Wednesday, 5 October 2011

IKAN TENGGIRI MASAK ACAR



As salam.....N3 kali ni ttg resepi ikan masak acar. Teringat pulok kat mok sbb bln puasa yg lepas menu ni la salah satu menu yg mok suka. Dia dah muak dgn lauk pauk yang pelbagai, jadi bila masak ikan acar ni terasa le masam2 manis lidahnya, baru berselera nak makan. Tak kata kat mok seorang, mommy pun kadang2 naik muak makan lauk pauk especially yg berlemak. So, bila sekali sekala makan masak acar ni laju je makan nasi. Simple je sebenarnya resepi ni & utk sesetengah orang mungkin tak biasa tapi bagi family mommy memang biasa masak simple mcm ni. Ingat zaman kecik2 dulu masa duduk dgn 'umi'@ che long pun menu ni antara favorite jugak. Okey utk 3A @ u al yg nak try menu ni, kat bawah mommy jot down resepinya.

Bahan2:
  • 3 keping ikan tenggiri (blh juga guna ikan kembung)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 batang timun batang (potong tebal2)
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • 1 biji bawang besar (hiris tebal)
  • 2 biji bawang putih (hiris nipis/tumbuk)
  • Cili kering kisar/cili boh
  • Cuka makan (3 sudu besar)
  • Garam
  • Gula
  • Minyak

Cara2:
  1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit & garam. Perap sebentar.
  2. Goreng ikan sehingga garing & tos.
  3. Untuk kuah: Tumis bawang putih, bawang besar sehingga garing.
  4. Masukkan cili boh & goreng lagi hingga garing. Kemudian masukkan semangkuk air.
  5. Masukkan timun batang & cili ke dalam kuah. Tambahkan cuka makan, garam & gula.
  6. Renih kuah seketika, akhir sekali masukkan ikan goreng tadi ke dalam kuah.
  7. Apabila ikan telah sebati dgn kuah angkat & hidangkan.

No comments:

Post a Comment