Wednesday, 19 August 2015

Grand Lexis, PD

Assalamualaikum & salam sayang..
Sambung throwback Cuti-Cuti Malaysia jap. 


Sampai aja KL dari Kulim kami terus fetch abg Affan dari hostel & sambung journey ke PD (pitstop sebelum lawatan ke Melaka). Kami check in semalaman kat Grand Lexis, Port Dickson. 


Terliur tengok org dok tayang chalet dorg yg ada private pool maka harus le cuba gak.

Sampai PD hari dah senja, so siap2 bersihkan diri mandi (blm mandi kolam ni walau 3A dah menggelupur nak terjun). Kami layan seafood dinner kat Medan Ikan Bakar D'Terapung. Otw back to hotel nampak hawker jual otak2, so tapau otak2 & some stuffs for breakfast kat 7-E.

The next morning, awal2 pagi sesudah solat subuh….3A terus berkubang dlm pool. Heaven laaaa sgt dpt bergabung semula selepas beberapa bulan terpisah.

Yang paling best, mommy & daddy pun dapat la buat freestyle kuak dugong bagai tanpa perlu kisahkan mata2 yang memandang. Hahaha!!!!!

3A dan2 tu la jugak nak daddy beli rumah ada kolam renang. Adeh!!!! buat kolam ikan koi lagi bagus anak2. Kalau dulu ada la jugak mommy berangan2 (mommy kan suka angan2 mat jenin ni)….best kalau ada rumah bersama kolam renang, tapi angan2 tu dah bertukar la. La ni dok angan2 nak buat rumah ada kolam udang la plak :P

Memang tak puas rasanya bukan saja 3A malah mommy pun sebab sehari je dapat berkubang dlm pool tu. Inshaallah kalau cuti2 Malaysia lagi boleh try yg skydeck pool plak. Huhu!!!! yang tu kalau dapat daddy & mommy je berkubang lagi syok. Ahaks!!!

Percutian kami diteruskan ke destinasi seterusnya. 
Bye2 Grand Lexis.











1 comment:

  1. Bestnya Ros.....seronok le yer anak beranak berkubang hihi....
    Wah nampaknya.... sakan yer bercuti, sekali bercuti seluruh pelusuk kena redah kan Ros

    ReplyDelete