Kalau ayam percik jadi menu utama hari pertama berpuasa kami, kuih muih plak mommy masak kuih cara manis & karipap inti sambal ikan je....Cukup le tu, nak sedia byk2 mana larat pastu makan pun sikit je pun.Kalau puasa bila2 pun mmg air jelah yg mmg laku berjug2.Ohh, air berbuka kami plak harini ialah air longan & air bandung & air nescafe(utk daddy)......Hidangan sampingan buah epal hijau cicah asam boi & buah dragon fruit putih.ALHAMDULILAH kenyang.
Okey utk resepi kuih cara manis, ni mommy jot down
Bahan2 utk Barter
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam
Bahan utk inti
Gula secukupnya
Cara menyediakan
~ Panaskan acuan khas utk kuih cara di dalam oven (guna suhu 200'C).
~ Daun pandan di blender & tapis utk ambil airnya.
~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur, garam & santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk memastikan adunan tidak berketul .
~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isikan gula di tengahnya. Bakar acuan selama 10-15mint @ sehingga masak.
~ Angkat & bolehlah lekatkan sepasang2.
Hehehe....saja atur mcm ni sbb nak bagi nampak banyak. Sebenarnya xsempat amik gambar masa siap masak tadi. Ni amik gambar time sahur. Tinggal 4 pasang je caranya.
dhok fikir ghak nak buat kueh nie'....rupanya dlm oven pun boleh bakar'...acuan x da'..hehhe balik msia nanti beli le.....dlm senarai brg yg nak dibawa balik ke mecca nanti...
ReplyDeleteBakar dalam oven xyah nak tutup2 kjah....hehe,xde penutupnya.
ReplyDelete