Saturday, 5 November 2011

MUSSEL with TOM YAM PASTE


As salam....
N3 ni mommy jot down menu diner kami semalam. Walla!!!!fantastic, bombastic & sikit lagi nak kena gastric. Hehe, bukan apa sedap sangat menghadap menu 'Asiatic' yg pedas giles & masam giles.
Actually attention mommy nak buat resepi lain tapi end up jadi resepi lain (selalu mcm tu, plan nak masak benda lain, alih2 yg jadi benda lain). Tapi bersyukur jugak sbb yg terjadi tu lagi senang & sedap.
Idea nak masak mussel ni (dulu xsuka mussel ni sbb makan @hotel selalu dorg makan mentah dgn perah lemon je, eeei mmg xleh telan la mommy). Sampai le, jatuh cinte suke plak dgn mussel ni masa bulan ramadhan tempohari. Kami bersungkai (buka puasa) @Holiday Lodge Jerudong, menunya mmg best & variety sbb cover semua western, japanese & asia food. Yang paling bestnye sbb mussel dorg bukan makan dgn lemon jus je tapi buat sambal belacan. Huii, mmg ulang 5,6 kali mommy bantai si mussel tu (buffet kan, bayor mahal2 makan musti kembung,hehe)...
Itu yg semalam plan asalnya nak buat sambal belacan le utk topping mussel ni tapi tiba2 mood kemalasan nak menumbuk petang2 hari melanda. Last2 terpandang pes tomyam kung, TING TING dapat idea. Apalagi, 'kaching' tup2 jadi mussel dgn topping tomyam kung. Walla!!!! mmg berbaloi2 jadi org malas ni. Hehe, sedap rupanya hasil eksperimen kali ni. Apa bukti kesedapan tu? Jawapannya GURU BESOR makan lebih 5 ketul....
So, u al yg sekali sekala nak ubah menu tu blh le bereksperimen dgn mussel ni. Langkah2 eksperimen sila lihat di bawah.

Bahan2:
  • Mussel (12 ketul)
  • Bawang putih (2 ulas dicincang)
  • Bawang besar (hiris nipis)
  • Pes tomyam (3 sudu besar)
  • Garam (xletak pun xpe, sbb pes dah masin)
  • Gula (1 sudu besar)
  • Air
  • Minyak
Langkah2 Penyediaan:
  1. Mula2, kukus mussel dalam 5 minit. Susun dalam pinggan.
  2. Untuk topping; Tumis bawang putih hingga garing, layukan juga bawang besar.
  3. Kemudian masukkan pes tomyam & tambah sedikit air (jgn cair sgt sbb tak sedap nanti ia tak melekat atas mussel).
  4. Tambahkan bahan perasa & gula. Gaul rata.
  5. Akhir sekali, curahkan topping atas setiap mussel.
  6. Sedap dimakan bersama nasi & ratah je sodap.


Tayang gambor lagi bior terliur deme nengok!!!Hehe....

No comments:

Post a Comment