Projek hari Jumaat, penghulu segala hari. Tapi sebelum itu blm terlambat utk kita baca doa hari Jumaat.
" Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu.
Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.
Aminn..3x "
Dek kerana xde oven & bread maker ku blm kunjung tiba, susah hati betul memikirkan nak masak apa le kat bebudak ni for minum petang. Nak buat kuih muih tradisional kureng lakunya nanti. Masa berkunjung ke blog Asmara tempohari, dapat idea nak buat roti tanpa perlu bake in the oven. As buat sosej goreng guna resepi lain tapi mommy tiba2 dapat idea nak buat Burger Malaysia sbb dia ada sebut doh tu blh gak buat Burger Malaysia. Tapi masa tu dia xde bagi detail resepi untuk buat Burger Malaysia ni, so mommy guna resepi Yani@MyResepi.
Ada peristiwa lucu jugak masa buat Burger Malaysia ni. Huhu!!!!burger mat saleh sekali buat trus menjadi dgn jayanya tapi nak buat yg Malaysia punya sampai 3 kali percubaan. 1st time buat, tunggu punya tunggu xnaik2 gak. Try goreng, bantat le dia. 2nd trial guna resepi donut suria sama gak. Doh punya le lembut&licin mommy uli sampai sejam tapi hasilnya sama gak, BANTAT!!!! last2 doh tu jadi play dough 3A buat main masak2. Seronok tak terhingga le dorg mommy bagi sebuku besar doh buat main. Rasa mcm nak give up dah tapi tiba2 baru teringat kenapa dok buat x jadi. Rupa2nya yis dah 'mampos'.......Malu sendiri plak bila fikir2 semula. Yelah amatur mcm mommy ni mana ada basic baking membaking, yg dok buat ni pun try & error sendiri. Mana mommy tau yg lepas bukak seal packaging yis tu kena guna within 48 hrs je. Mommy ingat kalau ikat betul2 packaging tu blh je guna semula. Haru betul la!!!!bila beli yis baru, then trial ke-3 baru menjadi........wallaweh!!!!seronok tak terkata le plak mommy. Baru confident nak uli tepung lagi. So, u al ini le rupa Burger Malaysia trial mommy kali ke-3...............
Sumber: Yani@MyResepi
Bahan-bahan Roti/ Burger ( 8 biji ):
*200g tepung gandum
*140ml susu/ air
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun
Bahan-bahan sambal:
Ikan bilis (1 cawan)
2 ulas bawang putih (kisar)
5 biji bawang merah (kisar)
1/2 inci halia (kisar)
1 labu bawang besar (hiris)
3-4 sudu besar cili boh/cili kering yg dikisar
1 sudu air asam jawa
1/2 keping gula melaka (nise) / 1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
1. Untuk doh: Masukkan ke dalam mangkuk semua bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan (uli anggaran 30 minit).
2. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda (anggaran 1 jam).
3. Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
4. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
5. Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis
6. Untuk inti sambal: Tumis bawang, halia & cili boh sehingga garing.
7. Tambah air asam jawa & kacau sebati.
8. Masukkan ikan bilis yg telah dibilas bersih. Tambahkan garam & gula melaka. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air.
9. Akhir sekali masukkan bawang besar & masak sehingga kuahnya pekat.
10. Tunggu sehingga sejuk sebelum dimasukkan dalam roti
Aminx2..semoga kita sama-sama dapat keberkatan di hari jumaat ni. sedapnya tgk burger malaysia ni lama dah saya tak buat ni.
ReplyDeleteKros baru nak belajar....nieza dah lama buat ye
DeleteTgk tajuk ni, tgh imagine burger yg bertingkat2 tu,
ReplyDeleterupa2nya malaysia punya hihi semalam baru mkn :P
dekdaa mkn mesti xde msia flag kan?
Deletehebat la kak! terus jadi cantik cun melecun. saya pun pernah kes guna yis yg dah mati, tensen je kan. hehe.. sejak kes tu mmg saya mmg beli yis yg paket kecik2 dah tak beli yg size besar. ;)
ReplyDeleteCun melecun slps 3 kali uli....huhu!!!
Deletebestnye kalau dpt mkn kuih ni pag nih..
ReplyDeletesaya suka....saya suka..suka sgt mkn burger nie tapi slalu buang sambal diew sbb slalu org jual buat pedas sgt..nnti klu nk buat x nk buat pedas la...heee..
ReplyDeletek.kirah dah blh belajar ni buat sendiri. senang kacang je.heheh!!!padahal c.yu 3 kali buat br jadi.
Delete