Macamana hujung minggu u all? Harini mommy nak share resepi la plak.. Lama bebenor tak share resepi. Sekarang ni masak simple dimple je sbb mood bereksperimen dah hanyut ke Laut Cina Selatan.
Heheh!!!!resepi harini pun xde la gempak, biasa2 aje. Yang penting 3A sukerrrrrr & berbaloi mommy masak.
Mac & Cheese……makanan yang famous untuk western & byk versi menyediakannya. Cuma basic of course involve macaroni/pasta + lots lots of cheese. Nyum2……
Resepi ni mommy try dari allrecipes.com……Yang kelainan sikit sbb dia top with breadcrumbs, so ada tekstur sikit besides mac & cheese semata. Jom buat, senang & cepat.
Bahan2:
1 peket elbow macaroni
2 cawan shredded cheddar cheese
1/2 cawan parutan parmesan cheese
3 cawan susu (mommy ganti dgn cream)
1/4 cawan butter
2 1/2 sudu besar tepung
2 sudu besar butter
1/2 cup bread crumbs
1 cubit paprika (mommy guna cayenne)
Caranya:
1. Rebus macaroni sehingga lembut. Toskan
2. Dalam kuali, cairkan butter kemudian masukkan tepung sambil kacau perlahan. Tambahkan susu/cream. Guna api sederhana.
3. Masukkan cheese & kacau sehingga sos pekat. Guna api perlahan.
4. Masukkan macaroni & gaul sebati.
5. Tuang macaroni ke dalam bekas caserole.
6. Cairkan butter & masukkan bread crumbs.
7. Taburkan breadcrumbs & paprika ke atas macaroni & cheese.
8. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minutes. Hidang
#Kami punya version tak bakar dalam oven, skipped no 8. Terus serve mcm tu je & walla. Abis!!!!
Salam Kak Ros,lama tak menyinggah.Tgk gambar pun terliuq kak ros.Nak cuba jgk la.Hehehe.
ReplyDelete