Thursday, 20 October 2011

All about MANGGA


Picture fr babyangel.com



As salam.....
Harini nak citer pasal mangga, blh? Hehe ahad lepas mommy beli mangga muda @kedai mamak. Memang beli tu pun sbb dah terdetik nak buat sambal mangga muda ikan tawar . Slurpppp! (jap hirup air liur jap).....Hehe!!!xleh nak citer la kalau dah terkena kat mulut sambal mangga ni sure RANAP le diet. Mana taknye, sure menambah 2 pinggan. Kalau u al yg mmg dah biasa makan sambal mangga ikan tawar ni blh bg mommy 'High 10' (tepuk 2 tapak tangan tu le ;) & kalau yg mmg tak pernah makan malah tgk pun xde sekali, mmg u al kena try buat. Ada berani? letak plak cili api dalam 10biji, huish berasap otak.
Alkisahnya, mommy ni bukannya jenis yg mengidam buah mangga/mempelam sgt tapi dek tergoda dgn buah yg tergantung 'nong neng 2x' (kata org pantai timur) bukan sahaja di halaman rumah tapi merata2 di tepi jalan. Ya ALLAH, gerammmmm. Dia punya subur & lebatnya jangan ckp la, bergayut2 (betul ke istilah ni, dah mcm momyet plak bergayut2). Itu yg nampak je trus beli (dah kat rumah sendiri xberbuah pulak). So, smlm terhasil le menu 'Sambal mangga muda ikan tawar ' & colek mangga muda (u al check resepi kat next N3 ye, tgk jgn xtgk-kecur air liur nanti).
Alang2 dah letak N3 pasal mangga so kita belajar le asal usul makhluk ALLAH ni ye.

Mari belajar dgn mereka


KETERANGAN AM

Nama Biasa : Mangga

Nama Saintifik : MurrMangifera indica L.

Keluarga : Anacardiaceae

Asal : Mangga dipercayai berasal dari kawasan Indo-Burmadan berkumingkinan juga dari Asia Tenggara.

Kawasan Utama Tanaman : Di Malaysia, kawasan utama ditanam adalah di Perak, Perlis dan Kedah. Walaubagaimana pun terdapat tanaman secara kecil-kecilan di negeri-negeri lain.

Kegunaan : Mangga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan merupakan sebagai makanan pencuci mulut yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia.


Kandungan Zat Makanan:

KandunganUnit/100gm
Tenaga83 Kcal
Kabohidrat15.6 gm
Kalsium9 mg
Potasium110 mg
Besi0.4 mg
Magnesium2 mg
Vitamin B10.05 mg
Vitamin B20.07 mg
Vitamin C23 mg
Lemak1.8 gm
Protin1.0 gm
Niacin0.5 mg



No comments:

Post a Comment