blogging namun mommy tekad untuk publish sebuah blog untuk dijadikan catatan & album keluarga khas buat 4A+R sendiri. Apatah lagi dikala kami mula mendapat kehidupan yang baru, jika segala pengalaman yang bakal ditempuh tidak dirakamkan sebaik mungkin maka alangkah ruginya setiap detik yang berlalu tanpa dapat kita mengundur walau sesaat. 

Jika dikenang setahun yang lepas, mommy bermula ibarat murid pra sekolah yang tidak mengenal huruf apatah lagi membaca tetapi alhamdulilah genap setahun seumpama Ahdia dapat mengenal huruf & fasih menyebut. Di usia setahun, masih banyak kekurangan & kesilapan yang mommy perlu perbetulkan. Justeru perlunya kita membina ukhwah sesama blogger untuk sama2 memperbaiki & mempelajari diantara satu sama lain. Kalau di peringkat permulaan, mommy mmg tidak pandai & segan untuk 'blogwalking' kerana mommy beranggapan itu ialah aktiviti blogger2 yang aktif & mmg menjadikan blog sebagai mata pencarian mereka (sedangkan mommy cuma menganggap blog mommy sebagai blog peribadi). Rupa2nya mommy silap kerana, once u are blogger u have to visit others blog seumpama kita sesama saudara/kenalan menziarah ke rumah yang lain untuk mendapat keberkatan. Memang betul, semanjak awal tahun 2012 mommy mula 'ziarah' & bertegur sapa dengan rakan2 blogger (walau ramai juga yang tidak membalas teguran, mommy anggap itu normal sikap manusia) Alhamdullilah keseronokan & kemeriahan lebih terasa. Banyak yang dapat dipelajari & dikongsi apabila kita 'ziarah menziarahi'. 

Dikesempatan ini, mommy ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan2 blogger yang sudi intai, jenguk, singgah & seterusnya sudi berkawan dgn mommy yang serba kekurangan ini. Sudilah kiranya kita sama2 mengeratkan tali silaturahim antara kita walau hanya di alam maya. Semoga ukhwah antara kita sentiasa erat selagi usia dikandung badan. Mommy doakan semua rakan2 blogger semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH & dipermudahkan segala urusan baik di dunia mahupun akhirat, amin3x...

Last but not least untuk 4A (Arfa, Anis, Ahdia & daddy (Asfa)), tq juga sebab dah mula faham kenapa mommy perlu teruskan blog Wind of Change. Untuk Arfa, Anis & Ahdia yang dulu tertanya2 kenapa mommy ni suka sangat masak2 pastu ambil gambar, alhamdulilah sekarang dah makin faham sebab mommy selalu cakap "ala, ni mommy tulis untuk Arfa & adik2 baca la bila dah besar nanti apa yang kita buat, pastu bila Anis & adik dah besar dorg blh masak macam mommy masak kalau mommy dah tua". Untuk daddy tersayang, insyaallah mommy akan jaga nama baik family kita & sentiasa berwaspada setiap kali jot down N3 supaya tiada pihak yang tersinggung @ tersalah anggap. Lagipun daddy, blog mommy ni sempoi je pasal 4A+R & masak2 bukan blog politik. Hahahaha!!!!!!!

Adeh!!!!!!!penat le tulis ayat skema karangan budak darjah 6 ni. Nak tune mood santai semula ye....Lalalalala!

Oh, btw lawo tak background baru? hehe!!!Saje tukor bagi nampak semua muka 4A+R (dulu mommy sorang je tergedik2 kan). Untuk header tu dah lama tempah dengan si Jiya ni. Best betul design dia. Alhamdulilah, sekian lama menunggu, alih2 siap ngam2 bulan kelahiran blog Wind of Change. Kiranya, hadiah for 1st year blog anniversary la ye.

17 comments:

  1. Happy 1 st Anniversary buat blog wind of Change! sama dgn anak2pun dulu asyik tanya ngapa ambil gambar lepas masak...tp skrg diorg dah faham hobi mamanya. moga terus berblog dan tambah ukhwah dg kenalan maya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa nak komen rupa baru blog ni...suka header kat atas tu..ceria....nampak sekeluarga comei...

      Delete
    2. tq mamasya....akak antara kenalan awal ros jugak. tqvm sekali lagi ;)

      Delete
  2. hppy 1st blog anniversary...congrats dear...semoga akn lebih bsemangat utk terus bkarya n mghasilkan menu yg sedap2 lg..

    wiwittt...cantik langsir bru ni..cpt sgt tukar raya lmbt lagi la...haha...ape2 pon cntik, kemas, ceria n mnarik...suka tgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq QH....insyaallah semoga sentiasa bersemangat sambil2 tumpang semangat kwn2 yg lain.
      uish, nampak tu langsir biru rumah baru kita ye. hehe, biar siap awal2 langsir sbb pasni pulun bt kuih raya plak :P

      Delete
  3. happy 1st blog-anniversary kak ros!!!!! ^^
    cantik header baru =)

    ReplyDelete
  4. tahniah kak... practice makes perfect.. biasalah t kdg2 kita gi blog org, bila kita komen dia tak balas balik.

    Saya mmg kekurangan masa utk blogwalking blog2 yg sy tak biasa gi lagi.. tiap2 hari balik lewat la itu kaluuuuu, sempat update blog snd jah tu pun berkurun nak taip hehe.

    Semoga lebih sukses ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekacih dekdaa. btul3x, practice makes perfect. btw xkisah pun psl org xtegur, sebab dekdaa dah tegur kira orait le tu.

      Delete
  5. happy blog's anniversary. saya berblog since 2007 tp blog utk diri sendiri. blog tu pun dah delete dah. berblog semula thn 2009 kot. aktif betul last year. macam2 ragam nak berblog ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq anisalya........byk org byk ragam, samale tu dgn blog. hehe!

      Delete
  6. Tahniah & harap teruskan lagi sehingga maju jaya.

    ReplyDelete
  7. Tq Along & insyaallah. Along juga sumber inspirasi Ros dlm masakan ;)

    ReplyDelete
  8. Hepi anniversary. Salam kenal..

    ReplyDelete