As salam...
Lagi seminggu lebih 4A+R akan balik bercuti ke Malaysia. Memang menanti hari je ni. Ingatkan weekend ni dah blh bertolak tapi due to org yg replace daddy utk tempoh sebulan blm lagi ready visa kerjanya, makanya kami stay lagi le seminggu ni. Huhu!!!xde mood dah nak buat apa2 pun. Dapur mommy pun dah makin tak ceria jadinya. Barang2 dapur habis pun rasa malas je nak beli@ yg terpaksa gak beli tu mommy beli packing kecik je.Hehe, yelah f beli byk2 tersadai sebulan, alih2 rosak rugi je. Duty mommy lately ni dok buat stock clearance mana2 yg perlu di clearkan sebelum kami bercuti.
So, resepi yg mommy post harini actually hasil nak perabiskan stok ketupat nasi/ nasi impit segera yg balance open house raya dulu. Bila hidang nak makan semalam Arfa siap tanya "nape mommy masak ni, kita bukan nak raya".....hehe, biasa le kan, mentality kita makan nasi impit kuah kacang senonim dgn raya. Arrgh! layan jelah, mommy nak clear stock ni.
U al pun layan le jugak ye resepi kuah kacang mommy yg sedap ni. Hehe!!!dah takde sataynya maka dalam kuah kacang tu mommy letak ayam sekaligus (1st dulu makan kuah kacang ada ayam ni masa raya rumah MIL adik mommy, cik sue)....Memang sedap betul kuah kacang makcik buat (org Perok). Ini resepinya kalau nak buat.
KUAH KACANG
Bahan:
- 1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2 (mommy yg rajin ni blend je terus)
- 1/2 cawan air asam jawa
- 1/2 cawan gula merah
- 1/2 cawan minyak
- garam secukup rasa
- Ayam - potong kecil2
- 5 sudu besar cili mesin
- 4 batang serai
- 1 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- 8 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 biji buah keras
Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak, masukkan ayam & masak sehingga garing.
3. Kemudian masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
4. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan dengan nasi impit.
Aslmkum Rostina. nak balik cuti Msia....slmt bercuti....seronok balik kg.
ReplyDeletekuah kacang masak dgn ayam...belum pernah rasa...satu kelainan.
dpt daging kurnia Sultan...masa akak kat sana tak da bagi daging, mungkin baru ada skrg.kalau buah kurma tu mmg ada setiap thn. seronok kan bila dapat pemberian gini....
Mamasya: tq kak...mmg dah xsabar nak blk msia...Hehe!!
ReplyDeleteAbout kurnia sultan tu seronok sbb xle rasa terpinggir sgt @tempat org. Ros kat sini pun jarang2 jmp org Msia, so mmg kena bt baik dgn org2 setempat le.
Akak cuba la kuah kacang ayam ni. sedap & xyah nak bakar2 satay,hehe.