Saturday, 6 August 2011

TOM YAM KUNG



Entry ini mommy terus la ye dengan resepi tomyam kung...Tak boleh gomel byk2 sgt bulan puasa ni,nanti kurang pahala ;)

RESEPI TOMYAM KUNG

Bahan2:
  • Udang (size besar baru sedap)
  • Cendawan butang (mommy guna yg dalam tin aje)
  • Lengkuas (seketul dalam 2 inci ))
  • Serai (3 batang)
  • Daun limau purut (5 helai)
  • Bawang merah kecil (3-4 biji)
  • Cili padi (5 biji)
  • Paste tomyam
  • Air
  • Garam
  • Air perahan limau (3-4 sudu besar)
  • Susu cair/santan cair (10 sudu besar)

Cara2 menyediakan:
  1. Bersihkan udang & toskan.
  2. Lengkuas,cili padi,serai & bawang di hiris @ diketuk aje.
  3. Didihkan air & masukkan semua bahan hiris.Masukkan juga daun limau purut.
  4. Setelah mendidih,masukkan udang & cendawan butang.
  5. Masukkan 2 sudu besar pes tomyam & jika suka paste cili.Tambah garam jika kurang masin.
  6. Kacau sehingga pes rata.
  7. Setelah udang masak & kuah mendidih, padamkan api.
  8. Setelah api dipadamkan, masukkan air perahan limau & santan cair.
  9. Kacau seketika & sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment