Tuesday, 18 October 2011

BILA AWAN BERTASBIH...

As salam....petang ni mommy malas nak prepare menu utk 'tea time' sbb murtabak mini semalam ada lagi. Arfa blk sekulah ugama hidang yg tu jelah.

So, petang ni rasanya relax skit utk mommy share peristiwa HEBAT yg berlaku di Brunei. Kalau sehari dua ni kita didedahkan dengan begitu byk kisah ngeri&menyayat hati ttg bayi&kanak2. Kes2 sebegini membuatkan kita terfikir seolah2 manusia sekarang ni sudah hilang pertimbangan & tiada naluri.
Kalau sebelum ini, mommy pernah dengar ceramah oleh YB Dato Dr Harun Din (di RTB 1). Beliau bercerita ttg Rawatan Islam, kata beliau semua penyakit yang berlaku ke atas manusia baik zahir @ batin semuanya berpunca dari Hati . Kalau hati kita sudah sakit, semua anggota badan kita akan sakit terutamanya OTAK (memang mal-function le ia). So, dipendekkan cerita, bagaimana kita nak rawat hati kita ni dari jatuh sakit? Jawapannya: Dengan kembali kepada agama&as sunnah....Yg paling utama pegangan kita kepada ad-din (cara hidup islam).....Apa itu AD-din???? Yang paling basic wahai sahabat Solat 5 waktu. Betapa ramai kita tengok masyarakat hari ini yg memandang remeh ttg solat 5 waktu padahal itulah pendinding kita dari melakukan kemaksiatan. Kita mmg tidak dapat tidak menggelak dari bertemu dgn kemaksiatan di Malaysia (byk sgt konco2 syaitan yg berleluasa..hahaha!!) sekurang-kurangnya jika kita solat 5 waktu hati kita akan kuat untuk melawan godaan syaitan. Kalau kita lihat masyarakat kita hari ini terutama di Malaysia, semua org berlumba2 mengejar harta (kadang2 tu bukan tamak harta tapi disebabkan tuntutan yg banyak). Maka, hampir 3/4 masa dihabiskan di luar rumah samada di habiskan di perjalanan@di tempat kerja masing2. Kesudahannya, anak2 & keluarga terpaksa diserahkan tanggungjawabnya kepada MAID (yg skrg ni dimonopoli oleh Indon2). Maid pun, kalau dulu2 mungkin mereka ni betul2 ikhlas nak bekerja menjaga rumahtangga kita tapi hakikatnya sekarang lebih banyak yg masuk ke negara kita atas dasar nak balas dendam (Allahualam). Kita sebagai parents pun tak boleh nak monitor apa anak2 kita buat kat rumah (kalau org kaya xpela blh pasang CCTV setiap sudut rumah) nak tgk apa aktiviti anak2 tapi yg biasa2 mcm kita? Kalau terpaksa melalui kehidupan yg sebegini (dah xde pilihan kan) xpela kita redha tapi yg paling penting solat 5 waktu jgn miss. Bukan maid kita yg kawal/selamatkan anak2 kita @ polis @ askar @ cikgu2 dia tapi walau dalam apa jua keadaan hanya ALLAH yg berkuasa menjaga keselamatan anak2 kita... Kalau kita tak solat mcm kita nak minta tolong ALLAH jaga anak2 & keluarga kita dari bala @ kemaksiatan...... LU PIKIR LA SENDIRI!!
Yang kedua kata Dato mulut kita ni jgn la lokek nak memuji ALLAH dengan berzikir. Kalau memuji kekasih hati senang je kita ye memuji memuja tapi dgn ALLAH kedekut....Kalau kat KL tu tahu sgt le mana ada hari yg x jam (hari raya kot@jalan tutup...hehe,lengang la), so daripada kita dok memaki hamun kereta2 yg berduyun2 cilok sana,cilok sini baik le kumat kamit kita memuji ALLAH. Paling senang pasang je CD zikir dalam kereta. Hati kita yg terbakar tadi tu sure sejuk bak salju. Hehe!!! Banyak lagila amalan2 yg patut kita buat sejajar dengan tuntutan Ad-din tapi mommy highlight 2 ni je yg paling utama & berkait dengan N3 mommy petang ni (ala2 syarahan ustazah dah ni)....
Yang sebenarnya mommy nak share dgn u al especially 3A ttg kejadian pelik tapi benar (ALLAHU AKBAR) yg berlaku minggu lepas di Brunei. Kejadian pada jam 7am ; 12 oktober 2011. Beberapa insan terpilih diberi peluang melihat kepulan awan yg berbentuk kalimah ALLAH. Subhanallah!!! Itulah yg dinamakan awan pun bertasbih kepada ALLAH tapi kita manusia ramainya yg bongkak, sombong dengan Penciptanya sendiri. Bagi mereka yg melihat merasa begitu bertuah kerana seolah2 bumi Brunei dirahmati olehNya (Allahualam). Tapi bagi mommy mmg envy dengan org2 Brunei yg bertuah kerana pemimpin mereka seorang yg bertakwa dengan banyak mengikut ajaran Islam dalam memimpin rakyatnya. Negara Brunei juga dilabelkan sebagai negara zikir kerana dimana2 sudut perjalanan tidak lekang dengan signboard ZikirulAllah. Walau rakyatnya juga berbilang kaum tapi masyarakat islamnya masih kukuh iman&nilai2 kemanusiaan. Hubungan kekeluargaan antara mereka cukup kuat (contoh paling simple htr anak2 & ambil anak2 ke sekolah. Dua2 parents hantar pergi & balik). Kadang2 malu mommy dengan org2 Brunei bila berulang2 kali kejadian pembuangan& kini peyeksaan ke atas bayi begitu berleluasa di Malaysia. Rasanya kalau hukum HUDUD dilaksanakan di Malaysia mungkin tak timbul lah kes2 maksiat & pembuangan bayi ni secara berleluasa.....
Apapun, kalau kita tak mampu untuk mengubah sebuah negara tidak mengapa yang penting ubah la keluarga kita menjadi sebuah keluarga islam yg mematuhi ajaran ALLAH......Insyaalllah.
Gambar pertama di ambil oleh hamba Allah 'A' dari rumahnya.


Gambar kedua oleh hamba Allah 'B' dari beranda rumahnya

Gambar ketiga diambil oleh hamba Allah 'C' seorang guru dari perhimpunan sekulah.

1 comment: