Monday, 9 April 2012

ROJAK BETIK....GANU KITE

Sorry ye silau sket gambor ni, nak match dengan tema makanan coastal. mommy snap outdoor  tepi pantai gitu. Lama tak dok bertengek kat pangkin kayu ni. Btw mix & match dgn slurppy papaya (chewah tgk aar tu pure betik)

Kalau org Ganu Kite for sure kenal hidangan ni (kalau dok tau tu gamoknye celup/mix dgn mat salleh kot,hehe)......Best sungguh layan rojak betik ni sorang2, puas makan. Lama doh x merasa rojak betik ni. Kalau family mommy mmg favourite ni. Mommy buat setakat makan mommy sorang je ni sebab species Kedah dok layan starang (koho mujur, baru puas gomol sorang2). 2 hari doh dok makan nasi mommy ni (serius tau kenyang & menyihatkan makan rojak ni). Kalau u all study hidangan ni mmg seimbang dgn protein & serat. Karbohidrat kalau u all nak add on minum le cereal, hehe. Mmg sesuai sgt2 utk org diet (ehem, mommy ada rahsia yg blm declare lg ni pasal diet, later ye citer diet).

Berbalik cerita hidangan rojak betik ni, of course kuahnya yg paling penting. Kalu kuah dok sedap, maka dok sedap la rojak itu. Ramuan utama dalam hidangan ni semestinya 'ikang' aarr. Doh org Ganu Kite dok coastal area, mmg sedari kecik aar berkawan dgn seafood semua ni. Udang, ketam, sotong, penyu...ekk, silap telur penyu, remis, etok, belangkas termasuk le ikang mmg doh makanan pilihan ramai. Kalu org Ganu Kite dok makang ikang, mmg soh aar anok mat salleh/ mix......Alahai rindunye Ganu Kite especially makang ikang & sotong celup tepung biraa Pantai Merang. Huhu!!!Kat brunei ni pantai gak tapi xde weh geng2 celup2 mcm @Msia.

Okey la, resepi rojak betik ni mommy copy direct dari mulut Che Eshah Setapa (mok aar tu). Senang je pung wat bende ni. Main campak2 je semua bahan. Yg penting rasa kena balance masam, manis & masin....Baru terangkat idung.

Bahan2:
  • Sebiji betik muda/mengkal (betik yg sedikit merah mcm nak masak tapi keras isinya)
  • 1 biji timun
  • Sedikit kapur makan (ambil 1sudu kecil bancuh dengan secawan air)
  • 10 ekor ikan selayang (ikan lain pun blh tapi selayang gok pujaan hati)
  • 10 tangkai cili kering (kisar) / 2-3 sudu besar cili boh
  • 1 keping nise kerek (gula melaka)
  • 5 sudu besar cuka makan (boleh tambah kalau suka masam sgt)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 liter air (agak2 le, kalau nak kuah pekat ke cair ke terpulang le sukatannya)
  • Beberapa keping keropok ikan (the best keropok ikan tamban)
Caranya:
  1. Mula2 sekali parut betik & timun. Rendamkan parutan dalam semangkuk air kapur (tujuan nak bagi ranggup batik & timun tu). Toskan.
  2. Untuk menyediakan kuah, mula2 sekali rebus ikan dengan sedikit air sehingga masak. Sejukkan.
  3. Ambil isi ikan & tumbuk lumat (mommy blend je).
  4. Blend/tumbuk juga tulang2 ikan & tapis ambil airnya (jgn buang terus tulang ye, kalau buat apa2 kuah guna ikan rebus maka kena ambik air tulang dia.....baru power rasanya!!!)
  5. Dalam periuk masukkan air & cili giling. Didihkan sehingga betul2 menggelegak (biar lama didih nak elak nanti sakit perut makan sambal kurang masak).
  6. Setelah cili betul2 mendidih, baru masukkan gula nise, garam, gula & cuka. Kacau sebati.
  7. Dalam air tapisan tulang ikan tadi, masukkan isi ikan yg telah dikisar & ceduk sedikit kuah ke dalamnya. Kacau rata dulu isi ikan sebelum dituang ke dalam periuk berisi kuah.
  8. Kacau selalu & biarkan mendidih sehingga kuah pekat. 
  9. Jika rasanya telah lengkap, bolehla tutup api & biarkan sejuk.
  10. Masa menyediakan hidangan, letak parutan sayur ke dalam pinggan/mangkuk & curahkan kuah di atasnya. Hidangan ini dimakan bersama2 dengan keropok ikan (ramas2 keropok masa nak makan tu).

* Lupa nak kabor...klu dok jupe betik mengkal tu boleh je guna carrot @ apa2 la buah yg keras isinya.

4 comments:

  1. Salam Ros.tahu ttg rojak betik ni sbb mil dok Ganu...pernah beli di pasar Cabang tiga sbb nak rasa camna.maklumlah tempat lain tak da.betul tu kat Brunei ada pantai dan byk seafood yg fresh tp tak da jual celup tpg...kena celup sendiri kat rumah..hi...
    re; masak2 nasib baik ada yg tlg,kalau sorang bersilat jugak...hi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu @Ganu mmg byk org jual. tapi biasa cair sket durg wat (nak untung kot kurangkan ikan)...

      Delete
  2. Replies
    1. haaa...baby dah mgidam tu weh. kalu dkt2 mmg aku hulur je kalau ko nak merasa makanan org Ganu ni, huhu!!!apakan daya jauh. buat aar tie, lbh krg wat kuah laksa penang je ni ;)

      Delete