Assalamualaikum & salam sayang..
Mommy tenung2 Wind of Change ni & tiba2 mata tertumpu kat post tahun 2015 ; alahai baru ada 28 post. Memang dah level lemau kena buang dah ni kalau biskut dalam balang. Tak tau leee….mmg dah xde mood kdg2 tu nak jot down cerita apatah lagi resepi. Kalau ada kelapangan pun ada je kenkangan. Tambahan plak lately ni, Mr Mac telah di conquer oleh Ahdia plak. Takpela…kalau ditakdirkan hayat Wind of Change panjang ada le tu post dr mommy kat sini. Resepi pun skrg ni semua nak ringkas je. Tambahan dah berlambak2 resepi noxxa kat fb membuatkan semuanya jadi SEGERA. Tapi ada jugak la something yg simple2 mommy nak simpan kat sini sbb nanti senang nak cari untuk diri sendiri & anak2. Kalau kat fb pun leceh nak refer balik kalau tak save @ share.
Harini, mommy gagahkan jugak siapkan N3 CH. Last day kami kat CH tak banyak yang kami buat. Check out dari Century Pines Resort around 10am.
Sedikit tentang Century Pines Resort. Terletak di Tanah Rata (berhadapan dengan Terminal Bus). Menawarkan 153 bilik dengan harga yang berpatutan. Sangat sesuai untuk penginapan keluarga kerana mereka menyediakan bilik yang luas & selesa.
Selesai check out, kami pekena breakfast kat gerai sekitar Tanah Rata. Kemudian mommy mitak daddy round sekejap kawasan Sekolah Kebangsaan Convent Tanah Rata, Cameron Highland untuk mengimbau kenangan mommy & kawan2 (masa darjah 6 dulu kat hostel durg ni la kami menginap). Heheh!!!! daddy plak tak jmp sampai ke sudah banglo tempat dia & kawan2 USM KCP sewa masa durg ke Cameron Highland dulu.
Seterusnya kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke KL.
Otw tu kami singgah kat Bharat Tea Plantation sekali lagi. Borong teh dgn jenama Cameron Valley. 2 gegirls tu shopping gak souvenir utk diri sendiri & cousin. Masa smp @Habu, kami decided singgah kat Bee Farm (masuk simpang yang sama nak ke BOH tea plantation @Habu). Mulanya ingat nak kutip strawberry lagi tapi melihatkan buahnya yg kecik2 so cancel. Kami just beli madu & a few teh halia.
Masa nak keluar simpang ke jalan besar, ternampak plak kebun strawberry. Nampak dari luar cam tak best tapi try nasib je… Bila masuk tgk gemuk2 jugak strawberrynya.
Pekerja bangla plak sporting bagi amik banyak2 & bagi mureh2. So angkut le 6 packs.
Abis dah kenangan Cameron Highland kami…balik ni kami terus ambil Abg Afan & bergerak ke Janda Baik…Tunggu la citer Janda Baik kami plak ye. Ni kira percutian keluarga besar dgn geng dari Kulim.
Assalam Sis..bestnyerrr..
ReplyDeletedah lame x pergi CH... jerebu2 ni rasa nak pergi tempat sejuk2 lak... ihiihii
Strawberry&Cameron highland b'pisah tiada....*_^
ReplyDeleteI really like your writing style, great information, thankyou for posting. Download Deskgram for free. Deskgram helps you to upload photos and videos to Instagram from your PC.
ReplyDelete