Monday, 12 November 2012

Beautiful Horses

Assalamualaikum & good day.
Harini N3 santai sambil layan angan2 mat jenin mommy jap. 

Location: Royal Brunei Polo & Riding Club, Jerudong Park, Brunei Darussalam
Model : Horses & 3A + R (mommy & the kids)
Photographer: Big 'A' (daddy)
Concept: Carca Marba 
(hehe!!!masa kami bt sesi photografi ni ada couple ala2 cowboy sesat tgh shot gak. Mesti pelancong jakun mcm kami gak)

Just for ur info, Jerudong Park ni mmg among beautiful & prestige spot @Brunei Darussalam. 

Within Jerudong park itself ada terdapat banyak tarikan2 & kemudahan2 untuk masyarakat setempat juga untuk pelancong seperti Jerudong Park Playground, BRIDEX exhibition centre (mcm PWTC kita la), Jerudong Park Medical Centre (private hospital), Polo Club House, Hotel & Resort, Golf Course & etc. 


In this area juga ada terdapat  istana- istana kerabat Sultan Brunei dikenali sebagai Istana Nurul Izzah  & Istana Darut Taqwa


Yang paling menarik bagi mommy ialah persekitaran Jerudong Park itu sendiri yang masih mengekalkan kehijauan & keindahan alam semulajadi. Suasananya juga amat redup dengan deretan pokok2 besar di sepanjang jalan.

Pancuran air bermotifkan kepala kuda juga sangat unik & mencerminkan identiti Royal Brunei Polo & Riding Club. 



Sebaik sahaja memandu masuk ke kawasan Club, kami dapat melihat seluas mata memandang kandang2 kuda di kiri & kanan jalan. Memang tempat ni open & tiada kawalan keselamatan yang ketat sepertimana keadaan Polo Club @Malaysia yang hanya membenarkan individu2 tertentu (club members shj) yang memasuki kawasan club. Kuda2 juga dibiarkan bebas di kawasan terbuka (ada le pagar kayu je).

Kuda2 tu pun agak jinak & tidak merengus2 bila kami menghampiri mereka (siap boleh usap2 lagi tapi dari luar pagar le). 




Masa ni le mommy dok terbayang2 mommy jadi heroin dalam citer DALLAS (eh, u al tau kan citer bersiri yg glamer zaman 80an-90an ni?). Hehe!!!! bukan apa mommy sebenarnya mmg ada teringin nak riding a horse ni (dah lama berimpian ni, malu nak story kat sapa2). Kiranya riding a horse ni salah satu le impian/keinginan yg belum berkesampaian selain dari terer berenang & naik belon panas. Kalau dapat beli seekor & bela belakang rumah best ekk?


Hahaha!!!!korang mesti gelakkan tah apa2 le impian mommy. Dulu masa bercuti ke Fraser Hill (tahun 2007), ada peluang nak naik (ala round satu pusingan je pun bukan riding lompat2 pagar tu) tapi masa tu mommy early pregnancy kat Ahdia. So, xberani nak try kot2 jatuh gedebuk, abis penyet Ahdia dalam peyut. Yang naik masa tu daddy & Arfa. Anis kecik lagi, xmau naik dia.


Swimming plak, tak tau le nape tapi mmg fobia abis kalau masuk dalam air. Seingat mommy sedari kecik, abg2 ipar dah nak ajar siap sorang pegang kaki & lagi sorang pegang badan (apung gitu) tapi tak dapat2 jugak. Bila dah kawin dgn daddy, awal2 dulu beria2 daddy nak ajar. Sama jugak siap pegang bagi apung badan mommy tapi tetap xjadi jugak. Last2 daddy pun dah boring leni bila mommy mitak dia ajar. Huhu!!!kesian mommy takde org berjaya ajar mommy swimming. 

Eh!!!tapikan u al, walau mommy tak tau berenang tapi mommy dah masuk dalam laut tau tgk keindahan underwater @Pulau Redang, Terengganu. Syokkk!!!time tu training masa teacher course tahun 2003. My best friend K.Zuhana yg tukang bawak mommy atas belakang dia. Hik3x...ala2 anak dugong melekat @badan mak dugong le masa tu. Tapi serius mula2 takut, pastu seronok plak.




Belon panas tu plak ada citer yang frust. Dulu2 ada change nak p Turki & berangan2 naik belon udara tapi impian berkecai sebab tak kesampaian ke Turki. Yang ni xde la rasa ralat sangat sebab mmg tahu kemampuan diri yg serba kekurangan (aiseh!!!ayat sedih mengenang nasib badan yang xmampu p Turki).

 Eh!!!xyah le merapu2 mommy ni, biar u al layan gambar2 kuda yang sangat cantik ni. Btw kuda mmg seksi & mempunyai figure yg cantik (hik3x.....pendapat mommy le) kaki yang runcing, muka yang tirus, badan yang berlengkuk2 & yang paling seksi ekornya tu, hehe terbuai2 ditiup angin. LAYAN gambar2!!!!





No comments:

Post a Comment