بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday 1 August 2012

Masjid Sultan Omar Ali Saifudeen


Assalamualaikum. Lama dah mommy peram N3 ni sebab memberi laluan kpd N3 masakan. So, harini rehatkan mata dari memandang makanan yang sedap2. Betul ke makruh kita tengok gambar2 makanan di bulan puasa ni? Allahualam....Esok plak la mommy longgok sekaligus menu2 iftar kami.Tidak ramai yang meletakkan negara Brunei Darussalam sebagai salah satu destinasi pelancongan mereka, memandangkan belanja sara hidup di sana yang tinggi. Pun begitu, Brunei yang diakui antara negara terkaya di dunia ini hakikatnya mempunyai masjid-masjid yang indah lagi menarik. Antaranya; Masjid Jamek Asr Hassanil Bolkiah dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Di ibu negerinya pula, Bandar Seri Begawan terdapat tempat-tempat bersejarah lagi menyeronokkan. Taman Permainan Jerudong, Kampung Ayer, Istana Nurul Iman dan Muzium Teknologi Melayu mampu menggamit kehadiran pengunjung khasnya dari luar.Tempat beribadat yang ingin diketengahkan ialah Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang terletak berhampiran Perkampungan Ayer di Sungai Kedayan, Brunei. Ia mula dibina pada 4 Februari 1954 atas hasrat dan cita-cita Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Empat tahun kemudian iaitu pada tahun 1958, pembinaannya siap sepenuhnya. Baginda mengangkat martabat agama Islam ke tempat yang tinggi dan menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi Negeri Brunei Darussalam. Lantaran itu, nama masjid ini diambil bersempena dengan nama baginda sultan. Kebiasaannya majlis-majlis berbentuk keagamaan seperti tilawah al-Quran diadakan di sini semenjak tahun 1960 an lagi hingga hari ini. Masjid ini dibuka secara rasmi oleh Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei ke-28 pada hari Jumaat, 26 September 1958Masjid berkubah emas ini didirikan di atas sebidang tanah seluas lima ekar berdekatan dengan pinggir Sungai Brunei, Bandar Brunei (kini dikenali Bandar Seri Begawan) dan merupakan salah sebuah masjid terindah di Asia Tenggara. Bangunan masjid ini mempunyai bentuk senibina Islam klasik, dihias dengan mozek emas, marmar dan kaca berwarna-warni. Ia direka oleh seorang arkitek berbangsa Itali. Malah ia juga merupakan bangunan tertinggi di bandar tersebut. Sementara di bahagian lantai dan dinding masjid pula, menggunakan marmar terbaik yang diimport dari Itali, granit dari China dan lampu candelier dari England. Permaidani yang terbentang di dalam masjid ini pula ditempah khas dari Arab Saudi dan Belgium.Menara masjidnya mempunyai lif, manakala kubahnya diperbuat daripada emas, setiap satunya berukuran 53 dan 54 meter tinggi, boleh dilihat dari semua arah di sekitar bandar tersebut.Oleh itu, tidak hairanlah setiap kali laungan azan berkumandang, gemanya mencecah ke serata pelosok bandar ini. Bermula sebelum fajar menyingsing hinggalah terbenam matahari.Di bahagian lagun pula dibina sebuah kapal konkrit yang berbentuk 'Kenaikan Diraja' kurun ke-16. Masjid yang mampu menampung kapasiti jemaah seramai 3,000 orang ini cantik dirakamkan gambarnya sama ada pada siang hari mahupun semasa matahari sedang terbenam atau lewat senja.Sebanyak 3.5 juta mozek daripada logam menghiasi bahagian dalam kubah utama, kolam air dan sebahagian dalaman bangunan, secara tidak langsung ia memberi imbasan yang menarik. Masjid ini boleh dilawati pada hari Ahad hingga Rabu dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, 2.00 petang hingga 3.00 petang dan 5.00 petang hingga 6.00 petang. Masjid ditutup kepada orang bukan Islam pada hari Khamis. Manakala akan dibuka pada hari Sabtu sekiranya tidak ada majlis-majlis rasmi pada keesokan harinya.





Artikel asal Oleh ZUARIDA MOHYIN 
(Utusan Malaysia 31/03/2005)






6 comments:

Unknown said...

Betol la... Jarang dengar orang nak berjalan-jalan ke Brunei maybe sebab kat sana hiburan susah nak jumpa jadi takde la orang minat nak ke sana.

lady lavender said...

memang cantik! Kagum dgn kemewahan & senibinanya. Untung Ros dpt lihat sendiri kat sana :-)

GREENJADE said...

mmg betul jrg2 org nk trip ke sana..sbb takleh nk soping best2 mcm kat mesia or vietnam or bandung nun kan sis..

mmg cantik senibina mesjid di sana ya..unik n fresh mata memandang.

rostina76 said...

mmg xde hiburan sgt tapi setakat utk rakyat jelata dia shopping complex, cinema, theme park ada le. btw rasanya brunei ni pun mmg kurang menggalakkan org luar dtg kot kecuali utk yg bekerja d sana. yg nak berlibur baik org brunei @ mat2 salleh tu dorg mmg langkah ke sempadan msia jugak utk buat maksiat. emmph!!!

rostina76 said...

alhamdulilah....kita lihat dr sudut yg baik byk kelebihan brunei. rakyatnya walaupun tidak semuanya mewah/kaya raya tetapi sekurang2nya mereka cukup pakai, makan & tmp tinggal. rumah mmg majoriti banglo (ada jugak tau rumah buruk kayu pun especially @kg air) but i believe gov in the process to allocate them for the better shelters....pengangkutan majoriti sebuah rumah minimum 2 buah kereta (rumah kami je sebuah keta,heheh). yg paling ros seronok almost equal golongan mewah & sederhana dr segi rumah & transport (susah nak label yg pakai merc tu betul2 org berada sbb org kebiasaan pun kereta canggih manggih) jadinya xde maknanya ko nak berlagak.....pepepun still bersyukur jadi rakyat msia walau susah tetapi kita masih boleh struggle for better life.

rostina76 said...

hahaha!!!mmg pokai le nak shopping sakan @brunei ni. btw dorg ni mana ada identiti produk sendiri. kebanyakkan kain baju & perhiasan semua import especially dr china, thai, indonesia & msia.....kalau jutawan msia dtg brunei jadi dermawan je lain le kita yg dermawan dr msia g indon, trus jadi jutawan......ohw jutawan bandung!!!!berangan nak g lagi ni :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...