Assalamualaikum & salam sayang.
Cerita basi tapi tetap kena hadap.
Cuti2 Malaysia kami dengan family dr Kulim. Anak beranak, menantu hantu & cucu2 Pak Din kumpul kat Saujana, Janda Baik.
Kami stay semalaman je. Memandangkan nak rasa suasana dok rumah kayu kampung maka pilihan yg tepat jugala Saujana ni.
Ada 2 pilihan rumah, tapi masa kami p hanya satu rumah yg available….Harga boleh tahan nafas gak la…u al google la sendiri ye details. Kami dapat info ni pun dari blog sudipvssenduk. Tq la u al ye.
Rumah yg kami stay haritu jenis Chemperoh….katanya boleh muat up to 20pax. Kami satu family besar ada 11 kepala besar & 9 kepala kecik. Heheh!!!! ngam2 soi la kan…
Tapi rumah yg disediakan mmg xde bilik (so mmg xdak privacy). Bergelimpangan semua tidur. Kruh kroh jgn cakap leer. Ada yg berjaga tak tidur tu nasib le dengar lagu heavy metal kami memalam.
Aktiviti yg boleh dibuat kat sini…….
Kami mandi ayaq sungai, BBQ, main bola…tu ja.
Cukupla kan sehari aktiviti tu. Nak buat sukaneka xde masa nak buat meeting AJK, hahaha.
The next morning tu, sedang syok kami mandi ayaq sungai ada pakcik datang jual madu kelulut asli. Kami yg baru balik dr Cameron Highland ni xheran sgt & tak berminat pun nak beli. Tapi alhamdulilah rezeki pakcik tu, yang lain2 dok pakat beli berbotol2.
Lepas dah puas budak2 main bola & mandi sungai kami pun bersiap2 check out & akan teruskan perjalanan ke Colmar Tropicale.
Sat je menghijaukan mata & perasaan. Tapi cukupla, cuti kami pun dah nak abis ni.
jauh orang Brunei bercuti bah..bestnya ada anak sungai..mmg seronok budak budak berendam
ReplyDeletewahhhhh best giler!!
ReplyDeleteOkje ni naik jemu duduk rumah kg Ros hihi...
ReplyDeleteApa tah lagi tido bergelimpangan cenggitu. Nak menggaru pun payah haha....
Yg penting dpt gader gaderkan Ros
Boleh bagi saya no fon untuk dihubungi untuk boking
ReplyDeleteExcellent post. I was reviewing this blog continuously, and I am impressed! Extremely helpful information especially this page. Thank you and good luck. The IP address of a device is 192.168.l.254 which is regarded as a private IP address. Whenever people buy a new router or modem, it comes with a default username and password. These particular login credentials help the users to protect their internet from irrelevant connections. Unfortunately, if you forget the router password then, it becomes quite challenging to find it out.
ReplyDelete