Assalamualaikum & good day.
Masih berkisar di hari ke-2 Self drive Sabah (harap blm ada yg jemu sebab masih ada beberapa hari lagi misi kami mengelilingi Sabah).
2nd spot kami setelah bertolak dari Kudat ialah singgah di Rumah Terbalik. Terletak di Kampung Telibong, Mile 21, Jalan Telibong, Tamparuli, Sabah.
Rumah Terbalik Borneo di Kampung Telibong, Tamparuli ini adalah yang pertama dibina di Malaysia dan Asia Tenggara. Hanya terdapat 5 buah rumah seumpama ini di dunia.
Uniknya rumah ini sebab segalanya dibina secara terbalik termasuk kelengkapan di dalam rumah.
Untuk masuk ke dalam Rumah Terbalik Borneo ini, bayaran yang dikenakan adalah:-
RM 18 - Dewasa (bukan warganegara Malaysia)
RM 10 - Dewasa (pemegang MyKad)
RM 5 - Kanak-kanak (bawah 12 tahun)
Rumah Terbalik Borneo ini dibuka kepada pengunjung dari jam 8 pagi - 10 malam.
Pengunjung dibenarkan bergambar di sekitar luar rumah tetapi tidak dibenarkan mengambil gambar di bahagian dalam rumah.
Berbalik kepada cerita kami, disebabkan sampai dah agak petang iaitu dalam pukul 5:40pm. So, selesai satu round & posing kami terus bergerak ke Kundasang.
Di Borneo ni masuk aje pukul 6pm cuaca memang dah berubah gelap. Perjalanan kami dari Tamparuli ke Kundasang agak mencabar kerana keadaan yang gelap gelita & diburukkan lagi dengan kabus tebal. Keadaan jalan yang sempit & berselekoh juga membuatkan mommy dup dap 2x sambil mulut tak henti2 berdoa semoga kami selamat sampai......
Macamana perjalanan kami seterusnya? Tunggu next N3 Self drive Sabah kami.
Seronokkan jalan2 dgn family? sure anak2 puas hati.
ReplyDeleteanak2 le yg paling happy...kita tumpang penat
Deleteselalunya, mmg x digalakkan ke kundasang slps pkl 4ptg sbb cuaca cepat gelap. pkl 6 ptg dh mcm pkl 9 mlm. and kabus tebal. even kalo dh di kundasang pun, diorg x bg jalan2 mlm drive sbb takut x namoak jalan. kabus tebal.
ReplyDeletemmg pun z...mc lin pun dah warning katanya better reached kundasang b4 7pm tapi kami terpaksa sebab lewat bertolak dr KK pagi tu (laki aku le tu sibuk mencari post office nak post brg kawan dia, delay le program kami hari tu).....sib baik selamat
Deletepatutlah selalu nampak dari luar je.. kat dalam tak bole snap ye kak.. teringin nak tgk kat dlm tu macamana tau..
ReplyDeleteMmg xleh nak snap,curi2 pun xdapet sbb masa kita masuk tu ada sorang staf dia yg ikut cum bg penerangan kat kita.....tapi menarik semua benda melekat atas kepala
Deletepernah tengok di tv, rumah terbalik di bina di luar negara.kat mana..tak ingat pula. rupanya ada kat negara kita sendiri ye..
ReplyDeletesalam kenal..seronok ye dapat jalan2.. =)
ReplyDeleteSalam kenal gak Emaa......hehe,skali skala jalan2
Delete