Tuesday, 3 April 2012

KERABU IKAN BILIS

Semalam terasa penat dari kebiasaan....tak tau le kenapa mungkin the night before tu mommy terlewat tidur kot. Bila tak cukup tidur ni mmg badan pun lesu. Biasanya menu utk dinner mommy masak ptg selepas g ambil daddy dr workplace. Semalam plak daddy balik lmbt sbb ada tele-conference dgn head office dia @Italy. Bertolak dr BLNG dah pukul 625pm.....Huhu, kat sini 630 dah maghrib. Jadi semalam mmg kelam kabut sikit le nak prepared dinner. Nasib baik idea nak cepat tu kira ok je dtg...ting!ting!ting!! Atlast 3 jenis hidangan je to complete the gizi seimbang. Main menu ayam goreng kicap (uish, lama tak buat...sedap plak rasanya) + sayur kangkung goreng + kerabu ikan bilis.............
So N3 mommy harini just nak jot down menu kerabu ikan bills since jarang2 buatkan...Opps!!rasanya daddy top up nasi dia semalam (sedap le tu!)

Bahan2:
  • 2 cawan ikan bilis (basuh & toskan sekejap, kalau lama sangat terendam ikan bilis akan lemau bila goreng)
  • 1 biji bawang besar (mayang halus)
  • 3 biji cili api (hiris halus)
  • 2 batang serai (hiris nipis)
  • 2 biji tomato muda (hiris nipis)
  • 1 biji limau nipis (ambil jus)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Minyak untuk menggoreng
Caranya:
  1. Mula2 goreng ikan bilis sehingga garing & toskan minyaknya.
  2. Dalam bekas/mangkuk besar, masukkan semua bahan hiris.
  3. Campurkan ikan bilis goreng tadi. Gaul sebati.
  4. Tambahkan sos ikan & jus limau.
  5. Gaul sebati & perapkan selama 5 minit sebelum dihidangkan.
*Ada juga org tumbuk dulu ikan bilis tu sebelum gaul dgn bahan-bahan lain. Mommy suka macam tu je sebab lagi garing.

2 comments:

  1. Ish... sedap la pulak saya tengok gambor kerabu ikan bilis tu. Makan garing-garing gitu memang sedap ek?

    Psst.. dalam kelam kelibut pon sempat produce 3 jenis lauk lagi tu :D

    ReplyDelete