Saturday, 7 February 2015

Mommy salah ke?

Assalamualaikum & salam sayang.
Apa khabar semua?
Mommy dalam mood blues sikit lately ni. Bersederhana dalam melakukan pekerjaan a.k.a kureng rajin.
Perjalanan cerita self drive Aussie kami pun masih berbaki banyak episodes. Phewwww!!!!! tak tahu la bila nak abis. 
Sebenarnya mommy mcm tersentok angin sikit nak proceed cerita Aussie kami ni sbb 'bicara kendiri' dok bgt perlu ke aku proceed? salah ke apa yg aku buat? apa niat aku sebenarnya? Alahaiiiii….cam masalah remeh kan tapi ada something wrong somwhere la kot (kalau tidak dgn mommy mungkin dgn org2 lain). 
Tak faham ? Mcm ni…..mommy baru perasan yg 'sahabat' yang mommy bersyukur dpt kenal dgn dia tiba2 unfriend mommy kat fb which mommy sebenarnya tak kisah sangat kalau kawan2 yg lain buat benda yg sama. Tapi dia ni mommy anggap special sbb dia banyak bg ilmu kat mommy (dari segi ilmu agama la kan). Mommy tahu mommy jahil & banyak perlu ceduk ilmu2 yg berguna dari org2 yg lebih layak. Kadang2 byk post2 dia kat fb yg mommy suka & ambil iktibar untuk memperbaiki diri mommy. Secara ringkas, mommy hormat & anggap dia mcm sahabat yg memberi pedoman la…….
Itu yg pelik & sedih kenapa dia unfriend mommy sedangkan seingat mommy xde plak mommy buat apa2 yg menyakitkan hati dia @ post sesuatu yg pelik2…Lately ni pun post mommy kat fb mmg berkisar dgn hal2 handmade bag yg mommy buat & gambar2 kami jalan2 Australia……. Eemmmmph!!!! itu yg mommy dok fikir sebab gambar2 tu ke dia unfriend? Yelah kita ni kadang2 xfaham isi hati manusia mulia ni. Mungkin dia anggap mommy show off @ mommy ni lebih2 kan duniawi, allahulam. Yang pasti tak de niat langsung nak show off kita lebih dr org cuma mommy post gambar2 tu sbb yelah gambar2 daddy amik mmg lawa2 & lagi nak share kot2 org lain dapat idea dr percutian kami (sebab mommy pun selalu dapat idea buat apa2 lps tgk gambar kawan2 baik @fb atau @blog). Lagipun mommy mmg dah xde ramai kawan kat Brunei ni, cara bersosial kat fb ni jelah yg rasa ada life sikit. Bila kita share benda yg happy mesti ada feedback drp kawan2 kat Malaysia. Adusssss!!!!! itu yg mommy sunyi sikit lately ni. 
Pepepun mommy dah muhasabah diri, yg penting niat kita ALLAH yang tahu. Kalau org xsuka & xnak berkawan dgn kita xpelah. Kita pun kena sedar diri jugak kita ni mcmana & nak berkawan dgn org mcmana. 
Lepas ni, insyaallah mommy nak share jugak apa2 yg mommy rasa perlu especially utk anak2 mommy; 3A yang tersayang. Kot2 bila mommy dah xde dorg tetap dpt rasa bebelan & pok pek mommy dok bercerita ni. Kalau kawan2 yg lain rasa apa yg mommy paparkan @Wind Of Change ni membuatkan u al happy & blh amik manfaat, alhamdulilah mommy sangat2 mengalu2kan u al tapi kalau ada yg melintas & tak suka maka mommy minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Takde niat nak sakitkan hati @ buat u al marah. 
After all, blog ni pun mmg mommy niat utk 3A di kemudian hari. Insyaallah

6 comments:

  1. memang susah kita nak puaskan hati orang kan mommy, kita bergembira kita pun nak kawan-kawan turut merasa gembira sama, tapi mereka anggap sebaliknya...kalau situasi begitu seorang kawan sanggup memutuskan silaturrahim, saya rasa dia mmg belum bersedia untuk menjadi sahabat terbaik...itu pandangan peribadi saja.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ros,kadang2 ada yg tak senang tngok kita senang,pada pendapat kat noor lah, tapi rasanya org mcm tk ikhlas dalam bersahabat, sorry kalau terlebih sudu dri kuah ya..

    ReplyDelete
  3. Assalam sis..

    sabar jer la..mungkin jugak ade kesilapan teknikal di situ (prasangka baik).

    Tapi kadang2 kita x tau hati orang ni cane..kdg2 dpn baik...belakang mcm2 perkara x baik jadinyer... aoe2 pun, saya suka klu tgk blog2 travel ni..sbb blh dpt info & inspirasi percuti bajet2 cthnyer..

    kalau ade yg pergi jauh2 or bercuti tempat mahal2..kita anggap jer rezeki org tu lebioh...so dia pergi laa tmpt yg dia minat... hgehehe

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Ros,

    Fi rasa ada kesilapan teknikal tu.Sbb Fi pun ada prob ngan FB gak baru2 ni.

    Dan andai bukan kesilapan teknikal,Fi ingat ada satu ustaz ckp unfriend di FB tidak bermakna putus silaturahim.Kalau andai dia unfriend sbb tak suka ngan post Kak Ros bermakna ada dua samada dia rasa seperti apa yg Kak Ros fikir dan satu lagi dia mmg ada masalah hati.

    Tak perlu sedih Kak Ros.Proceed je cerita2 Kak Ros tu.Kalau ada satu tak suka,ada 1000 lagi yang suka termasuk saya.Hehehehe!

    Cheer up Kak Ros.Kita dalam kasut yg sama cuma berlainan negara.

    ReplyDelete
  5. nasa mulia: lumrah dunia mmg la susah kita nak puaskan hati semua org kan, heheh kita puaskan hati sendiri jelah ye. tq nasa mulia

    knoor: waalaikumusalam…tula knoor susah nak tapis org ni mcmana penerimaan mereka kpd kita especially @fb. xpela knoor kan, yg penting ada lagi kawan2 yg sudi berkawan. maktok jgn unfriend ye nanti xleh tgk iman ;)

    juls julie:waalaikumusalam, ada kemungkinan jugak ekk. sbb dia baik orgnya cam pelik nape dia unfriend. bersangka baik jelah…… btw kros pun suka gak tgk org jalan2 & org happy2 dgn family ni sbb byk kita dpt ceduk info kan? tq

    fiey: waalaikumusalam…..kros bersangka baik jelah pasni, inshaallah….tq atas pandangan fiey, betul jugak mungkin sbb dia xnak hati dia kotor dgn hasad dengki dgn kita kot. allahualam…..btw utk yg 1000 org tu tima kacih byk2, cheerrrrrrrr

    ReplyDelete
  6. Ros....okje tak pernah perasan ada org unfriend ke tidak. Hihi...terukkan....
    Alah Ros tak yah nak pikir sangatlah, nanti kita yg tension, so buat tak tau aje...Janji kita tau niat kita kerana Allah.

    Biasalah manusia Ros..... kita mana boleh paksa mereka berfikiran positif, yg penting kita positifkan minda kita hehe....

    Bagi nasihat mcm atas tu mmg mudahkan Ros, nak melaksanakan mmg susah....hehe

    ReplyDelete